Advertisement

Skyline Luge Kuala Lumpur : Ini Apa Yang Korang Perlu Tahu

Skyling Luge Kuala Lumpur

Tarikan terbaharu yang viral, Skyline Luge Kuala Lumpur (Skyline Luge KL) adalah sebuah taman aktiviti yang mesra keluarga yang mana ia telah mengadakan pra-pembukaan rasmi kepada orang ramai pada 9 Disember 2023. 

Tapi, walaupun namanya Skyline Luge Kuala Lumpur, ia sebenarnya terletak dekat dengan Rawang dan kalau korang nak ke sini, korang boleh ikut Lebuhraya Guthrie, kalau gunakan PLUS atau NKVE, korang cari exit Rawang Selatan, dan ada simpang sebelah kiri lepas tol untuk ke Gamuda Luge Gardens ni. 




Latar Belakang Skyline Luge

Diasaskan di New Zealand pada 1985, Skyline Luge KL merupakan tapak luge ke-8 di dunia dan juga kedua di Asia Tenggara.

Kalau nak diikutkan, ianya merupakan tapak pertama seumpamanya di Malaysia dan taman aktiviti ini menampilkan jumlah trek sepanjang 1.6 kilometer dan korang ada pilihan 4 trek berbeza iaitu Legenda, Ultra, Graviti dan juga Ekspress.



Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati pengalaman unik dengan trek yang dilimpahi lampu berwarna warni pada waktu malam, ye, malam pun dia buka sampai pukul 10, cuma korang kena check waktu terakhir untuk main lah.

Apa yang lagi best, korang yang menaiki luge ini akan diberikan helmet RFID yang membolehkan ia merakam video serta foto secara automatik ketika memecut ditrek, jadi kalau korang memang jenis nak dapatkan gambar semasa bermain atau video, dia akan rakam secara auto dan korang boleh dapatkan gambar serta video tu dengan bayaran tertentu.

 
Harga Skyline Luge KL :

Harga Skyline Luge ni bermula RM50 untuk 2 kali permainan dan untuk menaiki SkyRide (SkyLift), kalau beli asing, SkyLift sahaja adalah RM20. 

Tapi, kalau nak berbaloi, aku sarankan korang beli yang FOUR Rides je, sebab korang boleh cuba keempat-empat track dekat sini dan kalau korang tengok website Skyline Luge ni pun, ini yang recommended. 

Boleh tengok senarai harga Skyline Luge penuh di bawah ni...


Oh ye, nak naik ni ada had ketinggian ye, terutamanya kanak-kanak yang nak naik secara 'solo' iaitu ketinggian perlu sekurang-kurangnya 110cm. Bagi Skyride (chairlift) pula, kanak-kanak antara 85cm-135 cm perlulah ditemani oleh orang dewasa.

Waktu Operasi Skyline Luge Kuala Lumpur : 

Secara umumnya, Skyline Luge ni dibuka SETIAP HARI kecuali RABU. Cuma, kalau musim cuti sekolah atau ada Cuti Umum pada Rabu tu, baru ia dibuka. 

Isnin, Selasa, Khamis : 10 pagi - 6 petang
Jumaat - Ahad : 10 pagi - 10 malam
Rabu : TUTUP, kecuali musim cuti sekolah/cuti umum. 

Jadi kalau korang nak naik waktu malam, kena datang hari Jumaat hingga Ahad lah. 

Boleh refer waktu operasi dekat sini : 



Cuma, dari segi pemerhatian aku setakat ni, tempat ni memang tengah viral, dan korang tengok sendiri perkongsian dekat TikTok dan sebagainya orang beratur memang panjang, nasihat aku, tunggu lah sebulan dua lagi dan korang pergi hari biasa, jangan tunggu weekend. 

Nak cepat, beli tiket Skyline Luge KL secara online di sini : Beli Tiket Skyling Luge KL.
Setakat yang aku check semasa artikel ni aku tulis, macam ada promotion, lagi murah dari harga yang dinyatakan dekat atas tadi. 

Contoh : 




Post a Comment

0 Comments