Advertisement

Kasut Cepat Rosak? Cuba Buat 3 Perkara Ini...


Kasut merupakan aksesori terpenting buat lelaki dan jugak wanita. Kalau tak percaya, cuba bukak bonet kereta. Mesti ada sekurang-kurangnya sepasang kasut spare. 

Setiap kasut mempunyai kegunaannya yang tersendiri dan juga cara penjagaan yang betul supaya tahan lebih lama. 

Ramai yang anggap, kasut ni tak payah jaga sangat. Hakikatnya, teknik penjagaan kasut ini tak sama seperti baju dan barang-barang lain. Ramai yang tersilap langkah dalam teknik yang betul untuk penjagaan kasut.

Akibatnya, kasut mudah rosak, lusuh, tidak tahan dan akhir sekali terpaksa dibuang.

Untuk korang yang tak tahu, ini ada teknik asas penjagaan kasut yang penting supaya kasut kesayangan korang tu tahan lama dan tak mudah rosak.

1.
Basuh/Lap Seminggu Sekali


Kebanyakan orang akan membiarkan kasut yang kotor sehingga kering, lagi-lagi selepas kena hujan. Jangan selalu buat! Sebabnya tindakan ini sebenarnya menyukarkan kita untuk membersihkan kasut ini.
Walaupun anda telah menyembur cecair kalis air atau sneaker yang materialnya kulit, bahagian tali dan jahitan kasut tetap boleh menyerap air dan kotoran.


2.
Gunakan Semburan Kalis Air


Semburan kalis air sangat berguna jika anda keluar atau ke tempat kerja. Lagi-lagi jika anda menaiki motorsikal dan material kasut anda adalah kain.

Material seperti suede atau nubuck memang mudah untuk menyerap air dan kotoran.
Jadi, adalah tindakan yang bijak sekiranya anda menyembur kasut anda dengan semburan kalis air. Sekurang-kurangnya tidak cepat kotor.

Antara produk yang ada di pasaran untuk penjagaan kasut:
Untuk hasil yang lebih memuaskan, sembur dan tinggalkan semalaman supaya ia betul-betul kering. Ulangi langkah ini dua hingga tiga lapisan.


3.
Simpan Kasut Dalam Kotak


Mesti ramai yang tersilap langkah bukan? Kotak kasut yang ada tu jangan dibuang, sebaliknya boleh guna untuk simpan kasut.

Kalau korang tinggalkan kasut di rak, memang kumpul debu dengan habuk je lah dalam setiap kedutan dan rekahan kasut. Melainkan... korang rajin untuk lap setiap hari.

Kotoran yang melekat pada rekahan dan kedutan kasut ini sebenarnya mempercepatkan kasut ini untuk rosak.

Cara terbaik, simpan dalam kotak dan pastikan ia bertutup dengan betul. Tapi, sebelum simpan, pastikan kasut tersebut adalah kering lah ye.

Ataupun kalau nak nampak style sikit, beli je kotak clear kat Daiso atau Ikea. 
Macam ni...


Post a Comment

0 Comments