cliché;
Lelaki main bolasepak
Perempuan main Barbie.
cliché;
Lelaki jadi boss,
Perempuan jadi secretary.
Persoalan dia, berani tak kita menentang norma,
dan pecahkan cliché ni?
Ada seribu satu macam ragam
ada seribu satu macam perangai,
kau boleh pilih antara beribu yang itu,
tapi kau pilih untuk berdiam dan membisu ?
Kau ada pilihan,
kiri atau kanan,
tapi kau terus diam,
pekakkan telinga butakan mata?
Karat
Lemau
Sendu
Katalah apa pun,
semua ada.
Cuma satu,
aku masih ada.
Sama.
Masih manusia yang sama.
Jika ada yang mahu aku,
menulis lebih panjang,
aku tak mampu.
Jika ada yang mahu aku,
menjadi manis seperti dulu,
aku tak lagi mampu.
Kerna seingat aku,
segala manis aku, telah disia
telah dibuang,
telah aku habiskan.
Jadi, sekarang
aku masih mengumpul
segala kudrat dan semangat
untuk jadi kuat
untuk bisa bangun, melangkah dan terus berlari
setelah aku jatuh,
dan di enjak berapa kali.
Hi.
Dua huruf,
tapi kalau dah orang kegemaran yang ungkap,
kesan dia lain macam beb,
lain macam..
Cinta,
terlalu abstrak untuk diduga
terlalu dalam
terlalu jauh
seperti tiada penghujung.
Jadi kayu ukurnya apa?
kaya?
rupa?
atau, bagaimana?
Jadi,
jika anda kata anda faham cinta,
kefahaman anda tahap mana?
adakah kefahaman kita sama?
atau
yang bercinta itu
hanya perlu terus dan terus mencintai
sampai....
sampai mati mungkin.
Awal mula,
BERAT.
hati,
jiwa,
kaki..
berat rasa melangkah
berat rasa bangun awal pagi..
Pertengahan..
SEMAKIN BERAT.
hati,
jiwa,
emosi..
berat hati ke arah lain
emosi mati dienjak budak..
Akhir,
SEMAKIN BERAT.
hati,
jiwa,
segalanya..
yang degil itu mereka,
yang mati itu perasaan,
yang pergi itu jiwa.