Selalu
terjumpa soalan macam ni di pencarian Google, antara Hatyai dan Songkhla, mana
lebih menarik? Jawapan aku, pergi dua-dua.
Ramai yang
tersalah (termasuk aku) maklumat yang kedua-dua ini lokasi yang berlainan.
Betul, ia memang berlainan, Hadyai adalah bandar, dan Songkhla itu adalah
wilayahnya. Menariknya, kedua-dua ini ada ‘pusat’ bandar dia tersendiri.
Terletak di bahagian selatan Thailand dan dekat dengan
sempadan Malaysia, tidak hairan kalau korang terjumpa ramai orang kita dan
kereta-kereta yang bernombor pendaftaran Malaysia dekat sana sebab memang ada
akses jalan darat pun.
Baru –
baru ni, aku sempatlah sampai ke Hatyai dan Songkhla dan aku buat dalam masa 4
hari. 2 hari aku dekat Songkhla, 2 hari dekat Hatyai.
Aku
sarankan; kalau korang nak shopping – habiskan banyak masa dekat Hatyai. Kalau
nak jenjalan melawat kawasan bersejarah ke, temple ke, banyakkan masa di
Songkhla.
Meh nak
share sikit itineri aku;
KUALA LUMPUR – HATYAI
Flight aku
pukul 10 pagi, sampai Hatyai International Airport dalam 1105. Waktu Thailand
lambat sejam ye kawan-kawan. Aku naik AirAsia, masa aku pegi tu, dapat harga
RM300 pergi balik. Pergi hari Isnin, balik KL Khamis.
Day 1 : Hatyai – Songkhla
Disebabkan
aku kena review satu hotel di Songkhla, aku ke sana dulu. Hotel dia adalah Haad
Keaw Resort yang terletak di kawasan Chang Wat, Songkhla. Bilik, memang best!
Dia bagi
family room, ada ruang tamu, katil besar dan macam-macam lagi. Memang best dan
berbaloi. Lagi satu, hotel di sini kebanyakkannya muslim friendly. Di hotel ni
pun, restoran dia ada sijil Halal.
Nanti aku
tulis review penuh dalam entri lain, aku focus kepada iteneri 4 hari 3 malam
aku ke Songkhla / Hatyai ni dulu okay?
Makan
tengah hari, makan dekat hotel je sebab lapar sangat dan aku tak sempat nak
explore google lagi. Jadi jalan paling ringkas, makan dekat hotel. Sedap,
memang puas hati.
500 Baht
untuk dua orang. 2 nasi, 1 tomyam yang portion dia besar dan banyak hidupan, 1
green curry yang penuh ayam dan 2 gelas the thai. Lebih kurang Rm30 seorang.
Pada aku, puas hati, sebab makanan dia sedap, dan rate tu untuk hotel, boleh
diterima akal.
Check- In : Rehat
Lepas makan, baru gerak tengok bilik.
Kendian, kena settlekan writeup dan kerja-kerja lain. Lepas settle kerja,
asalnya nak ke Hatyai. Tapi ‘tour’ yang disediakan dekat Hotel tu cadangkan ke
Songkhla dulu.
p/s : Haad Kaew ni terletak di ‘pulau’
berlainan dengan tempat-tempat tarikan. Jadi aku syorkan, korang cari
penginapan sekitar Hadyai City atau kawasan Bo Yang, ada banyak dekat situ.
Tapi yang bestnya di Haad Kaew ni, walaupun
jauh perjalanan ke kawasan tarikan ambil masa sejam, kita boleh dapat
pengalaman naik feri untuk seberang tasik Songkhla. Kalau naik kenderaan, dia
cas sekitar 20 Baht untuk satu kenderaan, 4 Baht untuk motor dan kalau jalan
kaki, free!
Oh, feri
terakhir jam 11 malam ye untuk ke seberang.
Song Thale Park
Dekat sini, memang banyak taman-taman awam. Salah satunya
adalah Song Thale ni. Kawasan ini dibina cantik untuk kegunaan orang tempatan
untuk beriadah.
Salah satu tarikan menarik di Songkhla ni
adalah ‘Nag’ sebuah binaan berbentuk kepada naga yang mengeluarkan air dan
kepala dia menghadap Tasik Songkhla. Nag sebenarnya adalah seekor ular
(berkepala naga) yang dipercayai oleh penduduk tempatan mengeluarkan ‘air suci’
yang memberikan kebahagiaan, kesihatan dan juga kesuburan kepada Songkhla.
