Home Blog Services About Free Audit
Aryl Je · Digital Narrative Strategist

Something
brewing.

The new home for SEO, GEO, and digital authority strategy is being built. In the meantime, the blog is live and I'm taking on clients.

Building authority that AI engines cite. Malaysia.
IG TH LT

love note

Awak..
Saya nak cakap sesuatu pada awak...

Awak,
boleh tak kalau awak..
faham saya.. dalam apa situasi sekalipun..

bila saya main bola atau futsal,
boleh tak awak teman saya, tengok pun jadi la..

bile nak lunch or dinner,
boleh tak kalau kita pegi same-same..
tak kira la dengan kawan saya atau kawan awak..

Awak,
saya teringin habiskan masa sama2,
tapi, awak jugak kena faham yang bf awak ni, seorang yang busy..
selasa dengan rabu malam je saya tak dapat jumpa awak..
awak boleh spent time dengan saya dari khamis sampai isnin =)

Awak,
saya sokong ape saja yang awak nak buat and saya harap,
awak pun sama macam tu..

Boleh tak awak?? Thanks =)

Sweet kan??

Hurm.. ok, kita lupakan sekejap love notes tadi..

Alhamdulillah..

Bertemu lagi kita dengan final exam,
Aril mendoakan kejayaan semua rakan seperjuangan..

baik yang jauh & dekat.. mudah mudahan ilmu kita diberkati.. amin..

Ha..
Satu perkara yang sangat tak disangka..
TEATER..
yes, saya terlibat dengan teater..

sangat not me.. tapi, sebenarnya segan..
ye la, muka tak macam farid kamil mahupun zul huzaimy.. haha
suara pun tak macam anuar zain atau pakcik zain.. ( sape tu?)

huhu.. Teater pertama Sultan Mahmud Bidan terjun...

haha, sebenarnya, tak mampu nak join sebab busy with komitmen lain..
tapi, sehari sebelum teater berlangsung, sultan asal tarik diri..
nak dijadikan cerita, saya menyahut cabaran tersebut dan...\

hasilnya..
sebuah teater dan persembahan yang tak dapat dilupakan..
sorry tak dapat nak upload gambar, biase la..
internet free, tak lepas nak upload..

Yang kedua,
kisah Seorang Cinderella cun ( Aisya) yang malang kawin dengan Prince
tak berapa nak charming ( haha, guraw je) coz dalam teater tu,
prince perangai huduh..
melawan.. bak kate kak pikah, ketegaQ..
hehe..
dipendekkan cerita..

Alhamdulillah,
muka lecturer, Mr Farez berseri2..
kami jayakan pementasan tersebut..
sangat bangga.. macam ada taman dalam hati bila mr farez cakap macam tu..=)

so,
sampai sini je la..
nanti update lagi

p/s : thnx to viva (director) hehe.. dan thanks kpd kawan2,
amer, awok, aisya, ain, riby, fira, nadd, mimi, syaza, bam, fiza..
thnx for the memories =)

back to school

Kanak kanak ibarat kain putih
kitalah yang bertanggungjawab mencorakkannya..

Aril berpeluang 'lepak' beberapa jam di kantin sekolah adik,
macam macam ragam budak yang boleh nampak..

Tapi, dah kalau mana pun budak,
waktu rehat diorang.. penuhi dengan main.. segelintir je yang makan..
Begitulah dunia mereka.. Uniform masing masing toksah kata la,
macam kain kanvas yang dilukis.. kalau hantar kat muzium kesenian,
dikatakan master peice.. penuh air coklat la, sos la..

Tapi, cuba kalau budak budak ni dah membesar skit,
baju kedut sket pun x leh.. haha..

Budak budak.. sangat naive..
tapi, ada gak dah berani tunjuk ciri future rempit dan gangster

kecik kecik dah pandai membuli
'pow' duit member..
besar nanti.. boleh jadi along yang berjaya..
cuba bayangkan jika budak budak yang naive ni tidak dibimbing..
kita akan automatis akan berjaya menghasilkan rempit,peragut,ganster dan macam macam lagi la..

Selain di atas, situasi atlet sekolah..
dari dulu lagi.. sama je semua..
bila masuk kantin, nak berlagak..
bawak bola sana sini.. pastu, tayang muka..
yang tak boleh blah, lepak sesama sendiri
pastu mengata orang lain macam diorang tu bagus gile..
manusia oh manusia..

"Sekeras keras batu dapat dihancurkan oleh titis air yang lembut. Begitu jua sekeras keras hati dapat ditundukkan oleh jirusan kata-kata lembut"

renung2kan

manusia dan chenta

Salam,
Alhamdulillah..

Bertemu lagi kita..

sedar tak sedar,
masa berlalu dengan pantas...

