Home Blog Services About Free Audit
Aryl Je · Digital Narrative Strategist

Something
brewing.

The new home for SEO, GEO, and digital authority strategy is being built. In the meantime, the blog is live and I'm taking on clients.

Building authority that AI engines cite. Malaysia.
IG TH LT

BERHENTI!



apa aku harus berhenti
atau meneruskan lagkah lagi?

inikah yang aku mahu?
persoalannya
apakah ada jalan terbaik untukku?

aku berhenti lagi
supaya mengenal diri
apa?
siapa?
dimana?

aku tetap aku
mencari aku
mendekatiMU

apa aku harus berhenti
atau terus berlari?

# apa difikiran ku 1



I did three things today; 


miss you, miss you, and miss you.



untuk kamu
yang sentiasa bersamaku
tanpa jemu
terima kasih kamu

ku bisikkan padamu

bisikku kali ini
berbeza
antara nampak dan tidak
aku tetap aku
perasaan ini untukmu

namun kamu tak nampak

jika bukan kamu
kenapa hati ini
berdetak laju

jika bukan kamu
kenapa hati ini
merindu

jika bukan kamu
kenapa hati ini..

biarkan sahaja
aku takkan bisa ekspresi semuanya
sakitku
senyumku
hatiku

jika kamu tahu semua itu;
hak kamu
aku bersyukur

aku cinta kamu
sepenuh hatiku,pecayalah.


korang berminat nak terpampang dekat bloglist yang tepi tu??

salam,

ha,
sedang asyik terfikir nak buat ape to my blog,
ternampak bloglist
it seema tu actualy my bestfren punya blog.
tapi ramai jarang update,

so, sehubungan dengan itu,
nak tanyer nie.
sape berminat nak aryl letakkan blog diorang kat  list tu?

aryl nak letak dalam 20 blog?
syarat?

just buat post pasal blog aryl.
n ltak link pada comment box,

thanks..
help me to help you,
hehe..

xoxo
aryl

saya DITEMBAK

okay
aryl ditembak...


adoi..
bukan ape, di tag..
oleh cik nurse nana nie ha,
kang tak buat kang, kena inject..
hahaha.. guraw aje..


okay..
ade syarat taw..

the rules
1. Post this rules
2. Write 11 things about yourself
3. Answer the Questions the tagger set for you
4. Create 11 NEW Question for the people who you tagged to answer
5. Choose 11 blogger to tag and link them on the post
6. NO TAG back yeah



sebelas perkara pasal diri sendiri ye?



  1. saya insan biasa, minat bersukan + photography + outdoor activities.
  2. saya student TESL yang englishnya terabur
  3. saya suka akan haiwan
  4. saya ada 2 ekor hamster dan seekor sugar glider
  5. saya tinggal di Rawang and im proud of it
  6. saya ade 4 orang adik beradik dan saya yg first
  7. saya kuat makan walaupun berbadan kurus
  8. saya pernah menjadi cikgu english selama 4 bulan
  9. saya suka teddy bear dan barang barang cute
  10. kadang2 saya ni ade mood swing
  11. saya mudah ramah dengan semua orang

okay, next saya kena jawab soalan.

soalan soalannya ??

1. korang pernah / teringin bela haiwan? haiwan apa and kenapa?
pernah. kucing.. sebab kucing ada daya tarikan yang tersendiri .

2. korang suka hospital? kenapa?
tengok keadaan. sebab utama ialah layanan yang tidak berbelah bagi, itu saya suka =)

3. apa pendapat korang tentang nurse?
nurse. pekerjaan yang sangat mulia, membantu kita tanpa mengira latar belakang kita.

4. kalau ada sepasang kekasih (remaja) yang berkelakuan macam
    orang yang dah kawin, korang akan tegur ke tak? kenapa?
tegur. tapi dengan cara elok, sebab kurang enak mata memandang, and public kot, respect la elders.

5. jujur ngan aku, korang khusyuk ke tak semasa solat? haha.
insyaAllah.. kadang2 tak jugak.

6. pada pendapat korang, kenapa kes penceraian semakin meningkat?
bila masing masing terburu buru, dan berkahwin atas sesuatu sebab dan bukan cinta.

