Advertisement

10 Makanan Perlu Ada Dalam Diet Untuk Tidur Yang Lebih Nyenyak…


Selain gaya hidup seseorang, cara pemakanan dan diet yang betul juga dapat membantu kita untuk dapatkan tidur yang nyenyak.

Menurut Dr. Michael Breus, seorang sleep specialist terdapat beberapa makanan/minuman yang beliau sarankan untuk diambil supaya kita dapat tidur yang berkualiti.

Ini adalah senarai makanan dan minuman yang disarankan oleh pakar tersebut.

1.Daging
Selain mempunyai kandungan dan yang boleh mengurangkan keletihan, daging juga mempunyai kandungan tryptophan yang tinggi. Trytophan ini adalah sejenis asid yang terlibat dalam proses penghasilan melatonin, iaitu hormon yang mengawal tidur seseorang.


2. Tuna
 Kandungan omega-3 yang terdapat dalam tuna boleh membantu untuk mendapatkan kitaran tidur yang normal. Tak kiralah tuna segar atau dalam tin.

3. Salmon
 Sama seperti Tuna, kandungan omega-3 yang tinggi dalam Salmon juga boleh membantu kita untuk dapatkan tidur yang optimum.


4. Labu

Menurut Dr. Breus, labu merupakan makanan super untuk tidur. Tinggi dengan kalsium, magnesium dan Omega-3. Kesemua ini dapat memperbaiki kualiti tidur seseorang.


5. Asparagus

Jika korang terfikir sayur apa yang terbaik untuk dipadankan dengan tuna atau salmon tadi, pilihlah asparagus. Kandungan , dan dalam asparagus ni secara tidak langsung membantu tidur yang nyenyak serta boleh dijadikan side dish yang ideal.


6. Rumpai laut (seaweed)

Jika anda mahukan snek, anda boleh cuba untuk makan seaweed. Ramai yang tak tahu sebenarnya yang tinggi. Macam point atas tadi, tryptophan ni boleh membantu kita dapatkan tidur yang nyenyak sampai pagi.


7. Sayur-sayur hijau
 Salad dan bayam boleh diambil juga untuk dapatkan tidur yang berkualiti. Sebabnya dalam kedua-dua sayur ini terdapat kandungan magnesium dan vitamin B yang tinggi.


8. Brokoli

Jika anda penggemar kopi, anda harus makan broccoli. Sebabnya, broccoli ini membantu untuk menyingkirkan kafein dalam badan. Dan kita semua tahu yang kafein ni akan buat kita tak mengantuk.


9. Pisang
Menurut Breus, pisang adalah sumber magnesium yang tinggi. Selain daripada boleh membantu untuk dapatkan tidur yang best, pisang jugak boleh dijadikan snek.


10. Teh Herba

Secawan teh herba sebelum tidur boleh bagi kita relax. Selain dapat menenagkan fikiran, Breus mengesyorkan teh berperisa lavender ataupun chamomile adalah yang terbaik.


Dah tahu 10 makanan dan air yang boleh membantu korang tidur ni, cubalah. Aku sendiri pun kadang-kadang ada masalah susah tidur. Kadang-kadang terjaga pukul 3 atau 4 pagi.Lepas ni aku nak try. Hehehe…

Post a Comment

0 Comments