rambang
setiap bait kata
aku anyam satu persatu,
jadi jawapan
untuk setiap persoalan.
kau tanya, aku jawab.
aku tanya, kau jawab.
kitarannya sebegitu,
sehingga terungkai semua,
satu demi satu.
Aku: Esok paper, ayuh study.
Facebook : Check noti dulu, mana tau ada penting.
Buku : aku ni yang kau perlu hadap, bukan muka buku tu.
Aku: dua dua buku jugak bukan?
Buku : Suka hati, pointer kau, di tangan kau, cari aku bila buku yang itu tak dapat bantu.
Aku: Bingung.
tepu otak dek perkataan perkataan
masuk kiri keluar kanan
aku harap
aku boleh muntah
aku boleh luah
setiap perkataan
atas kertas jawapan.
saat ini, otak aku tepu
dek perkataan
dek jawapan
untuk soalan soalan esok.
hari BESAR!..
Se-BESAR tulisan diatas
hari besar tiba lagi
masing masing sibuk cari kopi
jadi senjata
tak mahu tidur katanya.
Studi.
Studi.
dan Studi.
exam sudah mari.
ayuh, STUDI.
dewan seNAT,
aku penat,
diperkuda
diboneka
otak peNAT
berfikir
sampai fakir
badan peNAT
tekak keLAT
kepala beRAT
aku, penat.
Jari telunjuk tu,
jangan hanya tunding pada aku,
(hanya aku).
Sebab realitinya,
kau pun tahu,
bila tunding satu,
lagi empat patah ke muka kau,
pada diri kau
pada cela kau
pada ego kau.
Psst;
sila simpan telunjuk kau
sebelum aku balas
dengan jari hantu aku.