Home Blog Services About Free Audit
Aryl Je · Digital Narrative Strategist

Something
brewing.

The new home for SEO, GEO, and digital authority strategy is being built. In the meantime, the blog is live and I'm taking on clients.

Building authority that AI engines cite. Malaysia.
IG TH LT

outing..

salam..

bertemu kembali dengan semester baru..

rasa macam baru semalam daftar, tau2 dah sem 4..

cepat sangat masa berlalu...


Hari akhir cuti sem baru baru nie,
sangat menggembirakan aril..

ye la,
dapat spent time ngan my best friend afiqah,
and dengan beberapa schoolmates SEGAR dulu wawa, afiqah, wani and bf die..

haha,
bila ah lama tak jumpa,
macam2 cirita keluar,
dari first2 knal, sampai la sekarang..

then..
gi tgk karate kid (even dah tgk) tapi, tgk jugak for kali ke 2
haha.. sangat enjoy..

lepas movie tu,
wani and bf die (ape tah name), terpaksa balik coz ade kelas..

but, hari tak habis kat situ..

kitorang sambung plakk kat bowling alley.. haha..

last main bowling raya last year if tak silap..
first2, nak biasakan ngan bola semua.. haha


sorry la wawa sb cakap x taw main.. huhu..

main 2 game,

n seperti yang dijangka..
menang dua2 game..
tapi dengan tentangan hebat dari burn and wawa.. hehehe..

after that, kami balik.. =))

oh,
habis part 1 of lepak that day..

sampai umah that day around kul 8,
then solat and trus siap tuk lepak part 2..

lepak part 2

kali ni,
with my ex classmate
Haziq, Fana and Nadirah..
fana blanja mcD, thnx fana.. haha..

lepak2 sampai tak sedar langsung sampai 3 jam kat sana..
but best and enjoy la..
coz masing2 dah lama tak jumpa..
so, boleh update life masing2..

huhu.. thnx guys..
ti free, kita lepak2 lagi ok..

Pipit dan Enggang


Wahai engkau,

harap kau baca la luahan hati dan mindaku yang mula berbisik macam2 nie..

wahai engaku,
perlu ke kau bangga bangga kan harta?
perlu ke kereta besar?
perlu ke wang berjuta juta?
perlu ke ade semua tu untuk mendekati kau??

wahai engkau,
perlu ke muka hensem dan tampan?
perlu ke pakai barang mahal2?
perlu ke semua tu tuk mendekati kau??

wahai engkau,
sedar tak kau bahawa harta tu pinjaman?
sedar tak kau yang kereta besar tu pinjaman?
sedar tak wang berjuta2 tu pinjaman?

aku nak tanya kau,

aku bukan nak cakap aku baik..

tapi, aku nak kau sedar je..

perlu ke semua tu?

kalau la kau dapat yang kaya..
tapi tak dapat bimbing kau,
mampu kau sogok malaikat yang soal kau di kubur?

sedar la engkau,
kita tak perlu semua itu..
cukup sekadar memenuhi keperluan kita..

wahai engkau,
aku tau..
aku sedar..
pipit tak mampu nak terbang seiringan dengan enggang..
tapi, pipit lebih bahagia coz enggang diancam kepupusan..

engkau,
aku tak mampu nak senangkan kau dengan harta..
aku harap kau boleh terima aku macam ni je
sebab aku ialah aku..


pelangi lutsinar

Pelangi Lutsinar ?

Pelangi lutsinar? ye..
pelangi lutsinar..

Macam yang semua tahu la kan, dari sekolah tadika lagi kita diajar..
pelangi tu cantik, ada banyakkkkkk (bilangan k sengaja diulang nak tunjuk banyaknya warna) warna..

So, bila buat lukisan pun, mesti ada je gambar pelangi..
tapi,

ape benda pelangi lutsinar ni?

Actually,
inilah diri aril..

Hidup aril ibarat pelangi lutsinar..
macam mana?

kita sedia tau, pelangi tu banyakkkk warna kan,
so, warna tu mengambarkan variety ataupun setiap benda yang aril lalui
ada pelbagai..

pahit manis masam masin
dah cam masakan pun ada...
itulah kehidupan.. ada pelbagai, macam warna pelangi..
ada 7..
huhu..

Tapi, kenapa lutsinar?
ha....
lutsinar tu..
boleh di ertikan sebagai can see through (definisi cikgu bio mase form 5 dulu) haha..

Diri ni, lutsinar sebab...
aril ni senang bercerita dan kongsi cerita dengan kawan2.. yang rapat la semestinyer..
so, if nak tau ape2, tanya je.. if benda tu bukan private, saya akan berkongsi.. hehe..

