Advertisement

Menginap Di Airbnb atau Hotel Lebih Baik ? Ini Jawapan Terbaik Untuk Anda

Sebelum mendapatkan jawapan, pastinya ada beberapa soalan yang perlu ditanyakan pada diri sendiri. 


Airbnb ni kisahnya bermula pada 2007 dan konsep dan idea asalnya adalah untuk menawarkan tetamu tempat bermalam dan juga sarapan pagi keesokan harinya. Sehingga hari ini, Airbnb merupakan platform pilihan ramai dan menawarkan lebih dari 7 juta penginapan, serta ratusan ribu aktiviti yang ditawarkan atau dianjurkan oleh komuniti setempat. 

Airbnb Di Malaysia

Aku tidak dapat mencari info tepat tahun berapa Airbnb mula bertapak di Malaysia, cuma apa yang aku boleh katakan adalah aku sendiri menggunakan Airbnb ini sebagai salah satu pilihan penginapan selain hotel dan sebagainya. 


Jadi, aku faham dilema yang dihadapi ketika nak travel ini iaitu memilih yang terbaik diantara Airbnb atau hotel. 

Sebelum menentukan pilihan terbaik antara hotel dan Airbnb, pastikan tanya atau jawab soalan - soalan ini : 

#1. Berapa Banyak Ruang / Bilik Yang Diperlukan.

Faktor utama yang perlu dititikberatkan adalah bilangan orang yang travel atau akan tinggal di bilik berkenaan. Jika anda travel dengan anak - anak, pastinya anda memerlukan lebih dari satu bilik. 

Jika travel berkumpulan pula, pastinya anda mahukan ruang tamu atau 'common area' yang membolehkan anda berkumpul, bersembang dan sebagainya kan? 

Kalau jawapan anda adalah perlukan bilik yang banyak, carilah Airbnb yang menawarkan keseluruhan rumah ( ada juga pilihan untuk sewaan bilik di dalam sebuah rumah) jadi, jangan tersalah pilih. 


#2. Nak Berjumpa / Berinteraksi Dengan Orang Lain.

Jika anda sejenis yang mahu berinteraksi atau bersosial dengan orang lain, pastinya hotel adalah pilihan yang lebih baik dimana terdapat banyak peluang untuk berinteraksi sebagai contoh di cafe, gym, lobi hotel dan sebagainya. 



Ada juga sesetengah Airbnb (yang jenis tawarkan bilik sahaja) ada peluang ini, namun kebiasaannya interaksi di Airbnb adalah sangat terhad dimana anda hanya akan berjumpa tuan empunya rumah ketika ambil kunci atau hanya perbualan melalui aplikasi dan kunci akan diletakkan di dalam post-box atau menggunakan self check-in. 


#3. Mahukan Pengalaman Sebagai Seorang 'Local'. 

Untuk point ketiga ini, terpulang pada citarasa dan gaya travel masing - masing. Tetapi, pastinya kehidupan atau mempelajari rutin harian warga tempatan adalah salah satu dari pengalaman yang menarik, lebih - lebih lagi jika anda berada di sebuah bandar atau kota yang sangat asing dengan anda. 



Aku ada pengalaman ini ketika solo trip ke Bali, dan ianya sangat - sangat berbaloi dan membuka minda aku sedikit sebanyak. Dari sini jugak kadang - kadang aku dapat tahu tempat yang warga tempatan je tahu. Hehehe. Bak kata orang, travel like local gitu. 

Itu kelebihan kalau tinggal di Airbnb. Ada kalanya, owner akan bawa tempat makanan sedap, bagi pinjam motorsikal secara percuma dan lain - lain. 

Kalau hotel, ada juga yang tawarkan perkhidmatan yang sama, tapi biasanya semuanya akan dicas. Jangan terkejut kalau tiba - tiba bil akhir masa check-out banyak. 


#4. Perkhidmatan Yang Anda Mahukan. 

Jujur cakap, jika anda mahukan perkhidmatan, servis atau layanan yang best, pastinya di hotel (walaupun bukan semua bagus). Tapi, biasanya hotel akan menyediakan perkhidmatan valet, sarapan, room service, bantuan 24 jam dan lain - lain lagi. 



Sekiranya anda perlukan perkara - perkara ini, jawapannya mudah, tinggal sahaja di hotel. 

Tips : Semak details yang ada di senarai Airbnb atau laman web hotel untuk jenis perkhidmatan yang ditawarkan. 

#5. Pilihan Lebih Murah Di Destinasi Anda

Sekiranya anda tidak mahu mengeluarkan bajet yang besar, bandingkan harga melalui laman web seperti Agoda dan sebagainya untuk mengetahui pilihan yang lebih menjimatkan di destinasi tujuan anda. 



Ada kalanya, airbnb lebih murah dan ada kalanya anda boleh mendapatkan harga yang sama tetapi dihotel yang bertaraf 4 atau 5 bintang di sesetengah destinasi. 

Tapi, dari segi pengalaman ke bandar-bandar popular, hotel selalunya menawarkan harga lagi best dari Airbnb. 

#6. Tempahan Yang Terjamin

Ada beberapa kes berlaku dimana pemilik Airbnb telah membatalkan tempahan tetamu pada saat akhir, apabila ini berlaku, pastinya ia akan memeningkan kepala kerana biasanya tempahan hotel atau penginapan pada saat akhir akan lebih mahal dari biasa, itupun kalau masih ada bilik kosong, jika tidak... tiadalah penginapan anda. 

Lain pula kisahnya dengan hotel, pihak hotel biasanya mempunyai polisi yang ketat dalam membatalkan tempahan tetamu kecuali atas faktor - faktor yang tak dapat dielakkan. TETAPI, ada juga kes berlaku yang mana tempahan dibuat melalui laman web pihak ketiga yang tidak ada dalam sistem pihak hotel. 

Biasanya, anda disarankan untuk menghubungi hotel sebaik sahaja membuat tempahan untuk mengesahkan adakah tempahan anda berjaya dibuat dan sebagainya. 

Jadi, dalam kes ' mana lebih baik antara Airbnb vs Hotel' ini bergantung pada jawapan anda kepada soalan - soalan diatas. Kalau tanya aku, sekiranya mahukan perkhidmatan, layanan dan sebagainya, pilih hotel. Sekiranya anda tidak kisah akan semua itu, dan hanya pentingkan ada tempat untuk bermalam tetapi selesa, airbnb ada. 

Aku selalu guna Airbnb atau hostel sebab aku akan habiskan masa yang banyak diluar hotel. Bangun awal pagi, explore kawasan setempat untuk cari port sarapan best kendian keluar terus, balik dah malam. Jadi, aku tak kisah sangat pasal servis yang ditawarkan. Cukup sekadar aku tahu, hari itu aku ada tempat bermalam yang selesa untuk aku re-charge semula untuk hari esok. 


Post a Comment

0 Comments