Melangkah masuk ke 2025, aku rasakan ianya waktu sesuai untuk aku melangkah satu anak tangga lagi dan mengembangkan sayap 'Aryl Je' - branding yang pada awalnya aku letakkan untuk perkenalkan diri aku sebagai travel & lifestyle blogger.
Kalau nak diikutkan, memang sejak dari awal aku suka menulis dan ianya bermula dengan perkongsian penulisan panjang di MySpace (kalau tak salah) dan aku berjumpa dengan platform ini dan kenal dengan ramai kawan-kawan blogger ketika itu. Bermula dari situ, aku jadi lebih bersemangat, semakin rajin update blog dan mula berkongsi pengalaman, review kedai makan sehinggalah jumpa niche baru iaitu Travel.
Pendekkan cerita, apa yang bermula sebagai 'diari' akhirnya berkembang menjadi sesuatu yang lebih besar - untuk memberi inspirasi dan maklumat.
Pun begitu, aku terdetik satu perkara : menulis sahaja tak mencukupi aku perlu lebih rajin, dan fahami bagaimana dunia digital ni berfungsi. Itulah bila aku cari tahu pasal SEO (Search Engine Optimization) dan content strategy.
Titik Perubahan
Secara jujurnya, aku tak cukup masa nak update kesemuanya (blog, youtube, instagram dan TikTok) jadi aku punya azam tahun ni, jadi lebih rajin. Cuba lebih berdisiplin untuk kongsikan segala apa yang aku tahu untuk manfaat bersama.
Ye, untuk blog, website dan sebagainya untuk berkembang dan lebih dikenali, ianya memerlukan SEO - yang nampak rumit dengan kata kunci, algoritma, faktor ranking dan lain-lain. Secara tak langsung, dengan strategi yang betul setiap penulisan mampu sampai kepada lebih ramai membaca.
Travel & Lifestyle Blogger | Writer turned Digital Marketer
Ye. Aku masih posisikan diri aku sebagai travel & lifestyle blogger, tetapi dalam masa yang sama aku nak kongsikan juga pengalaman perjalanan karier aku dengan harapan boleh membantu mereka di luar sana yang nak bina kandungan berkualiti dengan strategi SEO dan pemasaran digital atau digital marketing.
Jadi sama ada anda adalah blogger, pemilik perniagaan, atau usahawan, Aryl Je boleh bantu korang untuk hasilkan kandungan yang bukan sahaja menarik tetapi sampai kepada target audiens atau pelanggan yang betul.
Apa Yang Boleh Dijangkakan Dari 'Aryl Je' Selepas Ini?
Bermula hari ini, blog ini masih akan kongsikan tips travel dan gaya hidup tetap akan dikembangkan lagi dengan perkongsian tentang :
✅ Tip SEO untuk blogger & perniagaan
✅ Strategi pemasaran kandungan yang berkesan
✅ Cara menulis untuk pembaca & search engine
✅ Strategi pemasaran kandungan yang berkesan
✅ Cara menulis untuk pembaca & search engine
Selain itu, dari semasa ke semasa akhirnya kandungan penulisan akan dalam Bahasa Inggeris supaya lebih variasi dan mampu capai ke audiens yang lebih luas.
📩 Ada soalan? Perlu bantuan dengan strategi kandungan, SEO dan sebagainya, DM saya di Instagram - @aryl_je.
📩 Ada soalan? Perlu bantuan dengan strategi kandungan, SEO dan sebagainya, DM saya di Instagram - @aryl_je.
0 Comments