Home Blog Services About Free Audit
Aryl Je · Digital Narrative Strategist

Something
brewing.

The new home for SEO, GEO, and digital authority strategy is being built. In the meantime, the blog is live and I'm taking on clients.

Building authority that AI engines cite. Malaysia.
IG TH LT

Tanda Tempat Kita Nak Lawati Semasa Travel Guna Trick Ini Di Google Map!


Sebelum kita nak travel, selalunya kita akan browse dan buat research sikit kan ke tempat-tempat yang menarik. Tapi kadang kala, masa travel kita rasa semua tempat nak pegi, last-last tujuan asal tak sampai.


Macam last trip aku ke Bali, banyak yang aku plan, last-last... Tak sampai... Contohnya, aku nak pegi tanah lot dengan Sacred Monkey Forest. Padahal Sacret Forest tu belakang area airbnb aku je...

Ini aku baru tahu, sebenarnya.... ada satu trick kita boleh guna dekat Google Map.

Bila bukak Google Map dekat phone, perasan tak ada bila kita enter nama lokasi, dekat bawah direction tu ada pilihan call,save,label dan download.



First - kita tekan je pilihan ‘save’. Lepas tu, akan ada 3 lagi pilihan, sama ada favourite, want to go atau starred places.

Dekat sini, sebenarnya boleh korang boleh tandakan tempat yang korang nak lawati dengan fungsi ini.
Second - Tekan want to go, nanti akan ada ikon bendera hijau ditandakan dekat tempat yang kita nak pergi tu.

So, secara tak langsung, bila kita dengar atau terbaca tempat--tempat yang menarik. Misalnya port makan best dekat Kuala Lumpur, kita cuma perlu bukak Google Map, lepastu masukkan nama tempat tu, pilih save.

Jadi, bila kita lalu dekat kawasan tersebut, kita dah boleh nampak bendera hijau tu menandakan, kita ada plan nak ke sana.

Nampak senang kan? tapi tak ramai tahu tentang fungsi ini... termasuklah aku sendiri =(

Misal kata korang nak tengok balik list yang korang dah save pulak, tekan garisan sebelah search bar tu, dan akan keluar banyak pilihan. Pilih ‘your places’ dan pergi ke tab Want to go tadi. Semua list tempat yang kina nak lawati tu ada kat situ.

Step 2 :
Step 3 :


 List akan keluar semua yang korang nak pegi... 


Jadi, lepas ni… kalau kata korang nampak tempat best dekat insta, tekan je lokasi tersebut, terus save dekat google map korang semua supaya tak terlepas.


Macam ni yang aku maksudkan dengan bendera hijau tadi...

Kenapa ia memudahkan?

Sebabnya kalau kita salin dekat tempat lain, kita mesti akan terlupa mana kita save ataupun kita lupa yang kita pernah nak melawat tempat tu.

Korang cubalah, mesti tak telepas tempat korang nak try tu nanti…

Senarai Cuti Panjang Pada Tahun 2018, Pilihlah Tarikh Ini Untuk Jimatkan Cuti Tahunan..!


Pejam celik, pejam celik, kita dah nak separuh tahun 2018 dah. 

Sebelum ni dah tentu ramai yang habiskan masa dengan aktiviti-aktiviti yang best mahupun bercuti. Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia merupakan negara yang paling banyak cuti =)

So, kepada korang yang belum sempat nak bercuti atau cuti tahun ni dah habis tu, ini kami ada senarai cuti panjang yang kita akan jumpa bulan-bulan hadapan hadapan.

So, korang kalau nak rancang holiday .. Pilih tarikh tarikh yang dicadangkan ini..

