Ex-Wartawan, Sekarang SEO & GEO Strategist
Sembilan tahun berkecimpung dalam bidang penulisan, sebagai journalist dan penganalisis. Sekarang, saya bantu bisnes dan founder dijumpai di Google dan disebut dalam jawapan ChatGPT, Gemini dan sebagainya, dengan bahasa yang orang mudah faham.
Cerita saya
Bilik berita
Sebelum jadi strategist, saya wartawan. Sembilan tahun saya tulis tentang hal ehwal awam, kerajaan dan bisnes di Malaysia. Satu benda saya belajar: jenama yang orang ingat selalunya bukan yang terbaik, tapi yang ceritanya paling jelas. Pada 2025, saya memenangi Tempat Ketiga, Laporan Media Digital Terbaik, Anugerah Media PERKESO.
Bila editorial jumpa algorithm
Search engine makin pandai. Lepas tu AI tulis semula peraturan. Disiplin yang sama saya guna untuk tulis berita yang boleh dipercayai, iaitu kejelasan, struktur dan sumber yang kukuh, rupanya itulah yang Google, ChatGPT dan Perplexity suka. Bilik berita memang tempat latihan untuk apa yang sekarang dipanggil GEO, Generative Engine Optimization.
Digital strategy
Sekarang saya SEO & GEO Strategist yang bantu bisnes dan founder Malaysia bina digital authority yang Google dan AI boleh nampak, dan pelanggan boleh percaya. Kerja saya duduk di antara SEO, GEO dan content strategy, dengan satu pegangan: kredibiliti dibina, bukan dibeli. Di luar kerja, saya ayah kepada seorang puteri, dan itu yang buat saya nak bina sesuatu yang berbaloi diingati.
Pengalaman Bersama Pelbagai Jenama
Saya dah hasilkan artikel dan kandungan untuk agensi kerajaan, syarikat penerbangan dan lapangan terbang, jenama teknologi global serta pihak berkuasa pelancongan, di Malaysia dan rantau ini. Setiap projek bermula dengan asas yang sama: bina kepercayaan dulu, baru kembangkan.
Pengalaman menghasilkan artikel dan kandungan untuk jenama-jenama ini sepanjang 9+ tahun.
Macam mana kerja saya
Tiga pakej. Satu arah: bina authority SEO dan GEO yang berkembang dari masa ke masa, bukan kempen yang tamat.
- Claim, audit & optimize Google Business Profile
- Sistem kumpul review
- FAQ untuk Google & AI
- Maklumat bisnes konsisten di 5–10 platform
- Check semula hari ke-30
- Semua dalam A, plus:
- Halaman servis yang dioptimumkan
- 3 SEO article
- AI visibility audit + GEO roadmap
- Semua dalam B, plus:
- Complete SEO audit + competitor analysis
- Editorial content plan 3 bulan
- Media narrative & PR strategy
- 3 sesi check-in bulanan
FAQ
Apa sebenarnya kerja seorang SEO & GEO Strategist?
Saya bantu bisnes dikenali dalam dua arah serentak: ranking di Google Search (SEO) dan keterlihatan dalam jawapan AI seperti ChatGPT dan Perplexity (GEO, Generative Engine Optimization). Saya gabungkan keduanya dengan content strategy dan latar belakang public affairs, supaya cerita di sebalik bisnes korang kredibel, bukan sekadar dioptimumkan.
Apa beza GEO dan SEO?
SEO fokus pada bagaimana Google meranking dan memaparkan halaman dalam hasil carian. GEO fokus pada bagaimana sistem AI seperti ChatGPT, Perplexity dan Google AI Overviews meringkaskan dan menyebut sesuatu jenama bila menjawab soalan pengguna. Kedua-duanya bergantung pada struktur yang jelas dan sumber yang boleh dipercayai, sebab tu latar belakang wartawan terus relevan.
Aryl Je hanya kerja dengan bisnes di Malaysia?
Saya berpangkalan di Malaysia dan kebanyakan kerja saya untuk bisnes dan individu di sini. Pengalaman editorial dan strategik saya sebelum ini juga merangkumi jenama dan pihak berkuasa di rantau ini.
Boleh ambil satu servis sahaja?
Boleh. Setiap servis dalam pakej ada juga dijual satu-satu. Senarai dan harga penuh ada di halaman servis.
Berapa harga permulaan?
Pakej bermula dari RM899 (Pakej A, Dijumpai), merangkumi audit dan optimize Google Business Profile, halaman servis + FAQ, dan 1 SEO article. Untuk yang tengah cari kerja, Resume Audit bermula RM50. Harga penuh ada di halaman servis.
Jom ngopi dulu.
Kalau bisnes korang tak muncul di Google, atau tak disebut ChatGPT, itu masalah pertama kita selesaikan. Borak dengan saya dulu, percuma. Saya terus terang tentang apa yang saya nampak, tanpa paksa korang beli apa-apa.