Rasanya trip ni dah lama dah, dalam November lepas kalau tak silap. Ni baru ada time nak tulis pasal trip tu. Hihihi.
First of all, ini adalah first solo trip aku. Aku book tiket, book air bnb, baca-baca sikit pasal tempat aku nak pegi nanti. So, actually dekat sana aku stay dekat Ubud.
Kenapa Ubud? sebab aku terpengaruh dengan satu cerita yang aku tengok which is "Perahu Kertas'.
Ubud ni boleh kata satu tempat yang sangat tenang, dan kalau korang minat seni, sinilah tempatnya. Daripada seni ukiran, kimpalan, lukisan, semua ada dekat Ubud.
Aku dapat satu airbnb dekat ubud and untuk 2 malam kat sana, aku bayar RM 116.
Rumah dia pun best, sejuk sebab tepi sungai, so korang takyah pakai aircond pun. Just that, jiran dia ada anjing, so anjing tu kinda menyalak bila kau lalu depan rumah every time kau keluar masuk. Hahahaha...
Dekat sana, aku travel guna scooter je. Sewa dari Nina (owner airbnb). Dia bagi murah which is 120 ribu for 2 hari. (RM 36) which is pada aku, sangat berbaloi, sebab dekat tempat lain mahal.
Total Habis : RM 150 untuk transport dan airbnb
Sebelum aku ceritakan itenary aku, aku nak bagitahu aku plan guna Inspirock je. Korang boleh baca pasal Inspirock ni dekat post ni : Cara Mudah Nak Plan Percutian
Aku plan nak pegi tempat tempat yang tenang, aku tak cari pantai, aku tak cari gunung untuk panjat. (boleh set dalam inspirock tu itenery macam mana korang nak).
Day 1 :
Aku sampai agak petang sebenarnya, jangkaan aku aku sampai around pukul 10, tapi dekat airport habis around 1 jam sebab orang ramai and phone aku buat hal, GPS dia salah, so aku susah nak dapatkan grabbike. Iye, aku kat sana guna grab Bike je, sebab murah. Hehe..
Dari airport ke Ubud, aku kena around 75k rupiah untuk perjalanan around 40km, sejam lebih jugak.
Sampai airbnb, caretaker dia dah ada kat sana. Pak Suman, baik orangnya. Dia bagi kunci, and aku terus masuk rumah, unpacked and mandi.
Aku plan nak melawat satu or dua tempat hari pertama, tapi... hujan! Aku just jalan kaki, explora kedai-kedai yang ada area aku tinggal dekat Peliatan 1.
Oh, and aku pegi makan dekat satu kafe ni... nama dia MuJa Kafe. Aku makan nasi gorang and kopi around 15k.
Korang kena ingat, Bali ni muslim tak ramai, so hati-hati dengan apa yang korang nak telan. Babi guling memang banyak.
Lepas makan tu aku pegi pekan Ubud. Jalan-jalan tengok apa ada. Ada dua pura kat situ iaitu Pura Saraswati dengan Pura Sari Agung. Dekat sini ada persembahan Barong dengan Kecak Dance, tapi hari pertama aku tak pegi sebab..... aku hilang passport! LOL... So aku balik airbnb and cari passport aku.
Total habis : Makan 15k , 75k transport airport ke Ubud, Isi bensen (minyak) motor 10k = RM30.00
Day 2 :
Sebabkan hari pertama aku tak buat apa-apa, aku pulun habis dekat day 2.
Aku pegi Tegalalang rice terrace. View dia sangat osem! Pesan aku, pakai kasut dan pakaian yang bersesuaian sebab korang nak trekking nanti. Dekat Tegalalang ni dia punya jarak around 5km kalau tak silap.
Masuk free, tapi ada certain tempat akan ada orang buat macam tol. So bayar ikut suka korang. So that itu sumbangan untuk diorang maintain kawasan tu.
Dari sini, aku ke Pura Tirtha Empul.
Ini salah satu tempat beribadat kat sana. Diorang datang untuk upacara dan macam mintak restu la dengan mandi kat situ. Masuk Pura ni kena 15k Rupiah dan korang kena pakai kain batik. Kalau tak bawak takpe, diorang ada bagi pinjam, tak payah bayar. Tapi, memang kena pakai.
Kita pakai lah bagi menghormati adat orang kan...
Lepas pura ni, korang boleh ke Pura Gunung Kawi, yang ni korang kena mendaki sikit. Sebab dia atas bukit. Jarak dia dari Tirtha Empul tak sampai 5km.
Dekat Pura Gunung Kawi ni sebenarnya terletak macam kuil lama. Cuma tinggal kesan-kesan binaan tangga je. Tapi ada jugak kawasan yang orang beribadat.
Oh, masuk Pura Gunung Kawi ni pun 15k Rp ye. Sini tak patyah pakai batik, cuma dia akan bagi kain lilit pinggang.
Lepas sini, aku ke Goa Gajah, masuk Rp 15k.
Goa Gajah ni salah satu tempat beribadat dan kat sini hiduism dia kuat kat sini korang boleh nampak patung Ganesha.
So hari ke dua aku habiskan dengan ke Zoo Bali yang aku sangat manyesal! Harga masuk 750k which is RM225 tapi.... banyak yang takde. Zoo Negara lagi best! So, nasihat aku, toksah la masuk.
Aku habiskan hari ke dua dengan pusing-pusing dekat Ubud, Desa Lodtunduh dan masuk Neka Art, tapi aku tak masuk dalam sebab maybe sebab dah 'kena' dekat Zoo Bali, jadi aku ada stigma yang cakap takde apa kot kat dalam. Haha..
Total Habis : Rp 45k + Rp 750k = RM 240.00
Oh, hari ke dua aku makan bakso tepi jalan je, 5k (RM1.50).
Day 3 :
Aku check out pukul 10. Sebelum tu aku pusing Ubut Art Market. Gambar takde sebab aku charge phone. Oh ye, aku punya trip ni gambar sangat limited sebab aku snap guna iphone 4 je dan... aku banyak atas motor, susah nak snap gambar. hahahaha...
Aku amik grab bike ke KUTA, Rp60k (RM20) aku jalan pegi tengok sight kat sana. Ingat tak Bali pernah kena Bom? Ha, aku pegi tengok tapak bangunan tu yang diorang nak jadikan apa tah.
And pusing, pusing dekat area Kuta. Pesan aku, jangan tertipu dengan peniaga-peniaga kat sana. Dia kata harga murah lah apa lah, padahal, kau tengok harga dia lagi mahal daripada original butique yang ada area situ.
Aku terkena. Dan aku malas nak ingat. Hahahaha... Pengajaran buat aku.
Lepak tepi pantai Kuta tengok orang surfing. Free je sebab aku lepak bawah pokok, bentang jacket dan duduk. Hehe.
Korang kena hati-hati jugak kat sini, scammer ramai. Aku tak kena sebab muka aku macam lokal. Tapi jadi depan mata.
Around 5 aku dah ke airport. Sebelum tu sempat makan McD dengan Starbuck sebab aku nak habiskan duit Rupiah.
Total : Rm 20 + souvenier 500k Rupiah.
So total trip ni, aku spend : Rp 1.5juta which is around RM450 termasuk benda yang aku tak cerita secara detail sebab aku lupa. Hehehe...
Beli kopi luwak lah, beli surya, beli ubat gigi, air minum dan benda-benda kecik.
Beli kopi luwak lah, beli surya, beli ubat gigi, air minum dan benda-benda kecik.
0 Comments