Walaupun sesetengah daripada tarikh tersebut hanya boleh diguna pada siapa yang bekerja di KL dan Selangor sahaja tetapi, ada tarikh-tarikh lain yang kita akan bercuti panjang. Tarikh- tarikh dibawah ni ada jugak termasuk tarikh yang korang kena apply cuti sendiri ye… Ini contoh je…

Okay kita recap dari Januari balik  :

Januari
30th Disember 2017 – 1st January 2018 (Sabtu - Isnin) – Isnin tu cuti tahun baru…
27th Januari – 31st Januari (Sabtu – Rabu) – 31 Januari tu pulak ialah perayaan Thaipusam
atau
31st Januari – 4th Februari (Rabu – Ahad)

Februari
1st Februari – 4th Februari (Khamis – Ahad) 1 Februari tu Hari Wilayah, so KL cuti..
16th Februari – 18th Februari (Jumaat – Ahad) 16-17 tu sambutan Tahun Baru Cina…


May
28th April – 1st Mei (Sabtu - Selasa) 1 Mei tu kan hari buruh… Amik cuti hari Isnin… =)

26th Mei – 29th Mei (Sabtu-Selasa) 29 Mei tu adalah Hari Wesak

Jun
15th Jun– 17th Jun (Jumaat - Ahad) 15-16 Jun Hari Raya Aidilfitri – ini pepandai lah apply, supaya dapat cuti lama sikit… hehehe…

Ogos
18th Ogos – 22nd Ogos (Sabtu - Rabu) 22 Ogos - Hari Raya Haji
ataupun

22nd Ogos – 27th Ogos (Rabu-Ahad) – Sama jugak macam cuti raya, kalau oandai amik cuti, dapatlah cuti panjang…

31st Ogos – 2nd September (Jumaat - Ahad) Cuti hari merdeka.

September
8th September – 11th September (Sabtu - Selasa) 9 September Hari Keputeraan YDP Agong dan 11 September tu pulak Awal Muharram..

15th September – 17 September (Sabtu - Isnin) 16 September, Hari Malaysia dan jatuh pada Ahad, 17 September tu ialah cuti berganti.






November
3rd November – 6th November (Sabtu - Selasa) 6 November tu Hari Deepavali, Isnin tu apply lah cuti…

17th November – 20th November (Sabtu - Selasa) 20 November tu ada sambutan Maulidur Rasul, sama jugak, kalau nak cuti panjang waktu ni, apply cuti Isnin.

December
8th December – 11th December (Sabtu - Selasa) 11 December tu Hari Keputraan Sultan Selangor. Yang ni, siapa kerja area Selangor je cuti. Kl tak! hehe

22nd December – 25th December (Sabtu - Selasa) 25 December tu biasalah, Christmas.

29th December – 1st Januari 2019 (Sabtu – Selasa) 1 January tu tahun baru dah…


  
So, dah dapat gambaran kan? Dah boleh dah nak rancang percutian anda tahun depan.
Ataupun, nak book tiket flight ke, hotel ke,  nak visit MATTA fair ke, tarikh dah cun dah ni…

Selamat merancang percutian!

Shhh.... Ini Rahsia Nak Dapat Tiket Penerbangan Murah...


Ada banyak tips dekat website untuk kita dapatkan penerbangan murah. Salah satu cara ialah dengan bandingkan dahulu dengan beberapa website. Jangan bergantung pada satu sumber je.

Kalau ikutkan pakar dari momondo.co.uk, kita sebenarnya boleh dapatkan banyak penjimatan lagi kalau tempeh pada waktu yang tepat. Ini termasuk pada waktu, hari atau minggu yang spesifik tau!

Misalnya, tak ramai yang tahu tapi, tempahan yang dibuat untuk penerbangan pada hari Selasa adalah 11 peratus lebih murah. Logiknya, tak ramai yang terfikir nak bercuti apabila minggu baru sahaja bermula.


Yang kedua, tiada istilah siapa cepat dia dapat bila cerita pasal tempahan tiket. Trick nya disini adalah, tempeh pada waktu petang. TIket yang ditempah pada waktu petang sebenarnya 9% lebih murah daripada waktu pagi.

Bergantung kepada destinasi, kalau korang buat tempahan 60 hari sebelum penerbangan, korang boleh jimat sebanyak 34 peratus daripada harga tambang.


NAMUN, situasinya berbeza jika anda ingin terbang ke Asia. TIket penerbangan untuk ke negara Asia akan jadi lebih murah pada waktu pagi.

So, dah tahu tricknya. Cuba kira 60 hari dari sekarang, dan tempah pada waktu pagi dan cari penerbangan hari Selasa.

Selamat mencuba!