6 Destinasi Hidden Gems Dan Underrated Di Selangor




Masa PKP ni, toksah kata nak travel, nak keluar daerah pun tak boleh! Alang-alang tu, kita try lah explore apa yang ada dalam Selangor ni dulu.

Aku nak senaraikan 6 destinasi yang underrated dan boleh jatuh kategori 'hidden gems' di Selangor. Jujur cakap, aku sendiri pun tak pernah sampai beberapa destinasi ni. Walaupun dekat dengan aku.

1) Air Terjun Sungai Lepoh

Kredit : Mat Travel via Twitter



Air Terjun Sungai Lepoh merupakan lokasi yang sesuai buat penggemar aktiviti luar dan ianya terletak di Daerah Hulu Langat dan berhampiran dengan Kampung Pangsoon.

Nama lain tempat ini adalah Sungai Lopo ataupun Sungai Lepok, lokasi ini dikelilingi dengan pemandangan alam semula jadi yang sangat cantik. Selain itu, air terjun di Sungai Lepoh juga cukup indah dan mempunyai air yang jernih. Selain bermandi-manda, lokasi ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti aktiviti pendakian, berkelah dan “bird-watching”.

Kalau yang ini, memang aku akui. Area Sungai Lopo ni sangat best! Aku sarankan korang ke Lopo Village, aku pernah bermalam kat sini dua hari, lepas tu hiking, memancing, memang best! 






2) Sky Mirror

Kredit : The Star


Sky Mirror di Daerah Kuala Selangor juga dikenali sebagai “Salar de Uyuni” Malaysia kerana menampilkan fenomena semula jadi seperti yang terdapat di negara Bolivia.

Terletak di tengah-tengah Selat Laut Melaka, lokasi ini merupakan salah satu permata tersembunyi yang boleh dijumpai di Negeri Selangor namun tidak ramai yang tahu.

Menariknya, tarikan ini hanya mampu muncul pada tarikh dan waktu-waktu tertentu sahaja dalam
bulan lunar iaitu semasa air surut dan air tenang dari pukulan ombak. Anda perlu menaiki bot laju dari Jeti Sky Mirror yang hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke lokasi ini. Jangan lupa untuk datang dengan pakaian berwarna-warni untuk gambar yang lebih menarik!





3) Empangan Sungai Selangor

Kredit : fraserhills



Ramai yang tidak tahu Empangan Sungai Selangor merupakan lokasi yang terbaik untuk aktiviti “stargazing”. Ianya mula beroperasi sejak tahun 2003 dan terletak kira-kira 5 kilometer dari Pekan Kuala Kubu Bharu. Aktiviti “stargazing” ini sangat sesuai dijalankan di Empangan Sungai Selangor atas faktor kawasan empangan ini yang tidak terdedah kepada pencahayaan luar. 

Selain itu, persekitaran kawasan di sini juga sungguh menakjubkan dikelililingn dengan kehijauan alam semulajadi serta bukit-bukau dan tasik yang mempesona.




4) Pantai Kelanang

Kredit : Mohamad Zaidi | heng_yeeeeee



Pantai Kelanang yang terletak di Daerah Kuala Langat ini hanya mengambil kira-kira 20 minit dari Pekan Banting. Ianya menyajikan pemandangan indah serta dikelilingi pohon- pohon yang besar. Tidak ramai yang mengetahui tentang pantai ini mungkin kerana lokasinya yang agak jauh ke kawasan pedalaman. 

Lokasi ini tentunya menarik untuk mendapatkan ketenangan minda dengan diiringi angin sepoi-sepoi bahasa. Ianya juga sesuai dijadikan lokasi untuk berkelah bersama keluarga atau rakan-rakan. Selain itu,
korang boleh menikmati pemandangan lautan yang mempersonakan sambil menikmati pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan.




5) Secret Garden @ 1 Utama Shopping Centre




Secret Garden yang terletak di tingkat teratas pusat beli-belah 1 Utama Shopping Centre ini mempunyai keluasan sebanyak 35 meter atau 30,000 kaki persegi. Mempamerkan lebih daripada 500 spesis flora eksotik, setiap tanaman di sini ditanam dalam tanah bio-karbon dan dipelihara dengan teliti oleh pasukan ahli botani terkenal.

Kemasukan ke Secret Garden adalah percuma dan hanya dibuka bermula jam 10am-10pm pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum sahaja.




6) Bukit Gasing



Bukit Gasing merupakan lokasi hijau yang terletak di ibu kota. Berdekatan dengan Bandar Petaling Jaya, Bukit Gasing termasuk di dalam kawasan Hutan Simpan Bukit Gasing. 

Lokasi ini sesuai dijadikan lokasi untuk aktiviti riadah seperti aktiviti pendakian yang sering menjadi pilihan pendaki amatur. Kawasan hutan di sini merangkumi seluas kira-kira 52 hektar dengan ketinggian 164 meter. Menariknya, anda boleh menikmati pemandangan dan panorama indah bangunan pencakar langit yang terdapat di ibu kota.

Suka aku nak ingatkan, lawati destinasi yang tersenarai di atas hanya selepas tamat tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ambil inspirasi buat masa sekarang dan
#ImagineNowExperienceSoon.

Sumber : Tourism Selangor








You Might Also Like

0 Post a Comment

Leave a comment...

Sewa Kereta Di Jepun

Compare Hotel Price

Save on your hotel - hotelscombined.com