Cerita dia; Nag ni sebenarnya terbahagi kepada
3 bahagian. Kepala (simbol kecerdikan dan kepandaian orang di bandar Songkhla),
badan (yang melambangkan kekayaan) – bahagian badan ada di Chaloem Phrakiat dan
bahagian ekor di Chalatat Road (melambangkan kekuatan dan karisma).
Tapi untuk kali ni, aku sempat ke bahagian
kepala sahaja sebab jalan ke kawasan badan dan ekor Nag ni ditutup sebab ada
perkhemahan jambori pengakap (aku agak je, melalui pemakaian diorang).
Di Songkhla, memang terdapat banyak kawasan
pantai, dan salah satunya ialah Samila
Beach ni. Pantai dia sepanjang 4
kilometer tak silap aku. Memang panjang. Kalau nak cerita pasal cantik, jujur
cakap dia macam Port Dickson, dan masa aku kesini, tak dibenarkan mandi sebab
ada ancaman obor-obor. Musim katanya…
Tarikan utama disini adalah binaan Golden
Mermaid, sebuah patung ikan duyung yang dipercayai membawa kekayaan kepada
rakyat Songkhla.
Tips : Datang waktu petang, sekitar 4 atau 5 –
dapat gambar yang sangat cantik. Mermaid + sunset. Cuma kena pandai-pandai lah
ambil giliran. Ramai yang nak bergambar disini.
Jujur aku cakap, masa sampai dekat lokasi ni,
aku jadi tak faham apa sebenarnya tarikan menarik dekat sini. Sebab, dia
terletak dekat atas bukit dan ada sebuah wat (kuil).
Tapi, driver aku suruh turun kebawah, aku
macam… peliklah sekejap. Rupanya, dekat bawah tu ada macam platform yang dibina
untuk korang berjalan dan dia tuju dekat sebuah batu besar.
Aku search, rupanya batu yang dinamakan Hua
Nai Raeng yang mempunyai nilai sejarah sendiri iaitu diceritakan gabenor bandar
bersebelahan yang bernama Nai Raeng telah membunuh diri disini sebelum menanam
keseluruhan hartanya yang bernilai 900 juta baht dibawah batu ini.
Balik
Hotel – Rehat
Waktu semakin gelap, aku mintak nak balik
hotel sebab penat. Rehat sekejap. Malam keluar balik.
Chalatat
Beach
Macam biasa, nak cari makan, aku suka
gunakan Tripadvisor dan trip kalini aku guna Google Trip. Memang banyak
membantu.
Katanya dekat kawasan jeti (yang aku
ceritakan awal tadi) ada kedai makanan muslim, tapi masa aku sampai, dah tutup.
Jadi, aku menyeberang naik feri untuk cari makanan.
Langsung ke Chalatat Beach. Memang
meriah, sebab sini berderet bar dan pub. Tapi aku tak masuk lah, jengah dari
luar je. Memang happening.
Selepas daripada deretan Bar ni,
seingat aku bar terakhir nama dia WAVE Society, selepas daripada bar tu ada
kedai makan halal. Ada beberapa dekat situ. Sebab lupa bawak kamera dan lapar,
aku lupa nak amik detail. Setahu aku nama dia Arabee (ni yang aku google).
Lepas pada makan, amik grab untuk
balik ke hotel. Selesai hari pertama.
Day 2 : Songkhla
Lee Subsin Market Precint ni antara salah satu
kawasan ‘pasar’ yang ada di Songkhla. Kawasan ini, memang banyak kedai-kedai
diluar dan didalam. Kena ingat satu, walaupun nama dia pasar, dia lebih kepada
konsep kedai dekat sini.
Nak tukar duit, sebelah mall ni ada satu money
changer. ATM machine pun ada.
Ada mall, ada kedai biasa jugak. Pandai tawar,
dapatlah murah. Kalau ke sini, korang boleh cari banyak streetfood yang ada
sekitar kawasan ni. Tapi kena hati-hati lah, cari yang dijual
peniaga muslim.
Tips : Cari yang ada tulisan bismillah atau
peniaga bertudung, ataupun tanya je… halal or not. Masalah disini, semua benda
ditulis dalam bahasa Thai dan ramai tak boleh cakap English, jadi aku sarankan
korang guna Google Translate. Senang!
Ini aku tak singgah, sempat lalu je sebab nak
ke Bo Yang Night Market. Cuma, dekat Old Town ni, ada banyak street art yang
korang boleh bergambar.
