Hire marketer sendiri kalau bisnes kau perlukan content setiap hari dan ada orang untuk urus dia. Guna orang luar kalau kau perlukan strategi atau kemahiran khusus macam SEO. Kebanyakan bisnes kecil sebenarnya perlukan gabungan dua-dua.
Aku tak tulis ni dari luar pagar. Siang hari, aku marketer in-house di sebuah rangkaian klinik. Malam, aku buat kerja strategi untuk client sebagai orang luar.
Jadi aku nampak dua-dua belah. Aku tahu apa yang in-house boleh buat yang agensi tak boleh. Aku juga tahu apa yang agensi nampak yang orang dalam selalu terlepas.
Soalan yang tuan klinik betul-betul tanya
Baru-baru ni aku bagi talk pasal marketing kepada sekumpulan pemilik klinik. Aku expect soalan pasal strategi canggih atau growth hacking.
Rupanya semua tanya benda asas:
- "Berapa bajet patut hire marketer?"
- "Bila patut mula guna CRM?"
- "Berapa kos marketing yang betul-betul normal?"
Soalan pertama tu yang paling kerap aku dengar, dari klinik sampai kedai runcit. Dan jawapan dia bermula dengan satu kiraan yang kebanyakan pemilik bisnes tak pernah buat.
Kos sebenar hire marketer sendiri
Gaji RM3,800 sebulan sebenarnya kos kau sekitar RM4,370 sebulan, atau ±RM52,000 setahun, sebelum tools dan masa kau sendiri.
Mengikut Jobstreet, purata gaji Digital Marketing Executive di Malaysia antara RM3,400 dan RM4,300 sebulan. Aku ambil nilai tengah, RM3,800.
Tu belum masuk:
- Laptop, telefon dan langganan tools (Canva, scheduler, stok gambar)
- Masa kau sendiri untuk brief, semak dan urus dia setiap minggu
- Kos cari pengganti kalau dia berhenti selepas setahun, termasuk masa training semula
Kalau kau nak marketer yang lebih senior, Digital Marketing Manager biasanya bergaji RM6,250 hingga RM8,750 sebulan (Monash University Malaysia). Pada gaji paling rendah dalam julat tu pun, kos sebenar dia hampir RM85,000 setahun.
Masalah sebenar: satu jawatan, lima kerja
Kebanyakan bisnes kecil bayar gaji executive tapi harapkan hasil seorang pengurus, pereka, copywriter, pakar ads dan pakar SEO sekaligus.
Cuba baca iklan jawatan "Marketing Executive" untuk SME. Selalunya senarai tugas dia macam ni:
- Rancang strategi marketing tahunan
- Buat content harian untuk semua platform
- Design poster dan video
- Urus Facebook dan Google Ads
- Jaga SEO website
Itu lima kemahiran berbeza. Orang yang betul-betul mahir dalam kelima-limanya tak akan ambil gaji RM3,800.
Jadi apa yang berlaku? Kau dapat seseorang yang ok dalam dua benda, lemah dalam tiga lagi. Bukan salah dia. Salah skop jawatan tu.
Dari pengalaman aku sebagai in-house, bahagian yang paling selalu terkorban ialah strategi. Kerja harian sentiasa lebih mendesak. Poster esok kena siap, promo minggu depan kena naik. Strategi jangka panjang tak pernah dapat giliran.
Bila hire sendiri, bila guna orang luar
Hire sendiri menang bila kerja tu harian dan perlukan pengetahuan dalaman. Orang luar menang bila kerja tu perlukan kepakaran khusus atau pandangan dari luar.
Satu kejujuran dari aku: kalau bisnes kau perlukan content setiap hari dan kau ada masa untuk bimbing seseorang, hire sendiri memang pilihan yang lebih baik. Aku sendiri kerja in-house sebab tu.
Pilihan ketiga: gabungan dua-dua
Untuk kebanyakan bisnes kecil, susunan paling berkesan ialah executive junior dalam syarikat untuk kerja harian, dan strategist luar untuk tetapkan hala tuju.
Susunan ni selesaikan masalah unicorn tadi:
- Executive dalam syarikat buat content, urus media sosial, dan jadi mata telinga bisnes setiap hari.
- Strategist luar datang sebulan sekali atau ikut projek: tetapkan pelan, semak prestasi, dan betulkan arah.
Executive kau tak perlu jadi pakar dalam semua benda. Dia cuma perlu laksanakan pelan yang jelas. Kau pula tak perlu bayar gaji pakar sepenuh masa untuk kerja yang cuma perlu dibuat sebulan sekali.
Kos strategist luar di Malaysia berbeza-beza. Contoh antara aku dah jumpa, sekitar RM1500-RM2000 untuk sebulan dan biasanya ada minimum kontrak 3 bulan. Kalau agensi besar, sampai puluhan ribu pun ada.
Dari pengalaman aku duduk dua-dua belah, model ni juga kurangkan satu risiko besar: bila executive berhenti, strategi bisnes kau tak ikut hilang dengan dia.
4 soalan sebelum kau buat keputusan
Jawab empat soalan ni dengan jujur, dan kebanyakan pemilik bisnes akan nampak jawapannya sendiri.
- Kau dah ada strategi bertulis? Kalau belum, jangan hire executive dulu. Dia akan laksana tanpa arah, dan kau akan salahkan dia bila hasil tak datang.
- Siapa yang akan urus marketer ni? Kalau jawapannya "aku, bila ada masa", maksudnya tiada siapa.
- Berapa banyak kerja yang memang harian? Kalau kurang dari separuh, kau mungkin bayar gaji penuh untuk kerja separuh masa.
- Kau boleh tanggung ±RM52,000 setahun tanpa ganggu bajet ads? Marketer tanpa bajet untuk dijalankan tak boleh tunjuk hasil.
Soalan lazim
Berapa gaji marketer untuk bisnes kecil di Malaysia?
Digital Marketing Executive biasanya bergaji RM3,400 hingga RM4,300 sebulan. Campur caruman majikan, kos sebenar sekitar RM4,000 hingga RM5,000 sebulan.
Freelancer atau agensi, mana lebih baik?
Freelancer sesuai untuk kerja spesifik dan bajet kecil. Agensi sesuai kalau kau perlukan beberapa kemahiran sekaligus dan satu titik hubungan.
Boleh ke pemilik bisnes buat marketing sendiri dulu?
Boleh, dan untuk bisnes yang baru bermula, ini selalunya langkah pertama yang paling masuk akal. Tapi tetapkan had masa. Kalau marketing mula makan masa operasi, itu tandanya perlu bantuan.
Masih tak pasti?
Kalau kau dah jawab empat soalan tadi dan masih tak pasti bisnes kau perlukan yang mana, DM aku di Threads @aryl_je. Ceritakan bisnes kau dalam tiga ayat, dan aku bagitau pandangan jujur aku, termasuk kalau jawapannya "hire sendiri".
Sumber
- Jobstreet: Digital Marketing Executive Salary in Malaysia
- Monash University Malaysia: Digital Marketing Careers in Malaysia

.png)