Advertisement

Café Bertemakan Harry Potter Yang Pertama Di Malaysia - Hedley Books & Café !!



Alohamora!

Kafe bertemakan Harry Potter dah ada dekat Malaysia rupanya. Tak boleh jadi, kena try jugak ni walaupun jauh!
Dulu nama dia Hedwig Books & Cafe, tapi disebabkan ada copyright pada nama 'Hedwig' walaupun nama tu sebenarnya agak common, disebabkan taknak memanjangkan cerita, ditukar jadi Hedley Books & Cafe! 


Walaupun bukannya kafe official daripada Warner Bros. Studio, tetapi kalau korang nak rasa macam mana menjadi seorang penuntut di Hogwards, silalah ke Hedley Books and Café ini.

Kalau kita lihat dalam movie Harry Potter, pasti korang boleh relate dengan dekorasi yang ada di café yang terletak di Kota Bharu Kelantan ini.

Menurut pemilik café, Raiha Hanafi, beliau yang sebelum ini menetap di Kuala Lumpur, dan pulang ke Kelantan. Sebab itulah café ini terletak jauh di negeri pantai timur ini. Mendapat idea ketika belajar di San Diego, Raiha berhasrat membuka sebuah book café kerana dirinya sendiri memang minat untuk membaca buku.




Memilih tema Harry Potter kerana anak-anaknya sangat minat dengan siri ini. Kalau kita tengok dekat gambar, kita rasa macam nak naik penyapu terbang dan terus ke café tersebut.

Tambahnya lagi, beliau ingin mengembangkan cafenya ke Kuala Lumpur sekiranya sambutan disana mengalakkan.
Harapnya cepat sikit. Ataupun, kita akan ke Kelantan!

Untuk info lanjut, boleh ke Facebook dan Instagram HedleyBooks & Café.


Post a Comment

0 Comments