Memang instagram-able!
Memang instagram-able!
Dari segi bangunan dan vibe, dia ala-ala
bangunan lama dekat kawasan Jalan TAR atau Jonker Walk punya style.
Jujur
aku cakap, aku ingat dia macam Chatuchak market yang famous tu. Tapi sangkaan
aku meleset. Walaupun nama dia night market, dia adalah pasar moden, ala-ala
uptown dekat sini.
Boleh
dikatakan korang jangan tertipu dengan perkataan ‘market’ tu, dia bukan pasar
basah. Dia lebih kepada pasar moden yang ada binaan bangunan yang pada aku
sangat tersusun.
Bo
Yang market ni sama macam uptown dekat KL tuh, ada jual baju, aksesori, cermin
mata, cendera hati, dan sebab utama orang ke sini, streetfood!
Ada macam-macam jenis makanan yang dijual dekat sini.
Ada macam-macam jenis makanan yang dijual dekat sini.
Perlu
berhati-hati sahaja, sebab korang tak boleh bezakan makanan tersbeut halal atau
tidak, kebanyakkan tulis Thai sahaja. Kalau ada pork tu aku perasan dia akan
tampal sticker kartun babi dekat signboard.
Tips
aku, cari yang boleh berbahasa melayu, pakai tudung, atau dekat gerai dia ada
ayat-ayat Al-Quran.
Ringkasan
Hari Ke-2 : Lee Subsin Market Precint > Songkhla Old Town > Bo Yang
Market
Memang
hari kedua aku tak sempat nak keluar sebab pagi tu ada kerja sikit nak buat.
Jadi habiskan masa dekat hotel.
Nak keluar tengah hari pulak, hujan lebat.
Memang terkilan sebab tak dapat nak pusing-pusing.
Hari
kedua keluar hotel agak lambat, dalam pukul 4 atau 5 macam tu lepas hujan
berhenti.
Day 3 : Hat Yai
Songkhla – Hatyai
Untuk hari ke 3, kitorang keluar dari Songkhla untuk ke Hatyai.
Check-in dekat Greenview Hotel - hotel ni sebenarnya jumpa last minute. Tapi dari segi 'vibe' memang terasa Thailand betul hotel dia. Berdekatan dengan semua benda.
7 Eleven terletak dalam 5oo meter (ini anggaran aku).
Santisuk Market
Salah satu kawasan beli belah yang ada di Hatyai adalah Santisuk market. Konsep dia sama, dengan market lain. Macam kawasan Chow Kit atau ala-ala Petaling Street. Dari segi barangan, boleh kata ianya gred AA mungkin lebih rendah. Yang pasti, bukan ori. Itu dari segi barangan lah, dekat sini ada jugak jual kekacang, buah-buah dan lain-lain.
Oh, streetfood memang meriah!
Kim Yong Market
Kalau korang pusing habis kawasan Kim Yong ni, memang penat! Tapi boleh dikatakan kawasan ni, barang dia ‘rare’ sikit dan boleh la cuci mata. Sebab mustahil untuk korang bawak balik. Maksud rare dekat sini, ada beberapa kedai yang jual alatan tangan yang kategori ‘senjata berbahaya’. Ada pedang, pisau dan macam-macam lagi.
Selain itu, dinasihatkan korang bertabah lah bila ke sini, sangat banyak barang untuk ‘menguatkan adik’ atau dalam bahasa lainnya ‘ubat kuat’. Tapi, lain pada tu, korang boleh cari baju, beg, seluar, jajan, kacang, buah-buah dan macam-macam lah dekat sini.
ASEAN Night Bazaar
Dalam banyak-banyak, boleh dikatakan ini yang ‘proper’ sikit, lebih luas, lebih selesa dan meriah. Masa ke sana bulan lepas, memang bersepah orang Malaysia dan semua boleh dikatakan tangan penuh dengan barang-barang macam baju, toto dan lain-lain.
Kalau ke sini, korang naik ke tingkat atas tau. Ada deretan kedai makan bahagian atas. Semua makanan menarik, harga pun murah kalau nak dibandingkan dekat tempat lain.
Hari keempat, flight aku dalam pukul 11 jugak. Pagi tu, tak boleh nak keluar bilik disebabkan hujan lebat dan duit Baht tinggal berapa je. Jadi decide duduk dalam bilik layan Netflix je.
0 Comments