Kejap aje dah nak final exam..
Masing2 dah mula busy..

assignment yang menggunung,
time ni la ada test,
tetiba ada event,
macam2 lagi la..

Hurm, post kali ni,
nak cerita tentang..
ape eh?

hurm.. mulakan dengan Sikap Kita..

Manusia,

masing-masing
ada characteristic sendiri..
perasan atau tidak,
kadang-kadang..

kita cenderung tuk jadi selfish..
dan kita akan dahulukan benda yang tak penting,
dari benda yang lebih penting..

Ni yang terjadi kat aril..

Bukan ape, lecturer bagi kerja..
dan dibekalkannya bahan..

alkisahnyer..
bahan tak cukup..
so kena share..

tapi,
apa yang tak sedapnya..
semua macam sibuk baca majalah yang diorang dapat,
memang la perlu dibaca BUT sampai baca bahagian iklan dalam tu..
bukan nak siapkan dulu kerja yang diberi..

tak pasal2, group kitorang kena tunggu..
bila mintak,
cakap tengah pakai..

padahal,
diorang dah dapat dah pe yang diorang cari.. sabar aje la

aduyai..

Ok.. Kita lupakan pasal itu..

FIRST LOVE

Aril sekarang.. dah kembali bersama dengan first love aril..
dah lama tak spend time dengan die,

nak dijadikan cerita..

aril dapat luangkan masa dengan beliau..

4 April 2010..

Sayang..
dah lama tak rasa macam ni,

lepak sama-sama,
naik moto sama-sama,

panas sama-sama,
window shopping sama-sama,


yup..aril sangat happy..
kenapa la kita terputus hubungan and tak dapat spend time macam ni kan?
iye, memang you are always be with me..

TAPI,
aril rasa.. kita dah jarang spend time lelama macam dulu..
kalau ada pun,
berapa jam je..
hurm..

sayang...

hope,
we gonna spend more time throughout this year
although its gonna be quite busy,
but you are always in my heart
you are my soul..
love you forever ..
thanks dear..






nak taw sape?
PROUDLY to say it is MY dSLR CANON 1000D..
she's my first love..
hehe.. =)

-al kisah

Salam...

Alhamdulillah,

Masih diberi peluang untuk menaip lagi papan kekunci ni..
Terima Kasih kepada sesiapa yang sudi singgah tuk baca tulisan aril..

Terharu (poyo je), bila dengar ada orang yang tunggu next post.
Thanks sebab sudi menunggu..

pandang2 jeling2..

Ke
pada sesiapa yang mengenali aril,
mesti semua tahu yang aril memang gemar memerhati orang dan keadaan sekililing..

Bukan ape,bila kita memerhati, janganlah memerhati kosong
tapi, kita perlu 'adapt' apa yang baik dari orang tu..
mungkin
dari segi penampilan, cara pembawakan diri dan sebagainya.

Begitu juga pabila memilih kawan, kita harus pandai mennapis apa yang baik dan boleh di jadikan contoh
pada diri kita. Bukan meniru, tapi untuk memperbaiki diri sendiri.

alkisah KEDEGILAN

Situasi yang sering dilihat pada setiap pagi di tempat aril study sekarang...
Bukan apa, rata2 student melatah bila Pak & Mak Guard tanya "adik, mana metrik card?"
bukan ke wajib dipakai bendalah tu.. so, jangan la nak bising.. lagipun, bukan berat mana pun..

Tapi, ada jugak yang tak berapa gemar ngan pak guard nie...
PERLU ke hari2 tanya, ada sticker?, ada sticker?
adui, ikut logik akal, tak kan dia tak cam student yang hari2 lalu kat situ..?
then, tak kan semalam budak ada sticker, esok sticker tu ilang.. tak logik kan.. ini yang buat semua pelajar hangin kot..

Renung2kan..

apa yang baik diambil, apa yang tidak kita jauhi..




Jalan2 cari pasal

salam...

Alhamdulillah..

masih diberi peluang untuk menulis di ruang ini..

Banyak perkara yang terjadi sepanjang minggu lepas...

Meeting dengan HEP berkenaan sambutan Maulidul Rasul ,
bukan apa.. cuma ingin meluahkan ape yang aril rasa..
di mana pegawai ni macam nak sangat meeting tu lama2 ( curi tulang kot) haha..
student semua dah resah. tapi diorang dok sembang perkara remeh cam kuih ape yg ade n stuff yang tak relevan..

KERETAPI DUA KEPALA : ni lagi satu masalah dalam meeting... pengerusi duk sibuk menerangkan, yang staf sebuk borak. macam dah ada dua meeting dah dalam tu. ( engt, budak sekolah je macam tu) apa pun, thanks diucap kepada semua yang menyertai bagi pihak PRS ( aril tak join sebab ada kelas)

Meeting PRS,
pujian diberikan kepada semua..
sebab semua berani terima tanggungjawab dan sedia tuk terima cabaran.. terima kasih dan selamat berjaya aril ucapkan.

