Home Blog Services About Free Audit
Aryl Je · Digital Narrative Strategist

Something
brewing.

The new home for SEO, GEO, and digital authority strategy is being built. In the meantime, the blog is live and I'm taking on clients.

Building authority that AI engines cite. Malaysia.
IG TH LT

Cara Mudah Apply Insurans Travel Secara Online


Memang kalau diikutkan, ada yang berpendapat, alah pegi 3 ke 4 hari je, buat apa nak amik insurans. Tapi, sebenarnya banyak kelebihan kalau korang ada travel insurans ni tau.

Cuba korang tengok dekat mana-mana group travel yang korang join dekat Facebook, mesti ada orang yang share pengalaman dan masalah yang diorang hadapi semasa travelling.  

Biasanyalah; antara perlindungan yang ditawarkan oleh syarikat insurans adalah seperti:
  1. Kemalangan diri
  2. Belanja perubatan dan yang berkaitan
  3. Kehilangan deposit perjalanan atau pemendekan perjalanan
  4. Kehilangan bagasi, barang-baranda kepunyaan peribadi dan wang
  5. Kehilangan pasport
  6. Liabiliti diri
  7. Kelewatan bagasi
  8. Kelewatan perjalanan
  9. Rampasan kenderaan
  10. Penghantaran pulang jenazah
Tapi, manfaat - manfaat ni bergantung kepada premium yang korang bayar dan berbeza dengan setiap pihak yang tawarkan insurans perjalanan ni.
Kebiasaannya, orang kita malas nak apply travel insurance ni sebab ‘dimomokkan’ dengan proses dia yang leceh ataupun dia tak kenal mana-mana agen yang tawarkan travel insurans.
Ha, untuk korang yang ada masalah macam ni, ni ada cara dapatkan travel insurance secara online. Mungkin kawan korang ada info lain-lain atau yang lebih mudah, tapi cara dapatkan insurans perjalanan secara online kitorang bagi ni melalui Ringgitplus.
Aku dah cuba, masa trip ke Bali dulu... Senang je... apply travel insurans online je weh...
Ini aku cerita cara-cara dia...

Cara dapatkan travel insurance / insurans perjalanan secara online :


#1. Masuk ke laman web RinggitPlus, pergi ke bahagian Insurance
#2. Pilih Travel Insurance
#3. Pilih plan yang bersesuaian dengan trip korang

Ini korang pilih lah sama ada plan tahunan, single trip, domestic ataupun antarabangsa.
#4. Baca dan fahamkan setiap Insurans pilihan korang, klik ‘apply now’ untuk memohon. Korang akan diminta masukkan email dan nama.

#5. Tunggu email dari Ringgitplus (tak sampai beberapa jam dah boleh dapat email), ikut arahan yang diberikan. Macam contoh, haritu apply untuk ke Bali, menggunakan Takaful Ikhlas, so dia directkan ke website takaful ikhlas.

#6. Pilih sama ada untuk individu atau kumpulan. Untuk tujuan posting ni, contoh kitorang bagi untuk individulah. Isikan borang yang ada, lengkapkan segala maklumat termasuk berapa lama korang nak ada insurans tu.

Yang ini, kitorang nasihatkan, korang drag lah sehari, in case flight delay, korang dicover oleh insurans ni. Pastikan destinasi korang betul, sebab insurans ni valid dekat destinasi korang nak tuju je. Kalau on the way pegi atau balik (berlaku dekat Malaysia) tak boleh nak claim!
#7. Buat pembayaran, ini biasanya company insurans tu ada diorang punya cara sendiri. Tapi biasanya direct pay lah, macam korang buat online shopping. Macam contoh, plan takaful ikhlas ni, sehari rm3.
#8. Tunggu policy di-emailkan kepada korang. Bila dah dapat, pastikan semua maklumat betul. Kalau tak dapat, cuba call dan tanyakan syarikat yang korang beli tu.
Ini salah satu contoh policy yang dapat

Dekat policy korang nanti, dia ada tulis kawasan mana yang korang nak pegi. Macam contoh, aku ke Bali, dia tandakan ke ASEAN. 
Premium dia murah RM3 sehari! So trip aku 3 hari, aku bayar RM15 je... 
#9. Travel-lah dengan hati yang tenang 😊
Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal trip RM500 aku ke Bali, boleh baca di entry | Pengalaman Solo Trip 3H2M Ke Bali 
Disclaimer : Artikel ini telah dikemaskini pada Mei 2022, untuk cari insurans yang ada perlindungan Covid-19 pun boleh. Ada few iaitu : AIG, AXA, Berjaya SOMPO, ETIQA, MSIG dan Tune Protect. 



