Home Blog Services About Free Audit
Aryl Je · Digital Narrative Strategist

Something
brewing.

The new home for SEO, GEO, and digital authority strategy is being built. In the meantime, the blog is live and I'm taking on clients.

Building authority that AI engines cite. Malaysia.
IG TH LT

telunjuk

Jari telunjuk tu,
jangan hanya tunding pada aku,
(hanya aku).

Sebab realitinya,
kau pun tahu,
bila tunding satu,
lagi empat patah ke muka kau,
pada diri kau
pada cela kau
pada ego kau.

Psst;
sila simpan telunjuk kau
sebelum aku balas
dengan jari hantu aku.

yang kita sayang, yang itu akan hilang

sayang,
tanpa 'ng'
hanyalah saya.

sayang,
tanpa 'sa'
hanyalah yang.

cinta,
tanpa 'n',
hanya cita.

cinta.
tanpa 't',
hanya cina.

nampak?
sayang perlukan 'ng' atau 'sa'
cinta perlukan 'n' atau 't'.

mereka, saling melengkapi.
macam kita.

eh,
aku terlupa,
sekarang dah takda kita,
hanya aku dan engkau.

aku dengan hidup aku
engkau dengan hidup engkau.


back at one

it only took a few second,
a single button,
and...
there goes everything.

and now,
im back at one,
need to start from a blank page,
scribble
all over again.
technology sucks on me this time.
i hate this
'reset to factory, setting' button.

kita punya rasa

aku berkata pada engkau,
"engkau rindu kita?"
"kita yang mana?" kau tanya,
kita.
kita yang dulu main baling selipar,
kita yang dulu belajar cari buluh buat layang layang.

"apa masalah kau?"
"kau tak perasan ke?" aku kata..
kita sekarang bersukan pun dalam rumah
main bola dalam rumah
main tennis dalam rumah
dengan makhluk bernama PlayStation atau kotak X

aku rindu kita,
kita yang dulu kena berpeluh kalau nak main bola
kita yang dulu kena panas nak sihatkan badan
kita yang dulu, korek tanah sama2 nak main konda kondi

aku taknak
satu hari nanti,
anak cucu aku tanya, konda what?
masa tu,
dah terlambat, dah tak ada tanah nak korek,
boleh jumpa kat muzium je.

aku rindu kita.
kita.
ye, kita.



sepi

sepi
aku sendiri

sepi
aku menyanyi
tanpa bunyi

sepi
aku teriak
tanpa suara

sepi
aku terlolong
dririku lopong

sepi
aku bawa diri
.
.
sendiri lagi.

kosong


5 minit depan laptop,
*kosong

15 minit kemudian...
*masih kosong

selepas 1 jam:
masih kosong.

tiada idea keluar
tiada cerita diputar.

*kosong*

aku, penipu


tipu kalau aku kata aku takda hati,
tipu kalau aku kata aku takda perasaan.

heyy, its you that currently the reason for this face to have a smile.

so, for this meantime,
i will lie to myself that i dont have any feelings towards you.
im a liar,
a big fat liar.