Advertisement

Rancang Iteneri Percutian Dengan Mudah - Guna Apps Je


Satu benda pasal travel ni ialah pengalaman yang kita bakal dapat. Yes, tanya mana-mana kaki travel, yang penting ialah pengalaman. 

Tak ada certain cara yang betul atau salah dalam travel ni... Sebabnya semua bergantung kepada kita sendiri. Cuma nanti mungkin kawan kita yang dah biasa pegi dapat harga murah, kita kena mahal sebab dia tahu mana nak cari barang or dapatkan servis yang murah. 

Satu je nak cakap, jangan compare dengan cara orang lain travel. 
Dia cara dia, kita cara kita. 

Kalau aku sendiri, aku jenis suka explore. Dan pada aku, satu kerugian besar kalau kita sampai negara orang, end-up kita spend banyak masa dalam bilik hotel. 

Satu - aku prefer airbnb daripada hotel. Sebabnya, bila deal dengan airbnb, kita deal straight dengan owner rumah. Masa nak deal tu, kita boleh tanya macam-macam soalan kat dia. Silap-silap boleh dapat diskaun. 

Ok, balik pada topik. Macam mana nak rancang percutian dengan senang?
Guna je online website yang ada free planner. 
Macam contoh, aku nak ke Bali dulu, aku plan guna inspirock. Inspirock ni pada aku sangat senang. 


Masukkan lokasi or tempat yang kita nak pegi, masukkan tarikh dan kita just tanda jenis aktiviti macam mana kita nak. Nak popular, hidden gem atau balanced. Nanti diorang akan buatkan. Tapi, aku haritu create sendiri. 

Ini dia contohnya :



Yang best nya dekat Inspirock ni, dia ada detail pasal tempat kita nak pegi, and most aktiviti kat tempat tu dia ada. Bila kita susun sendiri dalam jadual, dia siap boleh suggest berapa lama kita nak spend kat situ dan tempoh perjalanan pun dia kirakan sekali. 

Macam aku, aku susun je dulu, sebab tu keluar merah tu. Merah tu tandanya ada problem atau masa tak mencukupi dan sebagainya. 

Aku pernah cakap sebelum ni, plan tu boleh tapi jangan ikut sangat. Kita kena kira segala apa kemungkinan yang berlaku. Macam haritu, aku pegi, sampai dah lambat sebab hujan. So segala planning aku first day tu aku terpaksa postponed. 

Sebelum Hujan, sempat naik motor ke Pura Gunung Kawi ni...


So, aku banyak habiskan masa dekat pekan Ubud je. Keesokan harinya baru aku pegi balik and susun balik jadual aku. 

Oh, satu penyesalan aku ialah masuk Zoo Bali! Nasihat aku, tak payah. Membazir je duit korang. Sebab honestly speaking, Zoo Melaka or Zoo Negara lagi best. Sebabkan pengalaman aku yang tak best kat Zoo, aku decide taknak pegi tempat-tempat macam tu. 

Itu sahaja kali ni pasal nak plan travel korang. Oh, untuk free planner tu, korang boleh send dekat email korang jugak. Senang korang nak refer. 

So, kalau korang nak dapatkan deal hotel murah kat Bali, boleh klik link bawah ni....
Tips : Kalau nak travel mana-mana, korang belilah simcard atau sewa je wifi untuk kemudahan kat sana. Walaupun kadang-kadang hotel atau airbnb ada sediakan, tapi biasanya diorang tak bagi kita bawak keluar. So nak amik grab ke, google map ke susah. 


Post a Comment

0 Comments