Advertisement

Tips Travel Jimat Ke Koh Lipe Dari Malaysia

Terletak di Satun, sebuah kawasan di selatan Thailand, Koh Lipe boleh dianggap sebagai salah satu pulau yang berdekatan dengan sempadan antara Malaysia dan Thailand. Dari segi geografi, pulau ini terletak dalam kumpulan kepulauan Adang – Rawi yang terletak di Laut Andaman.


Kalau korang Google, confirm akan keluar banyak koleksi gambar yang menggambarkan keindahan pantai pasir putih serta air yang jernih kebiruan di Koh Lipe ini.

Koh Lipe ( disebut atau dieja juga dengan Ko Lipey atau Koh Lipeh) ini sebenarnya terbahagi atau mempunyai 3 buah pantai utama iaitu Sunset Beach di sebelah barat, Sunrise Beach di sebelah timur dan juga Pattaya Beach.

peta koh lipe

Antara 3 pantai utama di Koh Lipe ni, Pattaya Beach merupakan pantai yang terpanjang iaitu sekitar 1 kilometer dan merupakan destinasi yang paling popular dengan deretan resort, hotel, butik pakaian dan lain – lain. 

Haad Chao Ley atau Sunrise Beach yang terletak di sebelah timur Koh Lipe ini merupakan pantai kedua terpanjang dan ianya menghadap ke sebelah timur. 

Kalau low season, disyorkan korang ke sini disebabkan ia terlindung daripada angin monsoon. Kalau korang jenis yang suka berjumpa dengan penduduk tempatan, disini juga sangat sesuai kerana disinilah kawasan tumpuan mereka.

sunset beach koh lipe

Haad Pramong atau Sunset Beach pula merupakan kawasan pantai yang pendek, sekitar 200 meter. Tetapi disini juga merupakan tempat yang ‘paling happening’ di Koh Lipe disebabkan banyak kedai dan bar disepanjang pantai. Ala-ala Pantai Cenang di Langkawi agaknya…
 

Waktu Terbaik Untuk Ke Koh Lipe

Koh Lipe boleh dikunjingi sepanjang tahun, cuma korang perlu jangkakan sedikit padat ketika hujung minggu kerana pelancong Malaysia dan Thailand sendiri akan ke sini untuk weekend getaway.

Musim ‘high peak’ adalah dari November hingga Mei dan tempahan awal perlu dibuat sekiranya korang berhajat kesini dalam bulan Disember hingga Februari, sebabnya ini memang musim puncak.

Kalau nak elakkan kepadatan ni, tunggu sekitar Mei hingga Oktober. Waktu ini, memang biasanya tidak ramai pengunjung dan pelancong pun tak ramai.

Kita di Malaysia ni agak beruntung sebab lokasi pulau ini agak dekat dengan kita. Kalau anda perasan, jika ke Pantai Cenang Langkawi, di sebelah kanan anda akan nampak Koh Lipe. 

Cara Untuk Ke Koh Lipe

Ada beberapa cara untuk kita sampai ke Koh Lipe; pertama dan paling senang adalah terbang ke Bangkok dan ambil pakej terus, anggaran sekitar RM 700++.  
 
Cara kedua; ambil penerbangan ke Hat Yai, naik bas atau shuttle ke Pak Bara (sekitar 250 Baht) dan ambil feri atau bot laju ke Koh Lipe, harga sekitar 650 Bhat. Total ‘hangus’ dalam 900 Bhat je, dalam RM116 lebih kurang.

Cara ketiga; dari Pulau Langkawi! Feri dari Langkawi ke Koh Lipe mengambil masa sekitar 90 minit. Harga bermula dari RM312 untuk perjalanan pergi dan balik dan korang naik dekat Telaga Harbour Marina. Setiap hari, ada 1 atau 2 trip dari Langkawi ke Koh Lipe. Pulul 9.30 pagi, 10.30 pagi, 2.30 petang dan masa ni dia ikut season. Dan ada dua tempat kalau korang nak naik feri dari Langkawi ke Koh Lipe, sama ada dari Kuah atau Telaga Harbour. 

Ni jadual feri dari Langkawi - Koh Lipe. Oh, jangan confuse dengan masa, masa Thailand adalah sejam lebih awal dari kita. 



Kalau tengok laman web Feri ke sana, untuk tahun 2023 ni dia buka pada Oktober sehingga Mei 2024. Dekat laman web ni pun ada jugak details berkenaan feri ke Koh Lipe dari Langkawi. 

p/s : Feri / Bot dari Langkawi ke Koh Lipe beroperasi dari Oktober hingga Mei sahaja. Dan, jangan terkejut kalau diorang mintak passport awal-awal. Dan pastikan passport sekurang-kurangnya valid untuk 6 bulan ye! 

So, korang ada banyak cara. Nak cepat; guna kapal terbang, tapi mahal. Nak bajet yang pertengahan, naik ETS sampai ke Kuala Perlis, naik feri ke Langkawi dan teruskan ke Koh Lipe. Nak yang santai sikit, naik bas tuju ke Kuala Perlis, kendian ambil feri ke Langkawi, sebelum ke Koh Lipe!  

Korang boleh search Hotel di Koh Lipe dekat bawah ni : 
 


Post a Comment

0 Comments