Advertisement

Solo Trip : 3H2M Ke Kota Kinabalu


Hi =D, yes... I'm back.
Sebelum tu aku nak cakap, keputusan nak kembali balik ke platform Blogger ni daripada Wix adalah satu yang aku buat secara spontan. Dan atas sebab-sebab kelecehan yang ada pada Wix.

Wix tu still ada, cumanya aku pindah domain dia ke sini. Hehehe..

Alright. Meh aku nak share pasal pengalaman aku ke Kota Kinabalu bulan lepas...

Kalau korang perasan, aku ada ke Sandakan, dan stay di Sukau Bilit Resort. Kalau ada yang telepas, korang boleh baca dekat sini :

Pengalaman 3H2M Di Borneo Natural Sukau Bilit Resort! 3 Hari Tanpa Internet...

Kisahnya, Ahad tu aku lajak ke KK. Kawan-kawan semua balik KL, aku amik bas dari Sandakan ke KK.

Konon-konon strong, 6 jam perjalanan beb.
Keadaan bas memang selesa, cumanya sebab kekerapan dia tak banyak, kapasiti 44 orang, dia sumbat sampai ada duduk atas lantai.




Harga tiket Sandakan ke KK RM43.50 sen. Dari Sandakan Hotel tu aku kena jalan sikit, amik van ke terminal.

Rabak jugak dalam bas 6 jam, sebab jalan dia berhenjut (sebab aku seat paling belakang), dan masa sampai dekat Kundasang, memang bengkang-bengkok.

Sempat jugak la mabuk bas. kahkahkah. Pengalaman beb, 10 minit sebelum sampai KK, aku muntah. Tapi aku taknak cerita banyak pasal muntah tu.

Sampai KK aku rasa dalam pukul 8 kalau tak silap. Lepak kejap dekat terminal, aku amik Grab untuk ke Space Cap Hotel.

Aku pertama kali try Backpackers Hotel ni, dan untuk hotel ni, aku suka sebab dia futuristik. Dan lain pada yang lain.






Cube dia macam kapal angkasa beb. Nampak macam sempit, sebenarnya agak selesa. Dengan plugpoint, usb port, so memang senang kalau korang nak charge barang-barang korang.

Harga per night RM35, ini untuk yang single. dia ada yang Deluxe Single, besar sikit pada ni (gambar atas), tu RM45 dan Double Room RM88.

Oh ye, untuk perempuan, korang jangan risau, kat sini ada female dorm jugak. Bilik asing.

Kalau ke KK dan nak cari hotel ni, alamat dia dekat Jalan Tun Fuad Stephens block c 01-03 , c2-03, 88000 Kota Kinabalu, Malaysia. 

So, lepas mandi-mandi semua aku keluar gi makan dekat kedai yang aku betul-betul tak ingat nama dia =( Tapi, masakan melayu. Bukan mamak. 


Lagi satu, disebabkan location Hostel ni boleh kata tengah-tengah bandar KK, banyak tempat aku pegi just jalan kaki je. 


Depan Space Cap ni ada KK Waterfront, bangunan sebelah ada mall, dan dalam 500 meter, sampai ke Filipino market. Malam kalau korang jalan dalam pasar ni pun meriah lagi. Nama dia macam tu sebab rata-rata yang ada kat sana ialah orang Filipina. 


Cumanya aku tak beli apa-apa lah. 


Lepas puas jalan-jalan, bawak diri. Aku balik, tidur. Sekian hari pertama. 


Hari Ke-2


Aku target untuk habiskan attraction kat bandar KK dalam harini jugak. Cuma, bukan jenis rushing la, slow, easy and steady.


1st, aku ke Menara Jam Atkinson.



Tak ada apa pun, cuma dari segi sejarahnyalah. Sebabnya, menara nilah bangunan paling tua yang ada dekat KK ni. Dibina pada tahun 1903 lagi untuk memperingati jasa Pegawai Daerah Pertama Jesselton (nama lama KK) iaitu Francis George Atkinson.