Pengalaman Penginapan Terbaik Di Hotel The Pearl Kuala Lumpur



Masa aku tinggal dekat OUG dulu, memang selalu lah nampak The Pearl ni on the way balik ke rumah mahupun nak pergi kerja melalui Jalan Klang Lama tu. Dari luar, memang nampak klasik. Mana taknya, The Pearl ni dah mula beroperasi sejak 1997 lagi tau!

Maknanya, dah 21 tahun! Jadi pengalaman diorang dalam bab-bab perhotelan ni tak payah kita ragu ah. Kalau tak, takkan diorang menang The Best Muslim-Friendly Hotel dan Asia Halal Brand Award pada tahun 2017 kan?

The Pearl Kuala Lumpur ni memang bukan hotel baru, Cuma dijenamakan semula daripada The Pearl International.




Minggu lepas, sebenarnya aku dapat lah peluang nak bermalam di The Pearl. Macam weekend getaway gittu. Hehe. Check in lepas solat Jumaat, check out Sabtu tengah hari. Sempoi kan?

Eh, Hotel 4 Bintang, Harga Tak Mahal Ke?

The Pearl Kuala Lumpur ni memang banyak sediakan promosi-promosi menarik. Bilik bermula dari RM180 pun ada tau.




Bilik dia, sangat luas. Toilet ada bathtub lagi. Dari segi kemudahan kepada pengunjung, dia ada sediakan macam biasa, complimentary toileteris macam sabun, shampoo, ada kit menjahit, ubat gigi, berus gigi, lepas tu ada ironing board dan macam-macam lagi.





Dari segi interior design The Pearl Kuala Lumpur ni, korang boleh agak rasanya. Style-style lama. Contoh, kerusi besar, cabinet tv still kayu. Tapi, channel tv terbaik! Vision Four okay. Banyak movie latest!




Kemudahan Yang Ada :

1.       Ada swimming pool




Swimming pool dia agak besar jugak. Dibukak seawal 7 pagi, tutup 8 malam. Ada pool untuk kanak-kanak jugak.

2.       Ada gym





Gym atau Fitness On 5 terletak di aras yang sama dengan pool. Sebenarnya, sebelah-sebelah je. Gym dia moden okay. Peralatan semua baru lagi.

3.       Business centre

Selalu, ramai akan book hotel untuk buat meeting, conference, dan sebagainya. Jadi, diorang sediakan aras 23 ni untuk tujuan tersebut. Ada beberapa bilik meeting yang korang boleh book dari jam 9 pagi sampai 12 tengah malam.

4.       Laundry

5.       In-Room Dining
Kalau korang malas sangat nak turun makan, tekan butang nombor ‘7’ dekat telefon, orderlah makanan. Room service disediakan 24 jam!

6.       Akses Internet
Ini memang disediakan dalam semua bilik, tapi kalau korang nak laju lagi, boleh mintak dengan kadar yang diroang tetapkan lah.

7.       Parking
Untuk parking, memang tak ada masalah. Disebabkan The Pearl Kuala Lumpur ni letaknya sama dengan shopping mall, jadi parking diorang kongsi. Memang banyak. Masa aku kesini haritu, turun ke B2, banyak kosong. Untuk yang tinggal di hotel, kadar dia RM3. Kena validate dekat front desk dulu ye.

8.       Shopping Mall




Pearl Shopping Mall ada sama level dengan Hotel punya lobby. Korang keluar pintu hotel, dah masuk mall. Ada macam-macam kedai, antaranya Starbucks, Watson, Guardian, MrDiy, dan banyak lagi lah.

Makan Malam King Of Grill Di Executive Lounge Level 23.






Ini sebenarnya promosi BBQ buffet yang ada di The Pearl Kuala Lumpur sekarnag ni. King Of Grill Barbeque Buffet Italian. Harga kalau nak ikutkan, RM98++ untuk dewasa dan RM45++ untuk kanak-kanak.









Cumanya, sekarang ni promosi ni dah tak ada, ada promosi baru iaitu King Of Grill Sempena Chinese New Year pulak. Tapi rasanya menu sama…




Kalau korang nak rasa tinggal dekat Hotel ni, boleh dapatkan promosi harga murah ThePearl Kuala Lumpur di sini.