Home Blog Services About Free Audit
Aryl Je · Digital Narrative Strategist

Something
brewing.

The new home for SEO, GEO, and digital authority strategy is being built. In the meantime, the blog is live and I'm taking on clients.

Building authority that AI engines cite. Malaysia.
IG TH LT

Tips Travel Jimat Ke Koh Lipe Dari Malaysia

Terletak di Satun, sebuah kawasan di selatan Thailand, Koh Lipe boleh dianggap sebagai salah satu pulau yang berdekatan dengan sempadan antara Malaysia dan Thailand. Dari segi geografi, pulau ini terletak dalam kumpulan kepulauan Adang – Rawi yang terletak di Laut Andaman.


Kalau korang Google, confirm akan keluar banyak koleksi gambar yang menggambarkan keindahan pantai pasir putih serta air yang jernih kebiruan di Koh Lipe ini.

Koh Lipe ( disebut atau dieja juga dengan Ko Lipey atau Koh Lipeh) ini sebenarnya terbahagi atau mempunyai 3 buah pantai utama iaitu Sunset Beach di sebelah barat, Sunrise Beach di sebelah timur dan juga Pattaya Beach.

peta koh lipe

Antara 3 pantai utama di Koh Lipe ni, Pattaya Beach merupakan pantai yang terpanjang iaitu sekitar 1 kilometer dan merupakan destinasi yang paling popular dengan deretan resort, hotel, butik pakaian dan lain – lain. 

Haad Chao Ley atau Sunrise Beach yang terletak di sebelah timur Koh Lipe ini merupakan pantai kedua terpanjang dan ianya menghadap ke sebelah timur. 

Kalau low season, disyorkan korang ke sini disebabkan ia terlindung daripada angin monsoon. Kalau korang jenis yang suka berjumpa dengan penduduk tempatan, disini juga sangat sesuai kerana disinilah kawasan tumpuan mereka.

sunset beach koh lipe

Haad Pramong atau Sunset Beach pula merupakan kawasan pantai yang pendek, sekitar 200 meter. Tetapi disini juga merupakan tempat yang ‘paling happening’ di Koh Lipe disebabkan banyak kedai dan bar disepanjang pantai. Ala-ala Pantai Cenang di Langkawi agaknya…
 

Waktu Terbaik Untuk Ke Koh Lipe

Koh Lipe boleh dikunjingi sepanjang tahun, cuma korang perlu jangkakan sedikit padat ketika hujung minggu kerana pelancong Malaysia dan Thailand sendiri akan ke sini untuk weekend getaway.

Musim ‘high peak’ adalah dari November hingga Mei dan tempahan awal perlu dibuat sekiranya korang berhajat kesini dalam bulan Disember hingga Februari, sebabnya ini memang musim puncak.

Kalau nak elakkan kepadatan ni, tunggu sekitar Mei hingga Oktober. Waktu ini, memang biasanya tidak ramai pengunjung dan pelancong pun tak ramai.

Kita di Malaysia ni agak beruntung sebab lokasi pulau ini agak dekat dengan kita. Kalau anda perasan, jika ke Pantai Cenang Langkawi, di sebelah kanan anda akan nampak Koh Lipe. 

Cara Untuk Ke Koh Lipe

Ada beberapa cara untuk kita sampai ke Koh Lipe; pertama dan paling senang adalah terbang ke Bangkok dan ambil pakej terus, anggaran sekitar RM 700++.  
 
Cara kedua; ambil penerbangan ke Hat Yai, naik bas atau shuttle ke Pak Bara (sekitar 250 Baht) dan ambil feri atau bot laju ke Koh Lipe, harga sekitar 650 Bhat. Total ‘hangus’ dalam 900 Bhat je, dalam RM116 lebih kurang.

