Advertisement

Destinasi Pelancongan Terhangat di Jepun 2023: Ini Lokasi Paling Popular Tahun Ini!

Baru- baru ini, hasil dapatan daripada survey yang dijalankan oleh agensi pelancongan Jepun mendedahkan destinasi pelancongan yang trending di Jepun untuk tahun 2023. 

Kalau korang nak ke Jepun, pastikan tahu nak tuju ke lokasi mana supaya senang korang merancang perjalanan, nak beli pass perjalanan atau nak sewa kereta dan sebagainya. 

Mengikut ranking yang dikeluarkan oleh Jalan.net tersebut, berikut adalah 10 Destinasi Paling Popular Di Jepun : 

  • Wilayah Oita
  • Wilayah Kagoshima
  • Hokkaido
  • Wilayah Iwate
  • Kyoto
  • Wilayah Nagano
  • Wilayah Ishikawa
  • Wilayah Nagasaki
  • Wilayah Okinawa
  • Wilayah Mie
Dalam perkongsian kali ni, aku akan share berkenaan Oita dan Kagoshima dahulu. 

Oita

Wilayah Oita terletak di rantau Kyushu, Jepun. Ia merupakan destinasi pelancongan yang kaya dengan keindahan alam semula jadi dan budaya air panas (onsen). Antara tarikan-tarikan di Oita :

1. Syurga Mata Air Panas

Oita
Kredit : Tocoo

Wilayah Oita terkenal sebagai khazanah mata air panas, dengan banyak kawasan mata air panas seperti Beppu dan Yufuin. Korang boleh menikmati pelbagai jenis mata air panas di Wilayah Oita, antaranya kolam mata air panas, kolam mandi terbuka, dan mandian kaki. Dekat sini, korang bolehlah  mencuba budaya tradisional mandian mata air panas Jepun.\

2. Aktiviti Nature dan Outdoor

Selain itu,  terdapat juga tempat-tempat yang menyajikan pemandangan yang indah seperti Jambatan Kokonoe Yume Otsuribashi dan Lembah Yabakei. Korang juga boleh menikmati pelbagai jenis aktiviti luar seperti hiking, trekking, berkanu dan rafting. Kalau minat nak menunggang kuda, korang boleh ke Kokonoe. Bandar Usa juga mempunyai salah satu taman safari terbesar di Jepun iaitu Kyushu Natural Zoological Park African.

3. Makanan Tempatan dan Culture Makanan di Oita

Kalau korang jenis suka nak 'explore' makanan dan kulinari Jepun, Oita ni salah satu kawasan yang terkenal dengan makanan berasaskan pegunungan dan juga makanan laut yang segar! 

Antara yang famous dekat Oita adalah makanan berasaskan Ikan Fugu, sejenis ikan buntal. Korang boleh try shashimi atau nabe! Cuma, pastikan korang ke kedai yang 'pakar' untuk mengendalikan fugu ni, sebab ianya kategori ikan beracun. 

Kalau tak berani, cuba la Pudding Bakar Yufuin. Ini boleh dikategorikan sebagai buah tangan 'wajib' kalau ke kawasan sini. Dia ala-ala puding custard lah. 

4. Kebudayaan & Sejarah

Kredit : Tocoo

Kalau korang nak explore sejarah dan kebudayaan Jepun, di Oita juga terdapat banyak bangunan bersejarah yang boleh korang lawati, salah satunya ialah Nakatsu Castle atau korang boleh ke Usa Shrine. 

Macam mana nak sampai ke Oita? 

Untuk perjalanan dari Lapangan Terbang Fukuoka ke Oita, korang mempunyai beberapa pilihan:

1. **Dengan Keretapi:**
   - Ambil Laluan Kuko Fukuoka City Subway (dari Stesen Lapangan Terbang Fukuoka) ke Stesen Hakata.
   - Tukar ke Shinkansen (keretapi peluru) di Stesen Hakata. Ambil Kyushu Shinkansen yang menuju ke Oita.
   - Turun di Stesen Oita.
   - Anggaran harga perjalanan antara RM157 ke RM238

2. **Dengan Bas:**
   - Terdapat bas bertarif yang beroperasi antara Lapangan Terbang Fukuoka dan Oita. Anda boleh semak jadual dan ketersediaan dengan syarikat bas.
- Anggaran harga RM88 ke RM146

3. **Dengan Kereta:**
   - Anda boleh menyewa kereta di Lapangan Terbang Fukuoka dan memandu ke Oita. Jaraknya lebih kurang 130-150 kilometer, dan perjalanan mengambil sekitar 2-3 jam bergantung kepada kesesakan lalu lintas. 
- Anggaran harga RM78 ke RM112. Kalau korang nak sewa kereta di Jepun, aku sarankan korang sewa di sini nak dapatkan diskaun, korang gunakan kod : P3WDN6 

Nak cari hotel menarik dekat Oita, boleh ke sini


Kagoshima

Kagoshima ni terletak di kawasan Kyushu dan mempunyai banyak tarikan seperti gunung berapi, air panas, kawasan semula jadi yang cantik dan juga spot-spot bersejarah. 

1. Sakurajima
Kredit : Tocoo

Sakurajima merupakan 'simbol' keindahan alam semulajadi di Kagoshima yang merupakan sebuah gunung berapi yang aktif. Untuk ke sini, korang boleh menaiki feri dari bandar Kagoshima dan dekat sini, korang boleh menikmati pemandangan indah Sakurajima dan merasai sendiri pengalaman berada berdekatan dengan gunung berapi aktif.  

2. Ibusuki Onsen

Wilayah Kagoshima ni ada banyak mata air panas dan onsen. Salah satu onsen yang terkenal di sini adalah Ibusuki Onsen. Dekat sini, korang boleh menikmati pemandangan laut sambil mandi di open-air bath yang ada disini. 

3. Gunung Kirishima

Kawasan pergunungan di Kagoshima ni secara ammnya dipanggil Jajaran Pergunungan Kirishima. Dekat kawasan pergunungan, pastinya aktiviti yang korang boleh buat di sini adalah menikmati permandangan atau nature dekat sini lah. Selain itu ada juga kolam mata air panas, korang boleh trekking dan juga hiking. 

3. Istana Kagoshima

Macam yang aku sebutkan dekat atas tadi, kawasan Kagoshima ni juga terkenal dengan sejarahnya tersendiri. Salah satunya korang boleh melawat istana Kagoshima yang terletak di bandar ini. 

Apa yang pasti, korang akan dapat menikmati permandangan bandar Kagoshima ni dari menara tinjau istana ini dan dalam masa yang sama, boleh la ambil tahu sikit tentang sejarah kawasan tersebut. 

4. Yakushima Island

Pulau Yakushima ni tersenarai sebagai Tapak Warisan Alam Semulajadi UNESCO dan kalau dah ke sini, jangan lupa untuk singgah di Shiratani Unsuikyo Gorge yang merupakan salah satu tarikan yang sering menerima kunjungan orang ramai. 

5. Kagoshima Black Beef

Kredit : Tocoo

Wilayah Kagoshima  ni juga terkenal dengan daging lembu hitam. Ia dikenali dengan daging yang lembut dan berkualiti tinggi. Korang boleh menikmati daging lembu hitam Kagoshima yang sedap di restoran tempatan dan restoran yakiniku di Wilayah Kagoshima.

Nak cari tempat makanan halal di Jepun, aku sarankan korang check dulu dekat sini : Semak Status Halal Restoran di Jepun.

Hotel di Kagoshima antara yang best ialah Koko Hotel ni... 


Post a Comment

0 Comments