Advertisement

Tanda Tempat Kita Nak Lawati Semasa Travel Guna Trick Ini Di Google Map!


Sebelum kita nak travel, selalunya kita akan browse dan buat research sikit kan ke tempat-tempat yang menarik. Tapi kadang kala, masa travel kita rasa semua tempat nak pegi, last-last tujuan asal tak sampai.


Macam last trip aku ke Bali, banyak yang aku plan, last-last... Tak sampai... Contohnya, aku nak pegi tanah lot dengan Sacred Monkey Forest. Padahal Sacret Forest tu belakang area airbnb aku je...

Ini aku baru tahu, sebenarnya.... ada satu trick kita boleh guna dekat Google Map.

Bila bukak Google Map dekat phone, perasan tak ada bila kita enter nama lokasi, dekat bawah direction tu ada pilihan call,save,label dan download.



First - kita tekan je pilihan ‘save’. Lepas tu, akan ada 3 lagi pilihan, sama ada favourite, want to go atau starred places.

Dekat sini, sebenarnya boleh korang boleh tandakan tempat yang korang nak lawati dengan fungsi ini.
Second - Tekan want to go, nanti akan ada ikon bendera hijau ditandakan dekat tempat yang kita nak pergi tu.

So, secara tak langsung, bila kita dengar atau terbaca tempat--tempat yang menarik. Misalnya port makan best dekat Kuala Lumpur, kita cuma perlu bukak Google Map, lepastu masukkan nama tempat tu, pilih save.

Jadi, bila kita lalu dekat kawasan tersebut, kita dah boleh nampak bendera hijau tu menandakan, kita ada plan nak ke sana.

Nampak senang kan? tapi tak ramai tahu tentang fungsi ini... termasuklah aku sendiri =(

Misal kata korang nak tengok balik list yang korang dah save pulak, tekan garisan sebelah search bar tu, dan akan keluar banyak pilihan. Pilih ‘your places’ dan pergi ke tab Want to go tadi. Semua list tempat yang kina nak lawati tu ada kat situ.

Step 2 :
Step 3 :


 List akan keluar semua yang korang nak pegi... 


Jadi, lepas ni… kalau kata korang nampak tempat best dekat insta, tekan je lokasi tersebut, terus save dekat google map korang semua supaya tak terlepas.


Macam ni yang aku maksudkan dengan bendera hijau tadi...

Kenapa ia memudahkan?

Sebabnya kalau kita salin dekat tempat lain, kita mesti akan terlupa mana kita save ataupun kita lupa yang kita pernah nak melawat tempat tu.

Korang cubalah, mesti tak telepas tempat korang nak try tu nanti…

Post a Comment

0 Comments