Advertisement

5 Negara Paling Bahaya Untuk Travel Dengan Penerbangan


 Tanyalah mana – mana individu yang suka travel, pastinya ramai yang akan memilih untuk menaiki pesawat dan pasti ramai akan bagi alasan, ianya paling selamat berbanding pengangkutan lain. Selain yang tercepat lah.


Walaubagaimanapun, ada beberapa insiden yang berlaku dan ini sedikit sebanyak menjejaskan serta menurunkan keyakinan dalam industriy penerbangan selepas berlakunya kemalangan besar. 

Menurut statistik Rangkaian Keselamatan Penerbangan, pada 2018, seramai 556 orang maut dalam nahas udara manakala sejumlah 1.35 juta orang maut setiap tahun dalam kemalangan jalan raya.
Korang tahu tak bahawa tahun 2000 dan seterusnya merupakan dekad paling berbahaya untuk perjalanan udara?



Satu kaji selidik mengenai laluan paling berisiko di seluruh dunia oleh syarikat luar negara, 1st Move International mendedahkan beberapa data berkaitan jumlah mangsa terkorban dalam nahas kereta api, pesawat dan kenderaan darat yang harus diketahui oleh pelancong.

Jumlah kematian dalam nahas pesawat meningkat dengan ketara pada tahun lepas, tetapi tidak ada sebab untuk mereka yang kerap travel untuk panik.

Kalau nak diikutkan, 15 kemalangan pesawat maut menunjukkan angka yang lebih tinggi berbanding purata kemalangan dalam tempoh lima tahun, tetapi ia sebenarnya masih menjadi tahun ketiga paling selamat untuk penerbangan komersial, menurut Rangkaian Keselamatan Penerbangan.



Anggaran trafik udara seluruh dunia adalah dibawah 38 juta penerbangan, dan kadar kemalangan nisbahnya ialah 1 bagi setiap 2.5 juta penerbangan.

Berikut 5 negara yang masuk dalam senarai paling bahaya untuk travel menggunakan pesawat di dunia berdasarkan kecelakaan paling buruk sejak 1968:

1. Amerika Syarikat (10 nahas dan 4,200 maut)
2. Sepanyol (tujuh nahas dan 1,367 maut)
3. Jepun (tiga nahas dan 946 maut)
4. Indonesia (lima nahas dan 873 maut)
5. Nigeria (lima nahas dan 787 maut).

- SCMP

Post a Comment

0 Comments