Walau pon aku masih bujang, jodoh pon tak nampak bayang
lagi, tapi aku ada emak yang melahirkan aku 29 tahun yang lalu.
Zaman mungkin
dah berubah, teknologi makin canggih, dunia makin mencabar, maka ibu yang melahirkan
anak pada zaman ini mesti ada cabarannya juga.
Tak perlu kita nak cerita pasal hal penjagaan anak.
Perkara
utama adalah emosi ibu-ibu muda ini. Kalau kita tak beri sokongan atau
membiarkan mereka sendiri, boleh jadi meroyan.
Hebat pula aku boleh tahu semua
ni. Ya lah, kan aku pon dikelilingi oleh wanita. Sumber bacaan pon boleh Google
sahaja. Hehe.
Ok, macam ni, sebenarnya aku nak cerita pasal dekat KL ada program Permata Hati
Wilayah.
Di mana ibu-ibu muda ni menerima manfaat daripada program yang
diinisiatifkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan sokongan oleh Puteri Umno.
Program ini bertujuan untuk menyantuni dan membantu golongan
ibu, bukan sahaja selepas menerima cahaya mata, tetapi juga mereka yang dalam
proses menerima cahaya mata baru khususnya kepada golongan belia.
Pendekatan baru ini diperkenalkan untuk mendekati masyarakat
setempat melalui lawatan-lawatan yang diadakan menerusi hospital-hospital
terpilih.
Program-program seperti ini pada aku, patut terus dijalankan sebab ianya bukan sahaja memberi manfaat kepada ibu bapa dengan bayi yang baru je, tapi secara tak langsung mendekatkan antara pihak atasan dengan rakyat setempat.
Perhubungan sihat seperti ini secara positifnya akan
membentuk masyarakat yang penyayang dan akan memberikan impak jangka masa
panjang yang baik.