Cara ketiga; dari Pulau Langkawi! Feri dari Langkawi ke Koh Lipe mengambil masa sekitar 90 minit. Harga bermula dari RM312 untuk perjalanan pergi dan balik dan korang naik dekat Telaga Harbour Marina. Setiap hari, ada 1 atau 2 trip dari Langkawi ke Koh Lipe. Pulul 9.30 pagi, 10.30 pagi, 2.30 petang dan masa ni dia ikut season. Dan ada dua tempat kalau korang nak naik feri dari Langkawi ke Koh Lipe, sama ada dari Kuah atau Telaga Harbour. 

Ni jadual feri dari Langkawi - Koh Lipe. Oh, jangan confuse dengan masa, masa Thailand adalah sejam lebih awal dari kita. 



Kalau tengok laman web Feri ke sana, untuk tahun 2023 ni dia buka pada Oktober sehingga Mei 2024. Dekat laman web ni pun ada jugak details berkenaan feri ke Koh Lipe dari Langkawi. 

p/s : Feri / Bot dari Langkawi ke Koh Lipe beroperasi dari Oktober hingga Mei sahaja. Dan, jangan terkejut kalau diorang mintak passport awal-awal. Dan pastikan passport sekurang-kurangnya valid untuk 6 bulan ye! 

So, korang ada banyak cara. Nak cepat; guna kapal terbang, tapi mahal. Nak bajet yang pertengahan, naik ETS sampai ke Kuala Perlis, naik feri ke Langkawi dan teruskan ke Koh Lipe. Nak yang santai sikit, naik bas tuju ke Kuala Perlis, kendian ambil feri ke Langkawi, sebelum ke Koh Lipe!  

Korang boleh search Hotel di Koh Lipe dekat bawah ni : 
 


5 Tempat Menarik Di Phuket, Thailand


Rasa excited pulak bila kerajaan Thailand umumkan program 'Phuket Sandbox' yang mana pelancong luar negara yang sudah divaksin boleh ke Phuket bermula 1 Julai nanti. 

Apa yang aku tahu setakat ini, pelancong yang divaksin dan diuji negatif COVID-19 boleh mengunjungi Phuket tanpa perlu menjalani kuarantin.

Siapa yang layak untuk melancong di bawah program 'Phuket Sandbox' ?

  • Pelancong dari negara berisiko rendah dan sederhana yang sudah divaksin. Hanya negara yang tersenarai  di dalam Kementerian Kesihatan Awam Thailand.
  • Vaksin yang diambil sebelum hari ketibaan di Thailand, adalah 14 Hari hingga 1 Tahun.
  • Bagi kanak-kanak di bawah 12 tahun yang datang bersama ibubapa, tidak perlu mengemukan sijil vaksin.
  • Bagi remaja di antara 12 hingga 18 tahun perlu menjalani ujian rapid antigen semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket dengan kos sendiri.
  • Mereka yang melancong melalui pengangkutan udara atau laut layak untuk program 'Phuket Sandbox'.
Tapi... Ingin diingatkan, negara kita sendiri belum benarkan travel keluar negara untuk tujuan melancong setakat ini. Buat masa ni, kita tumpang gembira sahaja. 

Sambil-sambil tu, kita tengok dulu 5 Tempat Menarik Di Phuket yang korang boleh pegi bila kerajaan dah benarkan melancong semula okay!

1. Laem Phromthep and viewpoints

Photo Credit : TAT



Laen Phromthep ni jugak dikenali sebagai "Laem Chao" oleh orang tempatan. Kalau dari segi kedudukan, ia merupakan bahagian paling selatan Phuket. Tempat ni memang famous untuk peminat fotografi dan jugak merupakan salah satu lokasi terbaik untuk dapatkan sunset di Phuket. 

2. Old Phuket Town

Photo Credit : TAT



Old Phuket Town atau bandar lama Phuket ini merupakan salah satu tempat tumpuan pelancong kalau datang ke Phuket. Apa yang buatkan ia menarik adalah kepelbagaian budaya yang ditonjolkan disini selain boleh dikatakan tempat yang 'menyimpan' sejarah tentang Phuket. 