Jalan-jalan cari pasal :

pinjam ayat 'mama' warden kolej lama aril..
kenapa?
Aril berpeluang meronda2 area kl and decide la tuk singgah kat kolej lama tuk update ngan kawan kat sana.
Aril gak turun Shah Alam lagi, tengok Selangor lawan Kedah.

Niat hati nak lepak dengan kawan2 kat sana..
tapi, semua balik pulak.. last2,
kriss hitam tu bawak aril sampai sunway..

Walaupun mata ngantuk sangat ( kul 2 pagi),
tahan jugak sebab tengok game Man U pulak..

after game tu,
aril bawak moto lagi... tapi,
keadaan mata dah mengantok sangat,
aril cari port nak tido sekejap..
tau2, dah sampai masjid negara..

ha, kat depan masjid negara ( perpustakaan islam kuala lumpur)
aril rehatkan mata dan badan sampai pukul 5.. then terus perjalanan balik UNISEL.

AHAD, 7 march 2010...
tarikh yang tak akan aril lupa..
pengalaman yang manis..

macam2 jadi..
hujan, lintas landasan ketetapi ( secara halal ye), sebab stesyen master sentul yang suruh...
dan aril tak akan lupa hari ahad ni,
sebab hari ahad yang berbeza buat aril..

thats all..
terima kasih sebab sudi membaca
dan maaf sekiranya ada yang tersinggung..
(oh, dah tambah satu follower) =)

"Terbitnya kebaikan dari keburukan dan terbitnya amalan dari pengetahuan"

Renung- renungkan dan selamat beramal..












Salam...

Tak banyak yang ingin diperkatakan kali ni,
cuma..

Rasa happy sangat lately,
walau banyak assingnment yang mendatang,
tapi.. kita kena hadapi dan terima semua dengan hati terbuka..

Update diri,
alhamdulillah.. Aril dipertanggungjawabkan sebagai Presiden PRS unisel..
harap dapatlah membimbing dan menghidupkan persatuan.

namun, perlu hadapi dan selesaikan dulu masalah dalaman,
biasa la, lumrah..
orang akan dengki bila kita dapat sesuatu.. tapi, kita tak harus cepat melatah,
tangani dengan profesional..

Hurm, berkaitan blog ni pulak, ingat nak upload gambar,
tapi.. kelajuan internet yang ibarat siput ni tak mampu nak upload..
hahaha...

Selain tu, nak ucap terima kasih kepada,
Syafiqah Azwani and maknyer..
yang telah memberikan hadiah yang sangat best sempena ulang tahun kelahiran
ke 21 aril..
thanks wani n mak..
hehe...

thats all..
later..

"Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah, semakin dekat ianya datang menghampiri kita…"


Piece of mind

Kesunyian..

Kesunyian membuka ruang supaya titipan kali ni ditulis..

Sejak kebelakangan ni, aril cuba untuk berubah,
untuk diri, sahabat, dan semua..

Fikiran jadi kusut, pabila dia balik,
ye ar.. jauh kan..

Perjalanan sepanjang cuti,
amat bosan.. duk rumah je..

Jam haritu kira2, 6.45..
Kriss Hitam dibawa menuju ke Shah Alam..

Bukan ape, kebetulan hari tu free and ada home game Selangor lwn PKNS..

Kesudahan hanya 2-0..

Yang nak disampaikan ialah..

aril rasa bangga apabila melihat.. Masih ada ibu bapa yang bawak anak2 tengok bola.
Ingatkan, zaman sekarang orang dah tak pandang bola sepak tempatan..

Muda Mudi sekarang lebih berminat dengan, Chelsea, Liverpool malahan Man U..
Tak salah meminati.. tapi pada masa yang sama.. sokonglah bolasepak tempatan..

Tipikal Malaysian:

1) adala sorang brother tu, die macam memperlekeh situasi bolasepak tempatan..
masuk2 stadium bertanya kpd kawannyer 'ni game friendly ke?'

aduyai..

face the fact, itulah bolasepak tempatan..


tapi ada satu peristiwa yang menyentuh hati,
bukan ape..
dikala ramai gak yang megah ngan baju Ac Milan and Man U..

ade seorang budak ni,
memamg berjiwa bolasepak tempatan agaknyer..

Umur kira2 dalam 4 atau 5..
tapi..
die boleh tunding jari kat player selangor yang tengah warm up..

"mama, tu amri, mama tu safi sali"
bayangkan.. baru 5 tahun, tp kenal player selangor..

cuba tanyer budak2 sekarang.. kenal ke ?
yang diorang tau, Ronaldo, Ronaldinho..


so, fikir fikirlah..

kat mane kita berada,
dimana kita berdiri,
kita tetap kita..