Advertisement

Jom Buat Semakan Maklumat Pusat Mengundi


Semua rasanya dah sedia maklum yang Pilihan Raya Umum ke-14 akan berlangsung tak lama lagi iaitu pada hari Rabu 9 Mei 2018.

Kepada sesiapa yang dah mendaftarkan diri, semakan daftar pemilih sudah boleh disemak melalui laman web rasmi SPR.

Kalau korang tak berapa pasti dekat mana nak mengundi, korang boleh semak di sini :



Cara-cara Nak Semak Daftar Pemilih :

1. Masukkan Nombor Kad Pengenalan Tanpa Tanda Sengkang (-) ataupun space.
    Contoh : 123456145678

2. Tekan Butang 'Semak'

3. Ada dua bahagian maklumat akan terpapar;
    
    i) Maklumat Peribadi Pemilih
       -Nama, No. Kad Pengenalan, Tahun Lahir dan Jantina

    ii) Daftar Pemilih Yang Telah Disahkan

Untuk yang ke (ii), akan dipaparkan korang punya Lokaliti (kawasan mengundi), Daerah mengundi, DUN, PARLIMEN, Pusat Mengundi, Saluran Mengundi dan Masa Mengundi.



Selain dari kaedah di atas; pemilih berdaftar  boleh membuat semakan melalui pautan https:// pengundi.spr.gov.my serta menelefon ke talian hotline  03-88927018 atau  mana-mana pejabat Pilihan Raya Negeri.

Daftar pemilih PRU14 juga boleh disemak melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) iaitu dengan menaip SPR   dan hantarkan ke 15888.

                        SEMAK DAFTAR PEMILIH

Post a Comment

0 Comments