Tak dinafikan, kos sara hidup makin hari
makin bertambah. Tapi untungnya kalau duduk di Wilayah Persekutuan terutamanya
di Kuala Lumpur ni ada satu kemudahan atau kelebihan yang tak semua orang boleh
dapat, hanya warga Kuala Lumpur,
Putrajaya dan Labuan sahaja.
Dilancarkan oleh Datuk Seri Tengku Adnan
Tengku Mansor pada awal tahun 2018, Kad Ceria kalau anda semua nak tahu adalah
salah satu inisiatif daripada Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Setakat ini, lebih daripada 6000 kedai dan rakan dagang telah bekerjasama dengan kementerian untuk memberikan diskaun sebanyak 70% dari segi harga barangan dan jugak perkhidmatan.
Tentang
Kad Ceria
Macam yang disebut di atas tadi, kad ini
adalah kad DISKAUN ataupun potongan
terus harga ke atas pembelian barangan di premis-premis dan lokasi terpilih di sekitar Kuala Lumpur.
Kalau nak tahu, kedai-kedai yang ambil
bahagian pun banyak, cuma ramai tak tahu je…antaranya, KK Mart, Borders, Kenny
Rogers, Wendy’s, BHP dan banyak lagi lah..
Keistimewaan
:
Dari segi benefit pulak,
i)
Diskaun sehingga 70% untuk
setiap barangan, makanan atau perkhidmatan.
ii)
Tawaran harga istimewa di lebih
daripada 3700 premis
iii)
Potongan penggunaan fasiliti
milik DBKL seperti dewan, padang dan sebagainya.
Ini antara contoh promosi yang tengah ada
di portal Kad Ceria, ini dalam portal, yang di kedai dan rakan niaga yang
bekerjasama pun banyak lagi…
Syarat-syarat
:
Nak memohon Kad Ceria ni pula, senang je.
Syarat-syarat yang dikeluarkan pun relevan, iaitu pemohon hendaklah :
i)
Warganegara Malaysia
ii)
Berumur 18 tahun ke atas
iii)
Lahir/menetap di Wilayah
Persekutuan
iv)
Penjawat awam yang bertugas di
Wilayah Persekutuan
Cara
Memohon :
"Eh, lepas baca syarat-syarat dan benefit
kad ni, rasa macam berminat pulak nak memohon. Macam mana ye?"
Mudah je, KLIK Link di bawah ni, dan
isikan maklumat yang dikehendaki…
Dah hantar, tunggu permohonan diluluskan.
=)
Jangan tunggu lama-lama ye, sebabnya,
sehingga masa artikel ni ditulis, dah ada 51,000 permohonan telah dibuat.
Jom,jom, jom, mohon Kad Ceria ni …
Untung tau ada inisiatif-inisiatif yang
macam ni… Lagi-lagi student atau fresh grad, walaupun pada sesetengah orang
nampak benda ni remeh, atau ‘kecik’ tapi untuk yang struggle tu, memang
sangat-sangat berguna.
Klik link dekat bawah ni okay?




