Advertisement

Trip Hack : Cara Mudah Nak Cari Makanan Best Di Mana – Mana Destinasi Percutian



Semasa travel atau kalau bukan travel pun, soalan yang susah kita nak jawab ialah ‘nak makan dekat mana?’. Sebab bab makan ni, dia tak semudah tu je, lagi-lagi bila kita dekat tempat orang.

First, of courselah kita nak cari makanan halal kan, yang kedua, kita nak cari makanan yang sedap. Selain pada tu, apa yang buatkan trip kita lagi best adalah kita cuba local food. So, agaknyalah, macam mana cara kita nak cari makanan local yang paling sedap ataupun yang special dekat tempat kita pegi tu?

Ha, harini kita akan go through beberapa tips nak cari port makan yang best dan specialdekat mana-mana destinasi yang kita bakal pergi nanti.


#1. RESEARCH



Kita ada kemudahan dihujung jari, gunakan segala media yang ada. Sebagai contoh, kita boleh google nama destinasi yang kita nak pegi, then kita cari restoran dan baca review yang ditinggalkan.

Selain tu, kita boleh cari dekat instagram. Cari hashtag atau lokasi yang kita pergi, try scroll dan dapatkan seberapa banyak maklumat yang ada.


#2. Cari/Tanya Local People



Yes, ini adalah cara yang paling berkesan kalau kita nak cari ‘hidden gem’ dekat sesebuah kawasan. Buat kawan dengan orang tempatan. Ringankan mulut Tanya lokasi makan yang best. Bukan apa, kebanyakkan tempat, kalau dah jadi tumpuan pelancong ni, harganya otomatik akan mahal, sedap ke tidak pun kita tak tahu.


#3. Flyers / Pamphlet Dekat Airport


Kebiasaannya, ada sesetengah airport akan ada tempat untuk letak flyers dan promote local food. Tapi, jujur cakap kebanyakkannya memang mahal, dan tak sesedap mana pun. Tapi, dekat sini lah skill research yang pertama tadi akan membantu.

Pamphlet yang korang simpan tu, boleh dijadikan rujukan kalau betul-betul payah nak cari atau local kat sana susah kita nak dekati.


#4. Cari Local Food Blogger


Ha, ini termasuk dalam bab research jugak. Melalui insta atau blog yang ada, cuba tengok atau dapatkan lokasi mana yang food blogger ni selalu lepak.

And, cubalah interaksi dengan diorang, kebanyakkan blogger ni friendly. Mana tahu, kebetulan masa kita disana diorang tengah free, boleh dioran tunjukkan port makan best yang selalu diorang pegi.

Selain local food blogger, korang boleh jugak try cari travel blogger yang pernah ke tempat korang tu. Kebiasaanya, travel blogger ni dah tentu share dekat mana diorang makan, lepak dan sebagainya.


#5. Gunakan Facebook/Twitter Sebaik Mungkin



Cara ini pun mudah, just masuk je dalam Facebook dan tanya tips dekat group-group berkaitan travel ataupun dekat wall korang. Mana tahu ada antara kawan-kawan yang dah sampai dekat sana. Diorang mesti nak kongsi jugak port best tu.

Dekat twitterpun sama, tapi lagi senang sebab di twitter boleh gunakan hashtag. Type je apa kita nak tanya, letak hashtag. Macam contoh #balifood, #jakartafood dan sebagainya.


#6. Street Food


Cuba street food! Ini salah satu benda yang korang kena buat masa travel, tapi tengok-tengok la makanan apa dia jual pulak. Untuk street food, tips dia senang, cari yang mana ramai orang beratur.

Dah ada orang beratur tu, kita boleh la tanya apa ‘special’ dekat situ. Apa yang kita patut cuba dan boleh jugak cuba tanya mana lagi ada makan yang best.


#7. Driver Taxi / Grab / Uber

Ini experience aku sendiri dekat bali... Rider GoJek tunjuk port makan nasi bebek.. Heheh

Senang cerita, kita tanya je driver-driver uber, grab teksi atau apa-apa transportation yang korang naik nanti. Sebabnya, diorang ni sah-sah orang situ. Lagi satu, diorang mesti ada ‘port’ makan diorang sendiri. Cuba suruh diorang tunjuk tempat favourite diorang makan. Mesti ada punya.

Secara tak langsung, korang pun dapat satu pengalaman baru nak dikongsikan.

Post a Comment

0 Comments