Walau pon aku masih bujang, jodoh pon tak nampak bayang lagi, tapi aku ada emak yang melahirkan aku 29 tahun yang lalu. 

Zaman mungkin dah berubah, teknologi makin canggih, dunia makin mencabar, maka ibu yang melahirkan anak pada zaman ini mesti ada cabarannya juga.

Tak perlu kita nak cerita pasal hal penjagaan anak. 
Perkara utama adalah emosi ibu-ibu muda ini. Kalau kita tak beri sokongan atau membiarkan mereka sendiri, boleh jadi meroyan.

Hebat pula aku boleh tahu semua ni. Ya lah, kan aku pon dikelilingi oleh wanita. Sumber bacaan pon boleh Google sahaja. Hehe.


Ok, macam ni, sebenarnya aku nak cerita pasal dekat KL ada program Permata Hati Wilayah.

Di mana ibu-ibu muda ni menerima manfaat daripada program yang diinisiatifkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan sokongan oleh Puteri Umno.



Program ini bertujuan untuk menyantuni dan membantu golongan ibu, bukan sahaja selepas menerima cahaya mata, tetapi juga mereka yang dalam proses menerima cahaya mata baru khususnya kepada golongan belia.

Pendekatan baru ini diperkenalkan untuk mendekati masyarakat setempat melalui lawatan-lawatan yang diadakan menerusi hospital-hospital terpilih.



Program-program seperti ini pada aku, patut terus dijalankan sebab ianya bukan sahaja memberi manfaat kepada ibu bapa dengan bayi yang baru je, tapi secara tak langsung mendekatkan antara pihak atasan dengan rakyat setempat.

Perhubungan sihat seperti ini secara positifnya akan membentuk masyarakat yang penyayang dan akan memberikan impak jangka masa panjang yang baik.