Advertisement

10 Jenis Surat Ini Yang Diterima Pakai di Roadblock PKP 3.0



Bermula esok, 8 Jun 2021, hanya 10 jenis surat kebenaran daripada agnesi dan kementerian sahaja yang boleh diterima pakai dalam Sekatan Jalan Raya (SJR) seluruh negara. 

Ia termasuklah surat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menurut Malaysia Gazette.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyenaraikan semua jenis surat itu sebagai dokumen yang dibenarkan bagi menyokong hasrat kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sehingga 14 Jun depan.

Gambar Hiasan

Surat kebenaran PKP 3.0 boleh didapati dari:

  1. MITI bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan yang berkaitan.
  2. Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bagi sektor pengangkutan awam dan barangan keperluan
  3. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bagi sektor pertanian /perikanan / penternakan/perladangan dan komoditi. MAFI hanya akan mengeluarkan surat Pengesahan kepada pekebun kecil. Bagi yang mempunyai lesen di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), surat pengesahan akan dikeluarkan oleh MITI
  4. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) bagi sektor perladangan dan pengeluaran hasil komoditi seperti kelapa sawit/getah atau sebagainya. Bagi pemegang permit dan lesen Lembaga Getah Malaysia (LGM) seperti pekebun kecil, estet, nurseri, peniaga getah, pedagang dan pengilang getah boleh menggunakan surat pengesahan yang dikeluarkan oleh mpic atau lgm. Bagi pengilang pembuatan produk getah seperti sarung tangan surat pengesahan akan dikeluarkan oleh MITI
  5. Bank Negara Malaysia (BNM) bagi sektor institusi kewangan/insurans
  6. Suruhanjaya Sekuriti (SC) yang berkaitan sektor urusniaga saham
  7. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi sektor peniaga kecil/penjaja gerai makanan/food truck. Pengeluaran lesen berniaga bagi pengurusan strata, sisa pepejal dan sanitasi surat pengesahan akan dikeluarkan oleh MITI
  8. Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bagi perkhidmatan telekomunikasi/media/pos/kurier dan penyiaran
  9. Kementerian Dalam Negeri (KDN) Semua surat pengesahan yang dikeluarkan oleh agensi – agensi yang berada di bawahnya seperti Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan sebagainya akan diterima pakai bagi kebenaran pergerakan
  10. PDRM akan mengeluarkan permit pergerakan bagi mereka yang layak di bawah peraturan rentas sempadan iaitu ziarah kematian, kecemasan dan bekerja sendiri
Semua dokumen pengesahan seperti disenaraikan hendaklah bertarikh mulai 1 Jun 2021.”

Pihak yang tiada sebarang dokumen yang sah seperti di para 1 (10 jenis) atau telah tamat tempoh iaitu sebelum 1 Jun 2021 akan diarahkan berpatah balik.”

Bagi yang gagal mengemukakan surat pengesahan atau menunjukkan surat pengesahan palsu, akan dikenakan tindakan tegas di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Post a Comment

0 Comments