Di tengah-tengah kehangatan perbincangan tentang AI dan masa depan carian, ramai pakar digital mula melupakan perkara paling asas. Hakikatnya, sebelum kita mampu menguasai Generative Engine Optimization (GEO), kita wajib khatam apa yang Google sendiri tetapkan sebagai standard.
Kalau anda perasan, Google ada sediakan SEO Starter Guide mereka. Walaupun nampak ringkas, ia mengandungi falsafah penting tentang bagaimana sebuah naratif digital harus dibina.
1. SEO Bukan Tentang "Menipu" Enjin Carian
Ramai menyangka SEO adalah teknik backdoor untuk masuk ke halaman pertama. Namun, jika kau teliti panduan Google, fokus utama mereka adalah Pengguna.
Google menekankan tentang Googlebot yang cuba memahami kandungan seperti mana manusia memahaminya. Jika kau tak mampu jelaskan kepada Google siapa kau dan apa servis kau (melalui metadata dan structured data), macam mana kau nak yakinkan klien?
2. Kepentingan Hierarki Naratif
Dalam SEO Starter Guide, penggunaan tajuk (H1, H2, H3) dan struktur URL bukan sekadar teknikal. Ia adalah tentang hierarki maklumat.
Adakah penceritaan kau tersusun?
Adakah pembaca (dan bot) faham apa poin utama kau?
Ini adalah asas kepada Architecting Narrative Dominance. Kau tak boleh bina dominasi jika struktur asas kau bersepah.
3. Kandungan Unik vs Kandungan "Generic"
Google secara jelas menyatakan: "Create fresh, unique content." Dalam era di mana semua orang boleh copy-paste jawapan AI, keaslian (originality) adalah mata wang baru. Google mahukan perspektif manusia. Inilah jurang yang perlu diisi oleh penulis strategik yang memberikan analisis yang tidak mampu dibuat oleh bot.
4. Jangan Abaikan "Technical Hygiene"
Panduan Google mengingatkan kita tentang perkara "leceh" tapi kritikal:
Adakah laman web kau mesra peranti mudah alih?
Adakah navigasi kau masuk akal?
Adakah gambar kau dioptimumkan (Alt-text)?
Kau boleh ada naratif paling hebat di dunia, tapi kalau laman web kau lembap dan susah nak akses, naratif tu akan mati sebelum sempat dibaca.
Kenapa Saya Rujuk Balik Panduan Asas Ini?
Sebagai seorang Public Affairs Journalist dan penganalisis, saya melihat SEO bukan sekadar trafik. Ia adalah tentang Autoriti.
Laman web seperti