Kalau korang merancang kesini, memang akan di'sambut' dengan bangunan-bangunan lama dan sebahagian daripada bangunan ni dah diubahsuai untuk dijadikan muzium. Contohnya, Phuket Thai Hua Museum dan Peranakan Ninthat Museum. 

Jangan tak tahu, dekat Phuket pun ada baba dan nyonya tau! 

3. Racha Island and Mai Thon Island

Photo Credit : TAT



Masih di selatan Phuket, ada terdapat dua buah Pulau yang disebut sebagai Koh Racha dan terbahagi kepada dua iaitu Koh Racha Noi dan Koh Racha Yai. 

Apa beza dua pulau ni? Koh Racha Yai ni lebih kepada persisiran pantai yang cantik selain lokasi diving dan ia sangat sesuai untuk korang yang sukakan nature. 

Koh Racha Noi pulak hanya untuk penyelam skuba yang profesional. Dekat sini boleh tengok Manta Ray dan jugak great white shark. Sebab itu ia hanya galakkan penyelam professional untuk kesini. 

4. Wat Chalong (Wat Chai Tharam)

Photo Credit : Pexels



Wat Chalong (Wat Chai Tharam) adalah Kuil Bersejarah yang merupakan pusat keagamaan orang-orang Phuket yang juga mempunyai cerita sejarah dan legenda, Luangpho Chaem dari Wat Chalong, seorang sami yang dikatkan mempunyai kekuatan ajaib, dan perubatan tradisional.

Lokasi : Chao Fa Road, TambonChalong, Amphoe Mueang, Phuket

5. Patong Beach

Photo Credit : TAT


Tak lengkap perjalanan ke Phuket kalau tak singgah di Pantai Patong. Ia merupakan salah sebuah pantai peranginan yang sangat terkenal seluruh dunia. Memang sangat sinonimlah dengan Phuket. 

Disebabkan itu jugak, Patong ni merupakan kawasan tumpuan pelancong selain terdapat banyak kemudahan-kemudahan seperti kedai, hospital, hotel dan macam-macam lagi. 


Rasanya, cukuplah aku sharekan dulu 5 tempat menarik yang korang boleh pegi kat Patong ni. Bab makanan, aku rasa tak susah nak cari sebab dekat Thailand ramai muslim. Cuma kena pandai cari lah. 
Nak rekemen pun tak reti sangat sebab aku sendiri tak sampai lagi Phuket ni. 

Aku kongsikan je tempat-tempat menarik dulu. 
Kalau aku sampat nanti, bolehlah aku share. 

Macam perkongsian aku ke Hadyai dan Songkla ni. 


Sumber : Tourism Authority of Thailand

Dilema Percutian Ke Hatyai Atau Songkhla?



Selalu terjumpa soalan macam ni di pencarian Google, antara Hatyai dan Songkhla, mana lebih menarik? Jawapan aku, pergi dua-dua.



Ramai yang tersalah (termasuk aku) maklumat yang kedua-dua ini lokasi yang berlainan. Betul, ia memang berlainan, Hadyai adalah bandar, dan Songkhla itu adalah wilayahnya. Menariknya, kedua-dua ini ada ‘pusat’ bandar dia tersendiri.

Terletak di bahagian selatan Thailand dan dekat dengan sempadan Malaysia, tidak hairan kalau korang terjumpa ramai orang kita dan kereta-kereta yang bernombor pendaftaran Malaysia dekat sana sebab memang ada akses jalan darat pun.

Baru – baru ni, aku sempatlah sampai ke Hatyai dan Songkhla dan aku buat dalam masa 4 hari. 2 hari aku dekat Songkhla, 2 hari dekat Hatyai.

Aku sarankan; kalau korang nak shopping – habiskan banyak masa dekat Hatyai. Kalau nak jenjalan melawat kawasan bersejarah ke, temple ke, banyakkan masa di Songkhla.
Meh nak share sikit itineri aku;

KUALA LUMPUR – HATYAI       

Flight aku pukul 10 pagi, sampai Hatyai International Airport dalam 1105. Waktu Thailand lambat sejam ye kawan-kawan. Aku naik AirAsia, masa aku pegi tu, dapat harga RM300 pergi balik. Pergi hari Isnin, balik KL Khamis.

