Percaya atau tidak, kerusi yang korang guna sekarang ini berkemungkinan menyebabkan masalah-masalah sepeti sakit belakang, tengkuk dan beberapa bahagian badan yang lain.
Cuba anda perhatikan rekabentuk kerusi tu,ergonomik tak?
Ergonomik atau bahasa mudahnya sesuai dengan kedudukan atau kerja yang dijalankan oleh seseorang. Kebiasaannya, kedudukan atau rekabentuk ergonomik pada kerusi ini akan mempunyai ciri – ciri seperti sokongan terhadap tulang belakang, pengudaraan yang baik dan lain – lain.
Biasanya, sekiranya pemilihan kerusi tu salah, ada beberapa tanda yang akan korang alami seperti kebas di bahagian pelipat atau sakit / lenguh di bahagian belakang badan lebih – lebih lagi kalau pekerjaan yang dilakukan tu memerlukan korang untuk duduk dalam jangka masa yang panjang.
Ergonomik Tak Semestinya Mahal
Ramai yang kat luar sana masih
tidak faham konsep ergonimik ini. Rata – rata beranggapan, produk yang
ada ciri – ciri ini kebiasaannya MAHAL. Ini sebenarnya salah!
Ergonomik tidak semestinya mahal,
tetapi ianya lebih kepada ciri – ciri atau rekabentuk sesuatu barangan untuk
sesuai dengan sifat semulajadi manusia dan kerja yang dilakukan.
Sebagai contoh, aku senaraikan ‘Kerusi Ergonomik Top 3’ pilihan aku yang ada di Lazada dengan harga bawah RM150.
#1. Kitchen
Z Mesh Malaysia Office Chair
Apa yang membuatkan ia menjadi pilihan aku adalah :
- Ketinggian boleh diubah sesuai dengan tinggi anda
- Pengunaan ‘mesh’ bagi memberikan pengudaraan yang bagus
- Sokongan terhadap tulang belakang
Harga : RM 109
#2.
F&F: Adjustable Swivel Med-Back Mesh Mix & Match Office Chair
Apa yang membuatkan ia menjadi pilihan kami adalah :
- Jaminan 1 tahun
- Pilihan Warna yang menarik
- Ketinggian boleh diubah sesuai dengan ketinggian anda
- Pengunaan ‘mesh’ untuk pengudaraan yang baik
- Sokongan terhadap tulang belakang
- Menampung berat sehingga 150kg
Harga : RM 89
Kalau nak cari kerusi yang ‘basic’ ini adalah pilihan
terbaik.
Apa yang membuatkan ia menjadi pilihan kami adalah :
- Pengunaan ‘mesh’ berkualiti tinggi
- Tapak ‘heavy-duty’
- Mudah dipasang
- Sokongan terhadap tulang belakang
Harga : RM137
Selain 3 jenis ini, ada juga banyak lagi pilihan yang ada di pasaran dan biasanya harga akan berdasarkan kualiti, bahan yang digunakan serta fungsi. Sebagai contoh; kerusi ergonomik yang berkualiti mampu mencecah sehingga 5 Ribu Ringgit dan pastinya setiap ringgit yang dibelanjakan dapat memastikan keselesaan dan paling utama, sokongan terhadap tubuh badan yang nak dipakai ‘lama’ ini.
Kalau taknak beli kat Lazada, cuba cari dekat IKEA. Ade je yang murah-murah dan ergonomik.
0 Comments