Ha,
nak perkenalkan...
mereka nie.. mangsa keadaan.. hahaha..
bukan ape, individu inilah yang saya sentiasa meluahkan ape yang patut..
hurm... minat??
sorang je single..
lagi sorang..hurmm.. single gak (tak kawen lagi).. haha.. teka la..


sorry la masukkan gambar korang yang paling tak cantik yang ade kat laptop nie.. haha..

thnx korg.. =p



latest from me

salam,
maaf sebab lama tak mengisi blog ni..

bukan sebab minda tak berbisik,
tapi.. tak berkesempatan nak luahkan kat sini..

Alhamdulillah,
lepas cuti semester baru2 ni,
aril start kerja dengan pakcik kat Mahkota Cheras..

banyak pengalaman dapat ditimba kat sana..
ye la, ibarat buat direct selling.. kena pandai tackle customer dan
kena pulak yakinkan diorang dengan produk kita..

Ni merupakan pengalaman yang baru..

Cerita kat sana...

seperti yang semua tahu,
aril suka memerhati orang dan sekeliling..
macam2 ragam ada..

Biasa la, manusia..

perihal awek yang cun dan perasan bagus..

hurm.. isu yang ingin diketengahkan kali nie..
rata2 la perempuan yang cantik, perasan and berlagak bila kita senyum kat dia..
pelik, bukan nak balas dengan senyuman, tapi jelingan tajam..
ape la..
senyum tu kan sedekah.. muka dah cantik, tapi.. budi bahasa FAIL..
pulak tu, yang berpangkat dan lawa pun sama.. perasan bagus..
sales person senyum.. dibalas ngan jelingan..
ingatlah, benda tu semua PINJAMAN je.. bila bila masa
kalau DIA rasa nak tarik, boleh..

memang kes kat atas berlaku,
tapi aril tak kata semua perempuan yang camtu begitu sifatnya..
harap, jangan ada yang melenting pulak..

ape2 pun.. ingatlah,
paras rupa
pangkat,
darjat
harta
semua tu anugerahNya.. bersyukurlah dan jangan sombong..

p/s..
saya jumpa ramai kawan baru.. = ) thnx..
memories of 15 days at mahkota cheras will be always in my mind.

kapal terbang kertas


Finally.... Gambar pertama kat blog nie =)...

Kapal terbang kertas....

ye.. ada ape dengan kapal terbang kertas...

saya mengekspresikan diri sebagai kapal terbang kertas...

kenapa?

Hidup ini, kita perlukan panduan dan sokongan..
jika tiada panduan... kita akan tersesat, ibarat berjalan di dalam gelap..
jika tidak dipandukan cahaya, kita akan tersadung sesuatu..
macam tu juga kapal terbang kertas..

Perlukan balingan manusia dan sokongan angin..

Kita perlukan sokongan untuk meneruskan kehidupan sehari hari..
jika tiada sokongan, kita tidak mungkin berada di tahap sekarang..
kajian menunjukkan, pesakit kanser mampu hidup lebih lama dari yang di ramalkan
sekiranya mereka mendapat sokongan dari keluarga, rakan dan orang tersayang..
contoh Lance Armstrong..

Walaupun di disah menghidap kanser testis, beliau berjaya mengharungi penyakit tersebut..
dengan berbasikal..
dan sokongan keluarganya..

Macam itu diibaratkan kehidupan kita, sehari hari..
kita saling bergantung padaNya.. tanpaNya, siapalah kita..

kapal terbang kertas...

ada juga kelemahan... tak boleh kena air..
dan tak boleh terbang jika salah lipat..

Macam tu juga hidup kita kan..
sekiranya ada sesuatu yang tak kena,
kita dapat merasa perubahan tersebut.. dan kadangkala,
segala yang dilakukan takkan menjadi..
diri kita, tak boleh terlalu tertekan..
sebab tu kita perlu pandai membawa diri..
perlu pandai mengatasi segala rintangan yang mendatang.. kita..
perlu terbang.. macam Kapal Terbang Kertas, mengikut panduan serta sokongan..


My heroes... love 'em a lot..



Oh, ibu..
Kau disiram bayu pagi..

Ha,camtu la starting lagu oh ibu - Mamat(exsist)nyanyi..

Bukan ape, sempena hari ibu nie..

Aril mengucapkan, selamat hari ibu kepada :
Ibunda yang tercinta dan Nenda yang tersayang..

Diatas segala apa jua yang diberi.. terima kasih yang tidak terhingga..

Ye, dari kecik lagi..
saya dibesarkan oleh 4 orang insan penting,
mama, papa, and my grandparents..

