Advertisement

ClubRock Perlis : Kem Induk Rock Climbing Pertama di Malaysia



ClubRock Perlis Basecamp


Dengan lanskap yang indah dihiasi dengan sawah padi yang terbentang luas serta landskap batu kapur yang menarik, Perlis adalah salah satu destinasi yang tidak kurang menariknya untuk dikunjungi bagi tujuan pelancongan di negara ini.

Tebing batu kapur, gua besar dan laluan flora yang tersedia di negeri Perlis menghasilkan persekitaran yang sempurna untuk aktiviti pelancongan. Taman negeri yang bergunung-ganang di kawasan barat menawarkan peluang pendakian gunung batu kapur yang mencabar manakala kawasan rata memperkenalkan monolit batu kapur yang menakjubkan.

Sesuai dengan landskap ini, MyEco Discovery Sdn Bhd baru-baru ini telah mengumumkan pra-pelancaran ClubRock Perlis yang merupakan kem induk rock climbing yang pertama di Malaysia. Secara tidak langsung, ia juga merupakan pusat pengembaraan eko bagi negeri berkenaan. 



Difahamkan, ClubRock Perlis akan memulakan pameran jelajah jualan ke seluruh negara bermula di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang dan seterusnya di Perlis. 

Sejajar dengan Tahun Melawat Perlis 2024-2025, kem induk ini akan dibuka secara rasmi pada Januari 2024.

ClubRock Perlis, yang terletak di Gua Kelam, merangkumi keluasan tanah lebih 23,000 kaki persegi. Ia mempunyai 35 bilik dan lima kem premium, yang mana setiap bilik mampu menempatkan sehingga empat orang sebilik. Dengan jumlah kapasiti 160 tetamu, ClubRock Perlis menawarkan pengalaman yang unik dan mengasyikkan di tengah-tengah ketenangan alam semula jadi.

Keseronokan Untuk Semua 


Harga ClubRock Perlis

Walaupun rock climbing kekal sebagai tarikan utama, ClubRock Perlis turut menawarkan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak kecil. Daripada pendakian mudah yang sesuai untuk kanak-kanak seawal usia tujuh tahun hingga aktiviti meneroka Gua Kelam 1 yang mesra kanak-kanak dan meneroka alam semula jadi serta melihat hidupan liar.

Semasa pra-pelancaran, ClubRock Perlis memperkenalkan Pakej Pengembaraan eksklusifnya iaitu penginapan 3 hari 2 malam untuk empat orang sebilik termasuk sarapan pagi. Para tetamu akan berpeluang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti mengujakan seperti penerokaan Gua Kelam 1, sesi rock climbing bersama tenaga pengajar berpengalaman dan menerokai keindahan alam semula jadi.

Pakej ini juga termasuk makan malam istimewa di salah sebuah restoran ikan bakar terkenal di Kuala Perlis serta pengangkutan pergi dan balik dari stesen keretapi atau stesen bas untuk empat orang. Baucar boleh tebus ini bernilai lebih daripada RM3,000 akan diberikan semasa pembelian sepanjang jelajah ke seluruh negara. Pembeli akan menikmati diskaun bagi aktiviti dan tempat tarikan yang berada disekitar negeri Perlis.

Bagi meraikan pelancaran itu, ClubRock Perlis menawarkan kod promosi istimewa "ClubRock100" yang menawarkan diskaun sebanyak RM100 daripada harga jualan asal iaitu RM499. 

Dengan kod promosi ini, pengunjung akan mendapat harga tawaran istimewa sebanyak RM399 bagi 4 orang sebilik untuk setiap baucar yang dibeli. Kod promosi ini juga boleh ditebus dalam laman sesawang www.clubrock.com.my sepanjang jelajah negara.

Untuk maklumat lanjut, layari www.clubrock.com.my dan ikuti weareClubRock di laman sosial Facebook dan Instagram untuk maklumat terkini mengenai pameran, jelajah negara, promosi serta pameran dalam dan luar negara.



Post a Comment

0 Comments