7. apa tujuan korang hidup kat dunia ni?
mencari ilmu, sehingga sampai waktunya, menjadi yang berjaya

8. adakah korang amalkan pemakanan seimbang? atau...fast food je?
kadang kadang seimbang, kadang kadang berat sebelah.. hahaha..

9. adakah korang ingat dan mesej/call parents setiap hari?
ingat. call? tak sebab duduk serumah.. buang tebiat la pulak kalau call mak kat dapur sedangkan kita kat depan.. hehehe..

10. korang rasa manusia boleh hidup tanpa kawan?
nope. melainkan dia antisocial.

11. adakah korang sudah bersedia untuk mati?
tidak, perjalanan hidup, dosa pahala, banyak lagi perlu dipersiapkan.

fuhh.. macam main futsal..

okay.
ini soalan saya.

  1. kenapa anda berblog?
  2. siapa idola anda dalam dunia blog nie?
  3. pernah menang contest or giveaway?nyatakan.
  4. laptop apa anda guna? 
  5. anda bersukan? nyatakan sukan yang anda ceburi.
  6. apa perasaan anda terhadap blog saya?
  7. pernah maki/marah pada blogger lain?atas sebab?
  8. anda ada kenalan blogger popular?siapa?
  9. jika online, apa yang anda selalu buat?
  10. sebutkan 3 blog yang anda selalu singgah.
  11. comment ringkas tentang blog saya 

okay. selesai.
masa untuk menembak orang lain.
just for fun =)

Oopps..!!

Salam,

alamak..!
(sambil menepuk dahi)

reaksi pertama aryl di padang tadi

ape semua ni?

Haish,
malang tak berbau la katakan..

Dalam pukul 4 petang waktu Uganda Malaysia,
Aryl + my mum dan adik2 menghabiskan masa main layang-layang

ha,
iye, bukan dalam PS 3 mahupun Wii ye
ini permainan tradisi,

walaupun layang layang sekarang dah moden
harga pun
boleh tahan la rm 20++ (ikut saiz)

if dulu, aryl ingat lagi..
layang2 yang ade gambar kartun superman ke, ultraman ke, baru singgit..
tapi nak naikkan die
susah la sikit..
sebab kena pandai imbangkan ikatan tali pada layang2 tersebut,

oleh sebab teknologi masa kini
layang2 sekarang senang je,
ikat satu tali,
dah boleh main,
perlukan angin je...

eh,
balik pada cerita asal....
nak dijadikan cerita :
aryl spent almost rm 30 la kowt
beli layang2 and tali.

yang Oopps nya,
sedang best aryl punya naik tinggi..
tali putus..
feewwwww (sound effect sikit)
terbang...
aryl tergamam,
hanya mampu tepuk dahi..
rm 30, terbang melayang macam layang2 tu je..

sedih la jugak
sebab aryl naikkan 3 layang2
lagi 2 okay je
aryl punya putus..
terkilan punya pasal..
ajak my mum balik..

haish..
ni ade gambar..
tapi ni sesi main layang2 bersama rakan2 last week..

Lokasi : Taman Metropolitan Kepong

Kriteria nak 'Follow' sesuatu blog

salam

hye all.
sambil blogwalking,
banyak comment orang yang aryl baca berkenaan follow follow nie..

ada blogger suka follow je
mungkin untuk up follower die sendiri

ada jugak follow sebab terpaksa
mungkin sebab orang tu dah follow blog die

ada jugak yang paksa follow,
tapi aryl jarang nampak yang nie

dan mungkin
ada yang follow sebab memang dia nak follow

bagi aryl sendiri
blogging ni
ibarat dunia lain
maksudnya
kita boleh jadi apa saja
kegembiraan kita tu berbeza

bagi aryl
aryl akan follow sesuatu blog tu kalau :

1. menarik perhatian - ni dari segi presentation la mostly,
tak semak, ringan dan user friendly.

2. Content- mungkin sesuatu content tu menarik minat aryl; contoh tips untuk berjaya dll..

3. teknik penceritaan - sometimes satu gambar dan sikit penjelasan dah cukup tuk menarik perhatian aryl

4. itu je kot, ade lagi ke eh? hehe..

p/s:: korang kenapa follow blog aryl eh? hee~