Advertisement

Resipi Kuih Keria Gula Melaka, Katanya Viral Resipi Ni... Cubalah!


Sebelum ni, viral jugaklah pasal kuih keria Melaka. Sehingga nak beli pun terpaksa beratur panjang-panjang. Kuih keria punya pasal, beratur tak hengat. Dari jauh dah nampak orang ramai beratur. 
Kalau siapa yang pernah ke kedai dia dekat Melaka tahu lah macam mana keadaan kat sana. 

Sejak dua menjak, tiga menjak kebelakangan ni, nama Kuih Keria Gula Melaka (KKGM) ni tiba-tiba jer jadi terkenal. Di mana-mana orang bercakap tentang KKGM. Tiba-tiba Resipi KKGM menjadi top search di Google.
Itulah kuasa viral. Hanya kerana media sosial kuih keria gula melaka begitu hangat menjadi buruan netizen. Hingga ada yang sanggup turun ke Melaka semata-mata nak cari kuih keria gula Melaka ni je. 
Rasa kuih ni memang sedap. Kalau kena resepi yang betul, kuih ni tak terlalu manis. Makan petang-petang sambil lepak memang tak sedar habis ni. Nak-nak tengah lepak sambil tengok drama kat Astro mahupun Tv3. 
Nampak sedap beb... 

Resipi KKGM
Disebabkan ramai yang mencari resepi KKGM ni. Oleh itu aku dengan rajinnya search dan akan kongsikan resepi kuih keria viral ini. 
Manalah tahu korang nak cuba buat sendiri, kalau sedap boleh bukak business, ye tak? Cuma harga jangan nak hipster sangat lah! 
Berikut adalah bahan-bahan yang korang perlu sediakan untuk sediakan kuih ni. Oh ya ini untuk anggaran hidangan antara 15-20 biji ya.

Bahan-bahannya:
  • 500 gram ubi keledek
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 2 keping Gula melaka
  • 1 sudu gula pasir
  • 1 cawan air

dan, lepas beli atau cari bahan-bahan kat atas ni... Sampailah masa untuk kita buat pulak...

Cara-cara membuatnya:
  1. Rebus ubi keledek sehingga betul-betul empuk
  2. Toskan ubi keledek sehingga air yang rebusan pada ubi keledek itu tertinggal seminima yang mungkin pada ubi keledek
  3. Lenyek ubi keledek sehingga tiada ketulan
  4. Kemudian campurkan ubi keledek yang telah dilenyek tadi dengan tepung gandum, tepung beras dan soda bikarbonat da gaulkan hingga sebati menjadi doh keria
  5. Bulat-bulatkan doh keria dan bentukkan menjadi bentuk “O”
  6. Goreng doh keria yang telah dibentuk kemudian toskan untuk hilangkan minyak
  7. Campur dan cairkan gula melaka, gula pasir dan air sehingga mendidih dan pekat
  8. Masukkan keria yang telah digoreng tadi dan gaulkan sehinga sebati
  9. Toskan gula berlebihan dengan penapis.
  10. Siap untuk dihidangkan…!


Jadi apa lagi. Boleh mula beli bahan-bahan dan terus masuk dapur. Lelaki pun boleh cuba. 

Sumber - Explorasa

Post a Comment

0 Comments