Advertisement

Kamera Smartphone Yang Terbaik Untuk Ambil Gambar Semasa Travel


Setiap traveller mempunyai cara dan gaya mengembara tersendiri. Sama juga macam aksesori dan gadjet yang akan dibawa. Bagi anda yang suka travel ‘light’ dan mahukan sesuatu yang mudah dan senang, telefon pintar adalah pilihan yang terbaik.
Baru-baru ini, DxOMark Image Labs telah mengeluarkan ranking terkini kamera smartphone terbaik. Untuk korang yang ada terfikir-fikir nak tukar telefon tu, bolehlah usha-usha model-model ni. Senang nak buat keputusan nak beli phone apa nanti.
Untuk menentukan ranking ini, diorang menimbangkan beberapa faktor berdasarkan kebolehan telefon itu sendiri. Bukan semata-mata kamera sahaja.

#1. Samsung Galaxy S9 Plus



Misal kata korang memang sentiasa nak gambar yang cantic dan perfect setiap kali travel, boleh dah upgrade pakai S9 Plus ni. Sebabnya, quality gambar dan video antara yang terbaik.

Dari segi resolusi yang dihasilkan, walaupun selepas zoom memang akan menghasilkan gambar yang cerah, dan warna yang cantik.
Harga : RM3,799




Sample foto.

#2. Google Pixel 2



Maaflah pengguna iPhone, android phone jugak di tempat ke-2 dengan mengumpul 98 mata daripada 100.
Sebelum keluar S9, Pixel 2 ni ada di nombor 1. Sebabnya, fungsi autofocus yang tepat, flash yang solid serta keperincian pada setiap gambar yang di snap. Sebab itu jugak kebanyakan jurugambar suka Pixel 2 ni.
Harga : RM3,199




Sample foto

#3. iPhone X



Walaupun berada di tempat ketiga, sebenarnya perbezaan antara satu sama lain adalah 1 mata sahaja. Sebenarnya markah untuk iPhone X ini untuk gambar lebih tinggi daripada Pixel 2, cumanya fungsi videonya yang kureng menyebabkan dia dekat nombor 3.
Kalau nak dibandingkan dengan iPhone 8 Plus, model X ni mempunyai fungsi zoom yang lagi bagus, exposure dan warna lebih menarik.

Potrait mode dia pulak, memang tak payah nak cerita lah, sangat awesome.

Harga : RM5,899




Sample foto

#4. Huawei Mate 10 Pro



Untuk Huawei Mate 10 Pro ni, kelebihan dia adalah dua lens Leica yang membolehkan dia seri dengan iPhone 7. Disebabkan hasil gambar yang bagus walaupun pada keadaan cahaya rendah serta zoom, telefon ini diberikan markah yang tinggi.
Ditambah pula dengan fungsi autofocus yang terserlah.
Harga : Rm3,099



Sample foto



So macam mana? Ke tak berbaloi? Harga masing-masing nak macam dSLR dah. Hehehe... Tapi, dSLR tak boleh buat main whatsapp atau call orang... ye tak? 

Post a Comment

0 Comments