Day 1 : Hatyai – Songkhla


Disebabkan aku kena review satu hotel di Songkhla, aku ke sana dulu. Hotel dia adalah Haad Keaw Resort yang terletak di kawasan Chang Wat, Songkhla. Bilik, memang best!






Dia bagi family room, ada ruang tamu, katil besar dan macam-macam lagi. Memang best dan berbaloi. Lagi satu, hotel di sini kebanyakkannya muslim friendly. Di hotel ni pun, restoran dia ada sijil Halal.



Nanti aku tulis review penuh dalam entri lain, aku focus kepada iteneri 4 hari 3 malam aku ke Songkhla / Hatyai ni dulu okay?

Makan tengah hari, makan dekat hotel je sebab lapar sangat dan aku tak sempat nak explore google lagi. Jadi jalan paling ringkas, makan dekat hotel. Sedap, memang puas hati.





500 Baht untuk dua orang. 2 nasi, 1 tomyam yang portion dia besar dan banyak hidupan, 1 green curry yang penuh ayam dan 2 gelas the thai. Lebih kurang Rm30 seorang. Pada aku, puas hati, sebab makanan dia sedap, dan rate tu untuk hotel, boleh diterima akal.

Check- In : Rehat

Lepas makan, baru gerak tengok bilik. Kendian, kena settlekan writeup dan kerja-kerja lain. Lepas settle kerja, asalnya nak ke Hatyai. Tapi ‘tour’ yang disediakan dekat Hotel tu cadangkan ke Songkhla dulu.

p/s : Haad Kaew ni terletak di ‘pulau’ berlainan dengan tempat-tempat tarikan. Jadi aku syorkan, korang cari penginapan sekitar Hadyai City atau kawasan Bo Yang, ada banyak dekat situ.

Tapi yang bestnya di Haad Kaew ni, walaupun jauh perjalanan ke kawasan tarikan ambil masa sejam, kita boleh dapat pengalaman naik feri untuk seberang tasik Songkhla. Kalau naik kenderaan, dia cas sekitar 20 Baht untuk satu kenderaan, 4 Baht untuk motor dan kalau jalan kaki, free!




Oh, feri terakhir jam 11 malam ye untuk ke seberang.

Song Thale Park

Dekat sini,  memang banyak taman-taman awam. Salah satunya adalah Song Thale ni. Kawasan ini dibina cantik untuk kegunaan orang tempatan untuk beriadah.




Salah satu tarikan menarik di Songkhla ni adalah ‘Nag’ sebuah binaan berbentuk kepada naga yang mengeluarkan air dan kepala dia menghadap Tasik Songkhla. Nag sebenarnya adalah seekor ular (berkepala naga) yang dipercayai oleh penduduk tempatan mengeluarkan ‘air suci’ yang memberikan kebahagiaan, kesihatan dan juga kesuburan kepada Songkhla.




Cerita dia; Nag ni sebenarnya terbahagi kepada 3 bahagian. Kepala (simbol kecerdikan dan kepandaian orang di bandar Songkhla), badan (yang melambangkan kekayaan) – bahagian badan ada di Chaloem Phrakiat dan bahagian ekor di Chalatat Road (melambangkan kekuatan dan karisma).

Tapi untuk kali ni, aku sempat ke bahagian kepala sahaja sebab jalan ke kawasan badan dan ekor Nag ni ditutup sebab ada perkhemahan jambori pengakap (aku agak je, melalui pemakaian diorang).

