aku berkata pada engkau,
"engkau rindu kita?"
"kita yang mana?" kau tanya,
kita.
kita yang dulu main baling selipar,
kita yang dulu belajar cari buluh buat layang layang.
"apa masalah kau?"
"kau tak perasan ke?" aku kata..
kita sekarang bersukan pun dalam rumah
main bola dalam rumah
main tennis dalam rumah
dengan makhluk bernama PlayStation atau kotak X
aku rindu kita,
kita yang dulu kena berpeluh kalau nak main bola
kita yang dulu kena panas nak sihatkan badan
kita yang dulu, korek tanah sama2 nak main konda kondi
aku taknak
satu hari nanti,
anak cucu aku tanya, konda what?
masa tu,
dah terlambat, dah tak ada tanah nak korek,
boleh jumpa kat muzium je.
aku rindu kita.
kita.
ye, kita.
sepi
sepi
aku sendiri
sepi
aku menyanyi
tanpa bunyi
sepi
aku teriak
tanpa suara
sepi
aku terlolong
dririku lopong
sepi
aku bawa diri
.
.
sendiri lagi.
kosong
5 minit depan laptop,
*kosong
15 minit kemudian...
*masih kosong
selepas 1 jam:
masih kosong.
tiada idea keluar
tiada cerita diputar.
*kosong*
aku, penipu
tipu kalau aku kata aku takda hati,
tipu kalau aku kata aku takda perasaan.
heyy, its you that currently the reason for this face to have a smile.
so, for this meantime,
i will lie to myself that i dont have any feelings towards you.
im a liar,
a big fat liar.
a-ku
a-ku
menulis di ruang ini untuk diri aku. segala aku bagi, cerita aku, pendapat aku.
aku menulis sebab aku rasa aku nak tulis,
bukan untuk siapa siapa, bukan sebab siapa siapa.
a-ku
kadang kala tak pasti apa sebenarnya yang terkeluar
tapi aku pasti, ianya ikhlas.
aku tak pandai berpuisi,
sebab aku bukan sasterawan
aku tak pandai menyanyi,
sebab aku bukan artis;
a-ku,
hanya aku, yang menulis
mengemis,
mengharap ikhsan
pembaca yang sudi membaca kisah apa adanya.
a-ku,
akan terus menulis. menulis. dan menulis.
hati.
Hari berganti hari
bulan berganti bulan
tahun berganti tahun,
aku.
aku;
masih sama.
masih berdiri
masih mampu berlari
masih mampu bernyanyi.
lagu kita
yang dulu kita sama sama nyanyi.
cerita kita
yang dulu kita pelakonnya
rumah kita
yang dulu kita penghuninya.
'rehat'
rehat dengan tenang, wahai hati
engkau kini takkan tersakiti.
bulan berganti bulan
tahun berganti tahun,
aku.
aku;
masih sama.
masih berdiri
masih mampu berlari
masih mampu bernyanyi.
lagu kita
yang dulu kita sama sama nyanyi.
cerita kita
yang dulu kita pelakonnya
rumah kita
yang dulu kita penghuninya.
'rehat'
rehat dengan tenang, wahai hati
engkau kini takkan tersakiti.
d i a m
kali ini aku pilih untuk diam.
diam
diam
"ah, ini bukan aku"
"tapi siapa?"
diam.
diam.
biar aku buat keputusan,
biar dihimpit
biar diapit
aku yang terkapit
aku yang sakit.
diam.
diam.
diam.