Visondata

Visondata pocket WiFi

Kadang kala, kita terasa ‘awesome’ sangat bila nampak mat salleh pikul beg besar gabak pusing-pusing bandar. Satu persoalan aku bila nampak, “tak berat ke?”.



Sebab bila aku kemas barang aku, confirm berat. Jangan cakap nak pikul pusing bandar, jalan dalam KLIA nak ke pintu untuk boarding pun rasa nak patah pinggang.

Baru-baru ni, sempat aku jumpa sorang mamat backpackers dekat KL. Dia dah ada dekat Asia 6 bulan, merata dia pegi dengan seketul beg je. Thailand, Philipins, Vietnam, dia singgah KL sebelum nak ke Singapore.

Sambil-sambil tu, sempat jugak borak. Apa rahsia dia taknak beg berat… Dia kata, ada 6 teknik asas yang kena ada dalam ‘ilmu packing barang’. Sambil dia cerita tu, aku pun bayangkan ajelah.
Lebih kurang macam ni kata dia;

#1. Letak Barang Dalam Permukaan Luas



Kalau korang tengok cerita Netflix yang Marie Kondo tu, permulaan step dia nak kemas bilik pun sama. Lambakkan barangan yang ada dekat satu tempat. Dari sini, korang filterkan apa yang ada, apa yang tak ada.

#2. Bawa barang yang betul-betul korang perlu




Jujur cakap lah, baik lelaki atau perempuan yang ‘kaki travel’ ni, bawak macam-macam last sekali pakai dua helai baju je. Paling tidak, dalam beg yang berat tu, barangan yang diperlukan hanya 40% je. Lain?
Tips untuk korang adalah, bawa barang yang tak melambatkan, bawa barang ringan.

#3.Barang Penting, Masuk Last




Dari segi susunan barang ni, macam biasa. Yang berat, bahagian bawah beg atau bahagian tengah, yang ringan dekat atas sekali. Barangan penting, kalau boleh paling atas. Misal contoh, dokumen, wallet, charger phone, headset dan sebagainya.
Sebaiknya, letak dalam satu beg asing yang senang korang amik nanti.

#4. Tahu, Ingat Lokasi Setiap Barang




Ini sama macam tips nombor 3, cumanya ia lebih kepada ‘apa yang ada dalam beg, dan dekat mana’. Korang kena kenal pasti, sebab kalau apa-apa jadi tengah jalan, korang tahu nak geledah beg tu macam mana.


Tips untuk begpack : benda paling berat contoh laptop, camera, letak di tengah beg supaya mengimbangkan badan korang. Kalau luggage pulak, bahagikan kepada 3 : sederhana berat (bawah beg) berat – lapisan tengah dan ringan – atas sekali.

#5. Lipat, Gulung, Ikat




Cuba korang buat perbandingan. Amik 10 helai baju, gulung 10 helai baju lipat. Masukkan dalam beg, yang mana lebih banyak makan ruang? Teknik gulung dan ikat ni memang dipakai oleh ramai dan majority backpacker dekat luar sana. Sebab ia meminimumkan penggunaan ruang.

#6. Beg Dalam Beg




Ini aku memang buat. Ada beberapa beg kecik dalam backpack aku kalau aku travel. Sebabnya, aku selalau bawak camera, laptop, buku. Jadi satu beg aku letak barangan elektronik macam charger, powerbank, cable, adapter, pocket wifi dan sebagainya.



Beg kedua, toiletries macam minyak wangi, berus gigi, ubat gigi, pencuci muka dan macam-macam lah.

Lagi satu tips, nak senang letak dalam beg lutsinar. Ataupun ziplock yang korang boleh beli dekat daiso. Ada macam-macam size. Ini fungsi dia dua dalam satu. Untuk simpan barang, dan elakkan beg korang sememeh misal kata syampoo kea pa ke tertumpah. Hehe…

Oh ye, satu lagi benda yang aku selalu bawak masa travel adalah ubat! Memang kadang-kadang orang cakap tak payah, beli je dekat 7 Eleven, tapi kalau korang missal kata tempat tu takde 7 E, farmasi jauh macam mana? Hehe.

Aku nak rekemen sikit, korang pegi dekat Instagram, cari Travellers Rescuekit.



Kecik je kotaknya, boleh masuk dalam compartment backpack. Dalam dia ada 6 jenis ubat untuk rawatan asas masa travel. Kalau teruk, jumpalah doctor.




Tapi dalam ni, dia ada bagi ubat sakit kepala, ubat elergik, ubat cir-bir, mual + muntah (ini akalau sea sick elok ni), sakit perut dan kalau korang dehydrate. Ada garam ORS.


Sebelum travel, korang boleh dapatkan dekat Travellers.Rescuekit okay? 

Post a Comment

Leave a comment...

Previous Post Next Post