Aku tergerak nak tulis berkaitan tonsil ni sebab aku sendiri selalu alaminya, tanda-tanda nak kena bengkak tonsil ni senang je, kalau aku tidur dalam aircond. Esok pagi confirm naik bengkaknya...
Sebenarnya, apa yang berkalu adalah ; ia berfungsi untuk menapis virus dan bakteria daripada masuk ke saluran pernafasan kita, sekaligus menjadikannya salah satu daripada sistem pertahanan badan.
So, kadang - kadang, tonsil gagal melaksanakan fungsinya apabila tak lagi mampu untuk tahan serangan virus dan bakteria. Akibatnya, tonsil mengalami radang atau inflamasi dan membengkak. Keadaan ini dipanggil sebagai tonsilitis.
Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles juga boleh menyebabkan tonsil membengkak.
Tonsil yang bengkak boleh menyebabkan rasa sakit dan perit di bahagian tekak, sukar untuk menelan makanan ataupun air liur dan sekaligus membantutkan selera makan. Ini, kalau siapa yang selalu kena, dia tahu lah macam mana siksanya nak makan atau minum, perit oi!
Tapi, biasanya kalau dah ada tanda-tanda tonsil nak bengkak, aku selalu makan ice cream untuk elak dia jadi teruk. Penjelasan melalui kaedah saintifik dia aku tak tahu, cuma dari segi pengalaman aku, kalau makan ice cream, tonsil bengkak boleh surut.
Sebelum radang tonsil ini menjadi lebih teruk dan membengkak lebih besar, aku ada nak kongsi 4 cara mudah untuk kecutkan bengkak tonsil yang anda boleh buat sendiri di rumah.
4 Cara Mudah Kecutkan Bengkak Tonsil
1. Banyakkan minum air masak dan air suam
Cara ini yang paling mudah dan yang paling senang. Banyakkan minum air masak suam. Elakkan minum air sejuk berais. Minum sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
2. Pilih Makanan Yang Lembut dan Berkhasiat
Sepanjang tonsil membengkak, tekak akan sakit dan sukar untuk menelan. Seeloknya, pilih makanan yang lembut seperti bubur nasi atau nasi bersama sup ayam.
Elakkan makanan yang pedas-pedas dan berempah. Jus buah-buahan juga sangat digalakkan minum. Pastikan jus buah yang dikisar sendiri bukan yang dalam tin atau botol.
3. Elakkan Makanan Manis dan Bergula
Sepanjang aku mengalami bengkak tonsil bulan lepas, salah satu cara yang aku buat, elakkan daripada memakan makanan yang manis dan bergula seperti contoh air manis, kek, kuih muih manis dan pencuci mulut yang mengandungi gula.
Gula putih salah satu makanan yang boleh melemahkan sistem imun badan kita. Jadi, seeloknya pantang sementara dan elakkan mengambil makanan bergula sehingga betul-betul sembuh.
Tonsil membengkak salah satunya disebabkan sistem pertahanan (sistem imun) kita lemah.
4. Tingkatkan Sistem Imun Badan
Sekiranya tonsil anda berulang kali membengkak dan dijangkiti kuman, itu tandanya sistem pertahanan badan anda lemah.
Cara yang terbaik untuk mengelakkan bengkak tonsil berulang, adalah dengan cara meningkatkan sistem imun badan melalui pengambilan makanan terutamanya badam (almond).
10 Comments
bagus tips ni , memang ramai cari tips untuk redakan bengkak Tonsil
ReplyDeletesaya selalu kena tonsil....takot la...bulan ni kerap jd....xlarat nk on antibiotik..
ReplyDeleteKalau teruk sangat, Doctor nasihatkan check... Sesetengah kes, kena operate...
DeleteTongsil saya bengkak..takut laa nk 0g doc dalam keadaan skrg ni #covid19...saya rasa nk telan air liur mcm 0erit n mcm.ada owndir..nak keluarkan susah..saya pulak takut makan ubat..mcm mana yerr
ReplyDeleteDia bergantung pada tindak balas badan, macam saya... kalau teruk sangat, kena check jugak doctor. Tapi kalau sikit sikit tu, saya makan ice cream atau cake. Tapi, ice cream ni bukan rawatan ye... =D
DeleteKena check doc jugak tu, risau melarat. Sesetengah kes, macam adik saya, tonsil kena operate dah... Sebab terlalu kerap...
Kalau tonsil tak sakit sudah boleh makan apa2 kah?
DeleteKalau tonsil dah tak rasa sakit bila menelan boleh makan apa2 kah
Deletetonsil saya bengkak jugak tapi x sakit bila telan cuma kadang kadang sesak nafas
ReplyDeleteSama macam saya...
DeleteTak tahu dalam mulut ni tonsil ke apa. tapi bengkak sikit la, tapi bila search kat google, x sama pon saiz tonsil saya dengan kt google. selalu sgt sesak nafas malam-malam sebab susah nak menelan.
ReplyDeletesaya ingatkan ni effect anxiety saya. takut nya nak jumpa doktor.
Leave a comment...