pelbagai tarikan pelancongan kebudayaan dan keagamaan. Sempena bulan Ramadan
tahun ini, pihak Tourism Selangor ada menyenaraikan 10 masjid terindah yang boleh korang
kunjungi di Negeri Selangor pada suatu masa kelak.
Buat masa sekarang ni kan, jujur lah, untuk kaki travel macam aku ni, sangat terkesan. Jiwa memberontak beb tak boleh nak travel. Tapi, dalam masa yang sama, aku dapat belajar satu benda. Iaitu, kadang - kadang, kita tak perlu pergi jauh untuk dapatkan tempat - tempat yang menarik dan cantik.
Masjid yang Cantik & Indah untuk dikunjungi Sepanjang Bulan Ramadan, Hanya di Negeri Selangor
1) Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Masjid yang gah ini dibina di atas kawasan seluas 14.6
hektar di Pusat Bandar Shah Alam. Turut dikenali sebagai “Masjid Biru”, ianya mempunyai
ciri-ciri senibina yang menarik dengan hiasan dalaman yang menakjubkan.
Tambahan pula, ianya merupakan masjid terbesar di Malaysia dan merupakan salah
sebuah ikon pelancongan utama di Negara ini. Masjid dengan kubah berwarna biru
ini terletak indah di sebahagian Tasik Raja Lumu. Ia boleh memuatkan seramai
16,000 orang jemaah pada satu-satu masa, dengan dilengkapi oleh pelbagai kemudahan
untuk para pengunjung.
2) Masjid Puncak Alam
Masjid
Puncak Alam merupakan masjid pertama dan terbesar di Bandar Puncak Alam. Masjid
yang mempunyai keluasan 9.5 ekar ini boleh memuatkan sekitar 5,000 orang jemaah
pada satu-satu masa dan telah dirasmikan pada 10 Julai 2015. Masjid ini juga
dilengkapi dengan kemudahan yang menarik seperti Dewan Serbaguna, bangunan
pentadbiran dan kelas, bilik pengurusan jenazah dan banyak lagi.
3) Masjid
Sultan Abdul Samad
Masjid ini terletak di Daerah Sepang dan boleh dilihat
semasa perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Masjid Sultan Abdul Samad juga dikenali sebagai Masjid KLIA bagi pelancong dan
ia didirikan bersempena pembinaan KLIA pada tahun 2000. Mempunyai keluasan
17.96 ekar, ianya mampu memuatkan 8,000 orang jemaah. Selain itu, reka bentuk dengan
konsep seni bina Arab klasik dengan kubah utama dan bumbung berbentuk ratanya turut
menjadi tarikan pelancong dan orang awam.
4) Masjid Diraja Sultan Suleiman
Masjid
Diraja Sultan Suleiman ini telah dibina pada era 1930-an dan telah dirasmikan oleh
Sultan Alauddin Shah pada tahun 1932. Ia terletak di Daerah Klang dan mampu
memuatkan seramai 1,200 orang jemaah. Mempunyai seni bina yang sangat unik
bercirikan seni bina Monghul, ianya memberikan elemen Islamik dan katedral neoclassical.
Ditutup sementara pada tahun 2015
untuk proses penambahbaikan dan kembali beroperasi pada tahun 2017 dengan
kemudahan yang lebih efektif, masjid ini kekal menjadi tumpuan pelancong dan
warga Klang.
5) Masjid As-Salam
Pasti terkesima
dibuatnya melihat Masjid As-Salam, masjid yang terletak di Taman Puchong
Perdana ini. Juga dikenali sebagai Masjid Terapung, ianya satu-satunya masjid
terapung yang terdapat di Negeri Selangor buat masa ini. Masjid ini telah
dirasmikan pada 8 Disember 2006 dan dibina berlatar-belakangkan taman dan
tasik. Mempunyai kapasiti 4,000 orang jemaah pada satu-satu masa, masjid ini tersergam
indah, lebih-lebih lagi menjelang waktu senja.