Samila Beach




Di Songkhla, memang terdapat banyak kawasan pantai, dan salah satunya ialah Samila 
Beach ni. Pantai dia sepanjang 4 kilometer tak silap aku. Memang panjang. Kalau nak cerita pasal cantik, jujur cakap dia macam Port Dickson, dan masa aku kesini, tak dibenarkan mandi sebab ada ancaman obor-obor. Musim katanya…



Tarikan utama disini adalah binaan Golden Mermaid, sebuah patung ikan duyung yang dipercayai membawa kekayaan kepada rakyat Songkhla.




Tips : Datang waktu petang, sekitar 4 atau 5 – dapat gambar yang sangat cantik. Mermaid + sunset. Cuma kena pandai-pandai lah ambil giliran. Ramai yang nak bergambar disini.


Wat Khao Kao Seng




Jujur aku cakap, masa sampai dekat lokasi ni, aku jadi tak faham apa sebenarnya tarikan menarik dekat sini. Sebab, dia terletak dekat atas bukit dan ada sebuah wat (kuil).




Tapi, driver aku suruh turun kebawah, aku macam… peliklah sekejap. Rupanya, dekat bawah tu ada macam platform yang dibina untuk korang berjalan dan dia tuju dekat sebuah batu besar.




Aku search, rupanya batu yang dinamakan Hua Nai Raeng yang mempunyai nilai sejarah sendiri iaitu diceritakan gabenor bandar bersebelahan yang bernama Nai Raeng telah membunuh diri disini sebelum menanam keseluruhan hartanya yang bernilai 900 juta baht dibawah batu ini.

Balik Hotel – Rehat
Waktu semakin gelap, aku mintak nak balik hotel sebab penat. Rehat sekejap. Malam keluar balik.

Chalatat Beach

Macam biasa, nak cari makan, aku suka gunakan Tripadvisor dan trip kalini aku guna Google Trip. Memang banyak membantu.

Katanya dekat kawasan jeti (yang aku ceritakan awal tadi) ada kedai makanan muslim, tapi masa aku sampai, dah tutup. Jadi, aku menyeberang naik feri untuk cari makanan.
Langsung ke Chalatat Beach. Memang meriah, sebab sini berderet bar dan pub. Tapi aku tak masuk lah, jengah dari luar je. Memang happening.

Selepas daripada deretan Bar ni, seingat aku bar terakhir nama dia WAVE Society, selepas daripada bar tu ada kedai makan halal. Ada beberapa dekat situ. Sebab lupa bawak kamera dan lapar, aku lupa nak amik detail. Setahu aku nama dia Arabee (ni yang aku google).

Lepas pada makan, amik grab untuk balik ke hotel. Selesai hari pertama.


Day 2 : Songkhla

Lee Subsin Market Precint




Lee Subsin Market Precint ni antara salah satu kawasan ‘pasar’ yang ada di Songkhla. Kawasan ini, memang banyak kedai-kedai diluar dan didalam. Kena ingat satu, walaupun nama dia pasar, dia lebih kepada konsep kedai dekat sini.




Nak tukar duit, sebelah mall ni ada satu money changer. ATM machine pun ada.
Ada mall, ada kedai biasa jugak. Pandai tawar, dapatlah murah. Kalau ke sini, korang boleh cari banyak streetfood yang ada sekitar kawasan ni. Tapi kena hati-hati lah, cari yang dijual 
peniaga muslim.

Tips : Cari yang ada tulisan bismillah atau peniaga bertudung, ataupun tanya je… halal or not. Masalah disini, semua benda ditulis dalam bahasa Thai dan ramai tak boleh cakap English, jadi aku sarankan korang guna Google Translate. Senang!

Songkhla Old Town




Ini aku tak singgah, sempat lalu je sebab nak ke Bo Yang Night Market. Cuma, dekat Old Town ni, ada banyak street art yang korang boleh bergambar. 



Memang instagram-able!
Dari segi bangunan dan vibe, dia ala-ala bangunan lama dekat kawasan Jalan TAR atau Jonker Walk punya style.

Bo Yang Night Market




Jujur aku cakap, aku ingat dia macam Chatuchak market yang famous tu. Tapi sangkaan aku meleset. Walaupun nama dia night market, dia adalah pasar moden, ala-ala uptown dekat sini.




