Advertisement

Tips Untuk Tidur Nyenyak Semasa Travel


Selalu kalau travel, sesetengah orang akan ada masalah untuk tidur pada waktu malam.
Kadang-kadang sebab too excited. Kadang-kadang sebab persekitaran baru. Dan tak kurang juga dengan kawasan hotel atau Airbnb yang bising .



Macam pengalaman sendiri tidur di AirBnb di Ubud tahun lepas, keadaan Airbnb yang agak sunyi memang menaikkan bunyi persekitaran. Bunyi ayam, bunyi pokok dan macam-macam bunyi yang tak dapat dikenal pasti. Maklumlah, travel tempat orang secara solo. Macam-macam lah ada dalam kepala. Lagi pulak tempat kita pegi tu memang terkenal dengan pemujaan.

Sebenarnya ada cara nak kurangkan gangguan ketika tidur ni… Mungkin malam pertama tak berjaya, cuba untuk malam berikutnya.

#1. Hapuskan Gangguan
Gangguan macam mana yang kita kena hapuskan ni? Pertama, telefon. Silentkan atau buat je ‘do not disturb’ mode.

Esok pagi baru check segala whatsapp atau email yang masuk.
Kalau di hotel, gantung je tanda ‘do not disturb’ tu. Lagi-lagi kalau korang tengah nak dapatkan tidur sekejap waktu tengah hari. Bila dah digantung, tak adelah pekerja hotel tetiba ketuk untuk buat housekeeping dan sebagainya.

#2. Makan Secukupnya


Makan dengan secukupnya tetapi jangan secara berlebihan sebelum tidur. Satu, sebabnya boleh mengemukkan. Sebab kedua, kalau kita tak makan, nanti tengah malam terjaga sebab lapar. Ketiga, kalau makan banyak sangat, kita akan terjaga sebab nak memerut pulak. Hihihi.

Kalau boleh, elakkan ambil makanan atau minuman berkafein sebelum tidur. Coklat pun kalau boleh jangan. Sebabnya kandungan dalam coklat akan trigger acid dalam perut.


#3. Bersedia Untuk Apa Sahaja Kemungkinan

Dalam erti kata lain, come prepared. Menurut pengkaji tidur, diorang galakkan kita bawa sesuatu dari rumah. Bantal kecil misalnya. Sebabnya, ini berkaitan dengan habit manusia.

Aromaterapi ke, baju tidur kesukaan korang ke, skaf apa sahaja yang boleh buatkan korang tidur dengan selesa di persekitaran yang asing boleh membantu.


Selain daripada cahaya, bunyi jugak kadang-kadang menggangu tidur kita. Jadi, bawaklah mask mata dengan earplugs. Mana tahu dapat membantu.

Post a Comment

0 Comments