• Latest

    Solo Travel : Perkara - Perkara Yang Tak Best Pasal Travel Seorang



    Setiap orang, ada gaya travel dia tersendiri. Ada yang suka pergi secara berkumpulan, ada yang suka pergi sorang-sorang. Dua-dua ni ada kebaikan dan kekurangan dia tersendiri. Terpulang pada korang, ikutlah yang mana selesa okay? Kalau aku, aku okay je dua-dua, cuma aku prefer solo. 

    Selain tak memeningkan, travel secara seorang ni bukan nak kata korang tu ‘forever-alone tapi lebih kepada korang nak masa untuk diri sendiri. Sedikit sebanyak, kalau aku, aku gunakan waktu travel ni, sebagai 'me-time' aku. Away from semua. 



    Nak book tiket, senang. Terasa nak pegi, tarikh ngam. Book tiket, apply cuti, sampai waktu dan tarikh nak travel, terus gerak. Kan senang. Kalau ramai-ramai ni; biasalah. Bukan semua orang free pada waktu yang sama. Kena tunggu yang sana, tunggu yang sini, masuk yang cancel last minute, senang cerita, kalau solo travel ni kuranglah ragamnya.

    Sebelum korang teruskan pembacaan; nak cakap je ini pendapat aku secara personal, tak bermaksud semua orang alami dan setuju dengan benda ni okay?

    Ini benda-benda yang tak selalu dikongsikan oleh solo traveller. Senang cerita, perkara yang tak best masa solo travel.

    #1. Berdua Lebih Baik


    Kalau betul nak gerak ‘solo’ sebaiknya pergi berdua. Sebabnya, kalau seorang, susah korang nak dapatkan gambar yang cantik – kalau korang jenis nak gambar cantik dekat Instagram lah. Nak harapkan orang dekat sana nak tangkapkan, korang doa-doalah orang yang korang jumpa tu pandai ambilkan gambar.

    Ini hasil kalau gambar orang amikkan. 


    Kalau kawan korang, korang boleh la bagitahu nak angle macam mana, nak shot macam mana dan sebagainya. Macam aku, kalau korang tengok feed insta, gambar banyak daripada Faizal Fredley, dan dia jugak sama. Banyak gambar dari aku, ini misalnya

    Cara ke dua, bawak lah tripod. Tapi dari pengalaman aku sendiri; gambar tak secantik dengan orang tangkapkan dan katalah korang nak mandi air terjun ke, mandi laut ke, tak ada orang nak tengokkan barang-barang peribadi korang.

    Ataupun, macam solo trip aku ke Bali - aku selfie 



    #2. Kesihatan

    Kadangkala, kita boleh jatuh sakit sewaktu travel; tapi mintak dijauhkan lah. Walaupun kita bawak segala kelengkapan ubat, tapi cuba bayangkan kalau korang memang teruk dan tak larat sangat-sangat.

    Kalau ada kawan sekali, sekurang-kurangnya ada yang belikan ubat, sapukan ubat, belikan makanan dan sebagainya.

    Dan kalau korang travel ke luar, dapatkanlah travel insurans. Cara nak dapatkan travel insurans pun senang je.

    #3. Terlalu ‘friendly’

    Salah satu perkara yang best sewaktu solo travel adalah orang tempatan akan lebih mesra dengan korang kalau dia tahu korang berseorangan. TAPI; menurut cerita-cerita yang tak best, promoter, supir dan sebainya yang berkaitan akan mula ‘menggatal’ lagi-lagi kalau korang tu jantinanya berlainan dari diorang.
    Selalunya berlaku dekat solo traveller perempuan-lah.


    #4. Beg Berat – Lebih Muatan

    Biasanya, bila travel solo ni korang akan fikirkan ‘worst-case scenario’. Jadi, korang akan bawak segala benda yang korang rasa penting. Macam contoh, kalau travel ramai-ramai korang boleh bahagikan, siapa nak bawak travel iron, siapa nak bawak makanan extra dan sebagainya. 


    Tapi kalau korang solo, semuanya korang kena bawak sendiri-lah.
    Kena pulak, flight korang delay atau ada transit di airport. Bila ramai-ramai, korang boleh bersembang dan ‘lupakan’ pasal beg yang berat tu. Bilas orang-sorang ni, korang faham-fahamlah.

    Tips dekat sini – travel light je.

    #5. Kecewa



    Bila sampai di satu destinasi, kadang-kala korang kan terasa kecewa dengan pilihan yang korang buat untuk travel solo. 

    Contohnya, korang pergi sana dengan harapan yang tinggi, tiba-tiba tempat tu, tak macam apa yang korang bayangkan.

    Sekurang-kurang kalau tempat itu membosankan, korang ada teman untuk berborak.

    1 comment

    Siti Yang Menaip said...

    it depends kat seseorang tu berdasarkan pendapat masing2. tringin nk travel solo tapi sendiri tahu spesis yang penakut jadi eloklah berteman. acah acah berani je tapi xlehla.. nak kena ada orang jugak ekot sekali. huhuhu..

    Post Top Ad