Macam2 jadi..
setakat yang boleh ingat..

Masa tu, kecik agy.. saya malas nak pegi tadika..
so, bila bas datang.. saya nyorok.. pastu.. kalau dah naik bas,
digigit tangan pakcik bas tu.. ape salah die tah.. haha..
selepas itu, saya akan lompat dari bas (jangan tiru aksi ini)..

Hurm.. kes tu dulu la.. masa umur 5, time tu tinggal kat taman kosas..
ampang.. yeah..

TAMAN KOSAS:

Tempat best.. ramai kawan.. tapi, bukan sebaya pun.. dengan sesape tah
saya berkawan.. kalau boleh nak ingat :
Jasni ke jasmi tah name die.. duk corner lot..
ktorang slalu men patung askar warna ijau tuh.. haha..

Then, ada.. natrah kot x silap namenya..
awek.. haha.. kecik2 lagi da pandai..
die duk sebelah ( bukan rumah die, coz makcik sebelah tolong jage aje)
hurm..
lagi??
tak ingat la..
oh, ade dua orang akak..
duk umah besau, diorang slalu main roller blades..
ha, iye.. tak taw name.. tapi, aril join je diorang time tu..

haha.. best2..
banyak la memori kat taman kosas.. then saya pindah duk RAWANG..

oh, berbalik pada lirik kat atas...
bukan ape..
masa nak ke sekolah adik, Mama cerita..
"Ayil ingat lagu nie? "kata mama.
aril jawab ingat..
and mama pun cerita... ayil ingat tak yang ayil pernah nyanyikan lagu ni tuk mama..
huhu.. time tu ayil umur 5 kowt..
mama cakap, suara kelakar..
oh, time tu..
mama kat U.S..
further study accounting..

bile dengar balik, cam tak percaye pun ade..
huhu.. best pulak bila mengenangkan memori lama..
tapi, kita tak boleh nak patah balik..
hurm.. MAMA I LOVE U.. MAMATOK pun..
thanks.. =)

love note

Awak..
Saya nak cakap sesuatu pada awak...

Awak,
boleh tak kalau awak..
faham saya.. dalam apa situasi sekalipun..

bila saya main bola atau futsal,
boleh tak awak teman saya, tengok pun jadi la..

bile nak lunch or dinner,
boleh tak kalau kita pegi same-same..
tak kira la dengan kawan saya atau kawan awak..

Awak,
saya teringin habiskan masa sama2,
tapi, awak jugak kena faham yang bf awak ni, seorang yang busy..
selasa dengan rabu malam je saya tak dapat jumpa awak..
awak boleh spent time dengan saya dari khamis sampai isnin =)

Awak,
saya sokong ape saja yang awak nak buat and saya harap,
awak pun sama macam tu..

Boleh tak awak?? Thanks =)

Sweet kan??

Hurm.. ok, kita lupakan sekejap love notes tadi..

Alhamdulillah..

Bertemu lagi kita dengan final exam,
Aril mendoakan kejayaan semua rakan seperjuangan..

baik yang jauh & dekat.. mudah mudahan ilmu kita diberkati.. amin..

Ha..
Satu perkara yang sangat tak disangka..
TEATER..
yes, saya terlibat dengan teater..

sangat not me.. tapi, sebenarnya segan..
ye la, muka tak macam farid kamil mahupun zul huzaimy.. haha
suara pun tak macam anuar zain atau pakcik zain.. ( sape tu?)

huhu.. Teater pertama Sultan Mahmud Bidan terjun...

haha, sebenarnya, tak mampu nak join sebab busy with komitmen lain..
tapi, sehari sebelum teater berlangsung, sultan asal tarik diri..
nak dijadikan cerita, saya menyahut cabaran tersebut dan...\

hasilnya..
sebuah teater dan persembahan yang tak dapat dilupakan..
sorry tak dapat nak upload gambar, biase la..
internet free, tak lepas nak upload..

Yang kedua,
kisah Seorang Cinderella cun ( Aisya) yang malang kawin dengan Prince
tak berapa nak charming ( haha, guraw je) coz dalam teater tu,
prince perangai huduh..
melawan.. bak kate kak pikah, ketegaQ..
hehe..
dipendekkan cerita..

Alhamdulillah,
muka lecturer, Mr Farez berseri2..
kami jayakan pementasan tersebut..
sangat bangga.. macam ada taman dalam hati bila mr farez cakap macam tu..=)

so,
sampai sini je la..
nanti update lagi

p/s : thnx to viva (director) hehe.. dan thanks kpd kawan2,
amer, awok, aisya, ain, riby, fira, nadd, mimi, syaza, bam, fiza..
thnx for the memories =)