Lepas ke sini, dalam 1km, ada Signal Hill Observatory Tower.


Ini dikatakan point paling tinggi dekat Bandar KK dan korang boleh nampak keseluruhan KK dekat sini. Cumanya, kalau nak naik, trek dia adalah dalam 1km tangga dan mendaki. Putus nafas jugaklah...



Ini view belah kanan je, belah kiri aku tak amik gambar. Lupa. Orang sana cakap, sini naik waktu sunset cantik. Cuma aku naik waktu tengah hari, memang terik lah.



Ni salah satu tempat yang pada aku instagram-able kat area sini, jumpa pun secara tak sengaja masa jalan kaki. 

Lepas pada sini, aku amik grab untuk pegi ke Monsopiad Cultural Village dekat area Penampang, lebih kurang 30 km dari Bandar KK. 




Kalau korang tak familiar dengan Monsopiad, dia ni adalah seorang pahlawan Kadazandusun yang terkenal sebab dia adalah seorang 'head-hunter'. Menurut sejarah, Monsopiad berjaya memenggal 42 kepala manusia sepanjang riwayatnya termasuklah pencabar-pencabar Monsopiad yang tinggal di daerah Penampang.


Ini adalah 'koleksi' tengkorak kepala yang Monsopiad dah penggal. Ini real ye, bukan replika.

Masuk sini kena bayar dalam RM 45 termasuk dengan guide yang akan explain dekat korang pasal sejarah Monsopiad ni. Kat sini ambik masa dalam 2 jam sebab dia akan bawak korang tour pusing perkampungan ni. 


Ini demo nak hidupkan api guna buluh.

Next destination (boleh kata destination wajib) setiap kali kalau aku travel, pergi zoo! 
Lok Kawi Wildlife Park. 



Entrance Rm 10. 

Dah nama pun zoo, ada binatang-binatang lah kan. Cuma aku suka sini sebab dia punya aviary besar, dan banyak enggang. Kalau korang nasib baik, boleh dengar enngang tu punya bunyi sayap masa terbang. Aku pun pertama kali dengar. 

Pada aku, apa yang menarik yang tak ada dekat zoo lain adalah Gajah Pygmy dan jugak Monyet Probosics, dua binatang yang sinonim dan habitat asal dia dekat Sabah. 


Dan dan, dekat sini ada burung cenderawasih. Yang kononnya burung kayangan yang hanya bertelur atas awan dan hanya turun ke bumi kalau dia nak mati tu... 



Ha, ni lah dia, memang cantik. Patutlah dapat jolokan 'bird or paradise'.

Lepas pada zoo, hari dah around jam 6, so aku decide untuk balik ke Space Cap Hotel. Sebelum tu, sempat lah singgah mall sebelah blok aku. Makan and lepas tu aku jalan dekat area Water Front untuk tengok sunset. Malangnya, sebab tak plan, agak lambat. Tapi, dapatlah jugak gambar cantik...




Hari last, tak banyak benda yang aku buat. Sebab flight pukul 11. So, bangun pagi kul 9 tu, aku straight ke airport. Breakfast kat McD, dan masuk dalam. Aku ingatkan best Airport dia, boleh lah tengok barang-barang kat dalam. Malangnya salah. Tak ada apa, so aku just habiskan masa dengan handphone, sampailah waktu boarding. 

So, berakhirlah trip 'gila' aku ke KK. Oh, masa balik tu, sempat borak dengan driver Grab, sepatutnya apa yang best nak buat kat sini, let say kalau kau nak stay kat bandar KK je, dia suggest masuk pulau. 




Kalau korang nak try datang sini, boleh je. Pusing-pusing town sehari, lepas tu masuk lah pulau. 

till next trip. =D 



Post a Comment

0 Comments