6) Masjid Tengku Ampuan Jemaah
Masjid
Tengku Ampuan Jemaah ini pula terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam. Ianya
merupakan Masjid Negeri yang kedua di Negeri Selangor selepas Masjid Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah. Dibina pada tahun 2010 and sempurna dirasmikan pada
tahun 2013, masjid yang dihiasi dengan tulisan ayat suci Al-Quran di bahagian
luar ini mempunyai binaan rekaan seni bina Islam Timur Tengah tradisional yang
menarik bermula dari kubah, menara dan hingga ke ruang solat. Keluasan masjid
ini pula mampu memuatkan seramai 5,000 orang jemaah pada satu-satu masa.
7) Masjid Raja Haji Fi Sabilillah
Masjid yang
dirasmikan pada 22 Jun 2016 ini menjadi masjid pertama di Malaysia yang
mendapat penarafan platinum bagi indeks bangunan hijau. Masjid Raja Haji Fi
Sabilillah ini terletak di Cyberjaya dan mempunyai reka bentuk ciri-ciri
prinsip hijau dengan menerapkan elemen mesra-alam dalam pembinaannya. Ianya menggunakan
teknologi hijau seperti panel solar, tadahan hujan dan banyak lagi. Masjid yang
sangat cantik ini mempunyai konsep taman Islamik di perkarangannya. Keluasan
masjid ini adalah 17.580 ekar dan mampu memuatkan 8,300 orang jemaah pada
satu-satu masa.
8)
Masjid Ara Damansara
Masjid Ara Damansara yang terletak di Ara Damansara
mempunyai keluasan 6 ekar serta boleh memuatkan 1,500 orang jemaah pada
satu-satu masa. Ianya berkonsepkan Green Building Index. Mula beroperasi
pada 29 Januari 2015, masjid ini turut menampilkan konsep islamik urban yang
menarik. Terdapat juga taman permainan mini dan ruang rehat sebagai kemudahan
dalam kawasan masjid kepada pengunjung dan orang ramai.
9)
Masjid Jamek Ar-Rahimah
Masjid Jamek Ar-Rahimah merupakan masjid yang terletak di
Daerah Hulu Selangor, serta menjadi pusat ibadat bagi masyarakat setempat.
Masjid yang tersergam indah ini sering menjadi tempat persinggahan para
pengembara sebelum ke Fraser Hills. Dirasmikan pada 1 November 2002, masjid ini
mampu menampung seramai 3,500 orang jemaah pada satu-satu masa. Seni bina
masjid ini berlandaskan konspek Inggeris klasik dilengkapi minaret yang
tinggi dan indah di bahagian luar masjid.
10) Masjid Diraja Sultan Ala’eddin
Dibina pada sekitar tahun 1900 dan dirasmikan pada 18 Jun 1924, masjid bersejarah ini mampu memuatkan 800 orang jemaah sahaja pada satu-satu masa. Juga dikenali sebagai Masjid Bandar, ianya juga menjadi sebuah monumen sejarah bagi Negeri Selangor dengan sktrukturnya yang masih gah berdiri sehingga hari ini. Ia terletak di Pekan Banting sekitar 200 meter daripada Istana Bandar. Reka bentuk masjid ini mempunyai ciri-ciri kesenian kaum India-Muslim dan masyarakat Islam dari negara Timur Tengah.
Masjid di Negeri Selangor tidak hanya menjadi tumpuan pada musim perayaan
sahaja, namun ianya sentiasa mengalu-alukan kehadiran umat islam untuk
menunaikan ibadah, serta kehadiran orang awam untuk tujuan pelancongan. Masjid-masjid
di Negeri Selangor mempunyai hasil seni bina yang gah dan mengagumkan; sangat
indah untuk dijadikan latar bagi gambar.
Pada masa kini, jumlah kapasiti jemaah di masjid adalah
dihadkan mengikut garis panduan atau SOP yang telah ditetapkan oleh pihak
Majlis Keselamatan Negara. Namun, jika anda berkesempatan untuk mengunjungi
masjid-masjid ini, pastikan anda mendaftar masuk dengan aplikasi mudah alih “SElangkah:
Langkah Masuk Dengan Selamat”, menjaga penjarakan sosial, menggunakan cecair
pembasmi kuman secara berkala dan memakai pelitup muka pada setiap masa demi
memastikan kesejahteraan umum.
Sumber : Tourism Selangor
0 Comments