Boleh dikatakan korang jangan tertipu dengan perkataan ‘market’ tu, dia bukan pasar basah. Dia lebih kepada pasar moden yang ada binaan bangunan yang pada aku sangat tersusun.

Bo Yang market ni sama macam uptown dekat KL tuh, ada jual baju, aksesori, cermin mata, cendera hati, dan sebab utama orang ke sini, streetfood! 





Ada macam-macam jenis makanan yang dijual dekat sini.


Perlu berhati-hati sahaja, sebab korang tak boleh bezakan makanan tersbeut halal atau tidak, kebanyakkan tulis Thai sahaja. Kalau ada pork tu aku perasan dia akan tampal sticker kartun babi dekat signboard.

Tips aku, cari yang boleh berbahasa melayu, pakai tudung, atau dekat gerai dia ada ayat-ayat Al-Quran.

Ringkasan Hari Ke-2 : Lee Subsin Market Precint > Songkhla Old Town > Bo Yang Market
Memang hari kedua aku tak sempat nak keluar sebab pagi tu ada kerja sikit nak buat. Jadi habiskan masa dekat hotel. 

Nak keluar tengah hari pulak, hujan lebat. Memang terkilan sebab tak dapat nak pusing-pusing.

Hari kedua keluar hotel agak lambat, dalam pukul 4 atau 5 macam tu lepas hujan berhenti.

Day 3 : Hat Yai


Songkhla – Hatyai
Untuk hari ke 3, kitorang keluar dari Songkhla untuk ke Hatyai. 
GREENVIEW HOTEL




Check-in dekat Greenview Hotel - hotel ni sebenarnya jumpa last minute. Tapi dari segi 'vibe' memang terasa Thailand betul hotel dia. Berdekatan dengan semua benda. 
7 Eleven terletak dalam 5oo meter (ini anggaran aku). 
Santisuk Market
Salah satu kawasan beli belah yang ada di Hatyai adalah Santisuk market. Konsep dia sama, dengan market lain. Macam kawasan Chow Kit atau ala-ala Petaling Street. Dari segi barangan, boleh kata ianya gred AA mungkin lebih rendah. Yang pasti, bukan ori. Itu dari segi barangan lah, dekat sini ada jugak jual kekacang, buah-buah dan lain-lain.
Oh, streetfood memang meriah!

Kim Yong Market
Kalau korang pusing habis kawasan Kim Yong ni, memang penat! Tapi boleh dikatakan kawasan ni, barang dia ‘rare’ sikit dan boleh la cuci mata. Sebab mustahil untuk korang bawak balik. Maksud rare dekat sini, ada beberapa kedai yang jual alatan tangan yang kategori ‘senjata berbahaya’. Ada pedang, pisau dan macam-macam lagi.
Selain itu, dinasihatkan korang bertabah lah bila ke sini, sangat banyak barang untuk ‘menguatkan adik’ atau dalam bahasa lainnya ‘ubat kuat’. Tapi, lain pada tu, korang boleh cari baju, beg, seluar, jajan, kacang, buah-buah dan macam-macam lah dekat sini.

ASEAN Night Bazaar
Dalam banyak-banyak, boleh dikatakan ini yang ‘proper’ sikit, lebih luas, lebih selesa dan meriah. Masa ke sana bulan lepas, memang bersepah orang Malaysia dan semua boleh dikatakan tangan penuh dengan barang-barang macam baju, toto dan lain-lain.
Kalau ke sini, korang naik ke tingkat atas tau. Ada deretan kedai makan bahagian atas. Semua makanan menarik, harga pun murah kalau nak dibandingkan dekat tempat lain.



DAY 4 : Hatyai - Airport

Hari keempat, flight aku dalam pukul 11 jugak. Pagi tu, tak boleh nak keluar bilik disebabkan hujan lebat dan duit Baht tinggal berapa je. Jadi decide duduk dalam bilik layan Netflix je.