Advertisement

Percutian Bertemakan 'Nature' Di Borneo Natural Sukau Bilit Resort, Sandakan


Macam mana perasaan korang kalau pergi ke tempat yang tak ada liputan internet mahupun telefon? Pada aku, aku bebas! Bebas dari segala macam benda yang menganggu fikiran aku. Sebenarnya, bukanlah semua operator tiada liputan. Digi ada.

Ok, ini pengalaman aku menginap 3 hari 2 Malam di Borneo Natural Sukau Bilit Resort, Sandakan.

Pertamanya, dalam usia nak masuk 3 series ini… Ini pertama kali aku sampai ke Sabah. So, aku terlebih excited bila dapat join trip ke sini.



Kedua, lepas tengok gambar yang dikongsikan oleh Fred (orang yang bertanggungjawab jemput aku dan 12 orang blogger lain), aku jadi lagi tak sabar nak ke sini sebabnya, memang aku perlukan dan rindu suasana hutan.

Untuk korang yang kenal aku, korang tahu aku memang minat benda-benda outdoor dan melibatkan alam sekitar ni.

Ini itenery apa yang aku lalui selama 3h2m di Borneo Natural Sukau Bilit Resort, Sandakan.

Hari Pertama :

Okay, aku amik penerbangan paling awal ke Sandakan pada Jumaat pagi sekitar pukul 6.20 kalau aku tak silap, sampai di airport Sandakan dan terus amik Grab untuk ke pick-up point di Hotel Sandakan.

Yang bestnya pasal resort ni, dia sediakan transport untuk ke sini. Cuma kena berkumpul di pick-up point. Perjalanan dari Sandakan ke kawasan resort amik masa 2 jam lebih kurang.



Tiba di resort, disambut dengan minuman ringan dan iringan muzik tradisional. Dah macam dato’-dato’ hehehe. Apa yang best, tempat reception dia jugak merupakan ruang makan dan dan yang paling best, betul-betul menghadap Sungai Kinabatangan!



Ada antara kitorang dah fikir nak terjun je mandi, tapi… JANGAN, sebab ada buaya!

Kitorang tunggu around 15 minit dan dapatkah kunci ke ‘rumah’ jenis cottage (Kinabatangan). Biliknya agak crowded, disebabkan satu katil king dan satu katil single, tapi still selesa. Yang paling best, ada balkoni yang straight boleh tengok hutan yang pada aku, plus point dekat sini.


So, memang kalau kepala tengah stress, bersidai ajelah dekat sini dan dengar bunyi-bunyi hutan.

Lebih kurang pukul 3 petang, kami diminta berkumpul untuk minum petang dan sesi River Cruise yang pertama. Dalam pakej yang disediakan, ada 2 sesi morning cruise, ada 2 sesi afternoon cruise. Seorang ‘guide’ akan diberikan untuk setiap kumpulan.



Perasaan aku, river cruise ni sangat menenangkan. Korang boleh layan angin sambil tengok alam sekeliling. Kalau korang bernasib baik, dapatlah tengok beberapa spesis yang habitatnya sepanjang sungai Kinabatangan ni.

Antaranya, yang popular adalah monyet belanda atau Probosics Monkey, Silver Leaf, burung enggang, orang utan dan jugak gajah. Malangnya, kitorang tak bernasib baik sangat. Gajah dengan orang utan, tak kelihatan.



Lepas river cruise, balik ke resort untuk makan malam dan untuk malam pertama, ada pertunjukan tarian tradisi dan jugak night trekking. Korang akan dibawa masuk ke dalam hutan untuk tengok hidupan yang aktif pada waktu malam. Kami beruntung sebab nampak skunk dan kucing hutan.

Dan, langit yang cerah dipenuhi bintang-bintang. Sampai aku bisik kat diri sendiri… “langit di Sandakan ni jauh cantiknya dari langit dekat KL”. Haha.
Malangnya, gambar tak ada sebab bateri camera aku low.

Selesai night trekking, kitorang pekena kopi tenom yang awesome! Tak cukup secawan. Dan kopi dan teh disini memang disediakan setiap masa dan free-flow. Lepas sesi mengopi tu, masing-masing menuju ke bilik dan rehat.

Hari Ke-2

Hari kedua kami bermula se-awal 5.30 pagi. Ya, 5.30 pagi!  Berkumpul untuk sesi mengopi sebelum bot memulakan river cruise pagi kearah downstream. Pemandangan dan suasana yang berkabus memang betul memukau.



Perjalanan rivercruise sekitar 1 jam, dan pagi itu kitorang sangat beruntung sebab nampak beberapa ekor anak buaya dan buaya besar.



Selesai river cruise, kitorang balik ke resort dan breakfast. Disini, memang makanan yang disajikan adalah makanan tempatan dan memang sedap. Siap tambah lagi.

Aktiviti seterusnya adalah jungle trekking dan seterusnya kitorang dibawa melawat kampung berhampiran. Memang tenang sangat berjalan waktu pagi dekat Sandakan ni. View awan pun cantik.




Habis trekking, kami rehat sampai waktu tengah hari dan ada free&easy sekejap sehingga pukul 6.



Aktiviti pada hari ke-2 tamat dengan river cruise petang. Walaupun tak banyak yang kitorang dapat tengok, tapi ada jugak kelibat anak buaya, ular dan proboscis monkey dan part paling best, matahari terbenam. View sunset dekat sini sangat cantik! Memang favourite aku. Hehe.




Malam, kami tiada aktiviti. Hanya aktiviti bebas, dan kesempatan itu kitorang habiskan dengan bersembang dengan guide kami En. Ajoy dan bertukar-tukar cerita tentang Sukau dan resort berkenaan.



Hari Ke-3

Hari terakhir, sama juga. Kitorang digerakkan pagi jam 5.30 dan terus untuk river cruise sekali lagi.




Selepas satu jam perjalanan atas bot, Mr Ajoy bawak kitorang balik ke resort dan breakfast sebelum kitorang check out.

Pukul 10 macam tu, bas dah tunggu untuk bawak kitorang ke checkpoint iaitu Hotel Sandakan.

So, habis dah pengalaman 3H2M di Borneo Natural Sukau Bilit Resort ni… Kalau nak detail, ada di bawah ni ye…



Harga untuk Pakej 3D2N - River Safari:

Dormitory - RM385 seorang
Cottage - RM477 seorang (twin share)
Deluxe - RM530 seorang (twin share)

Harga termasuk:

Pengangkutan dari/ke Hotel Sandakan
Guide untuk semua aktiviti
4x river cruise
1x night walk
1x jungle trekking
Penginapan
Makan dan minum

Harga tidak termasuk:

Barangan kelengkapan lain (sewa)
Perbelanjaan peribadi
Makan dan minum selain dinyatakan
Penginapan tambahan

Tempahan:

fred@kinabatanganriver.com.my
info@kinabatanganriver.com.my
+6017 927 9128 (Fred)
+608 921 8372

Laman web:
www.asiagreentravels.com

jangan lupa tengok video aku buat dekat Youtube ! 

p/s : Oh, btw, ini dari segi pendapat aku sendiri sahaja. Tiada sebarang pendapat yang berkaitan dengan penganjur. Hanya berkongsi pengalaman di sana. 

Thanks 😊

Post a Comment

0 Comments