Home Blog Services About Free Audit
Aryl Je · Digital Narrative Strategist

Something
brewing.

The new home for SEO, GEO, and digital authority strategy is being built. In the meantime, the blog is live and I'm taking on clients.

Building authority that AI engines cite. Malaysia.
IG TH LT

Checklist Ramadhan


Assalamualaikum,

Ramadhan nak dekat dah.
Sikit je lagi, so mesti ada yang tak sabar nak pegi cari tempat berbuka, bazaar, terawih dan lain lain.
Pasal tempat berbuka or buffet la lagi tepat, nanti saya share ;)

Tapi harini, nak share ini :


Ha, ni ada checklist untuk membantu atau memotivasikan anak-anak, adik adik or diri kita sendiri.
Terima Kasih pada yang kongsi kat Facebook,
dan saya kongsi lagi kat sini.

Save lah, Print. Mudah mudahan kita dapat manfaat and tingkatkan kualiti Ramadhan kita.
and and, lepas Ramadhan, kita boleh sambung je, tapi, edit la bulan tu..

=)

Road To Ramadhan, Bersediakah anda?

Ramadhan hampir tiba,
kita doa agar kita dapat ditemukan dengan Ramadhan tahun ni.

Kalau cerita pasal Ramadhan, perkara-perkara ni selalu terlintas kat kepala:

1. Terawikh /Terawih.

Solat sunat terawih. Solat sunat yang kita lakukan selepas waktu Isya' dan boleh dilakukan sehingga sebelum subuh.
Kalau nak ikutkan, hukumnya bukanlah wajib. Teptapi sunat yang dituntut (Muakkad).
Most of the surau and masjid sekarang buat 8 rakaat, sebelum tu akan ada tazkirah atau sebagainya.

2. Kurma

Kita semua tahu Kurma ni makanan sunnah , makan sebiji dua lepas tu kita solat maghrib dulu. Bukan apa, bila makan banyak, nanti dah malas nak solat maghrib or terleka, sampai lupa nak solat. Tahu tahu dah azan isya'.

3. Sedekah

Almaklum, bulan ramadhan bulan yang sangat dituntut kita bersedekah. Maka jangan terkejut kalau ramai yang berlumba - lumba untuk bersedekah. Banyak cara, kalau tak dengan cash, bagi makanan, minuman, baju, telekung, macam - macam lagi lah. Cuma kena ingat, nawaitu kita kena betul. Bukan untuk menunjuk.

4. Bazar Ramadhan.

Ha, ini paling selalu kita tunggu. Bazaar tahun ni ada apa yang menarik.
Mostly akan ada bepuluh gerai berniaga dekat bazaar. Again, beli ikut apa yang kita perlu, bukan ikut nafsu. Kan bulan ramadhan ni nak mengajar kita kawal nafsu. Termasuklah nafsu makan.
Bila dah puasa, semua nampak sedap. Even air paip pun manis beb. Tak caya? try lah. Tapi lepas azan maghrib la, bukan azan zuhur. hehe

5. Waktu Maghrib

Maghrib harini pukul berapa? Ini soalan paling selalu kita dengar, sebab apa? Sebab nak berbuka. Tak percaya? Even kawan yang korang tengok tak pernah solat pun terer tang waktu maghrib. Tapi jangan la judge depa pulak. Itu antara dia dengan Allah. At least dia puasa jugak. =D

Cukup lah, semoga Ramadhan kali ni lebih baik dari Ramadhan sebelumnya. In Sha Allah.