Home Blog Services About Free Audit
Aryl Je · Digital Narrative Strategist

Something
brewing.

The new home for SEO, GEO, and digital authority strategy is being built. In the meantime, the blog is live and I'm taking on clients.

Building authority that AI engines cite. Malaysia.
IG TH LT

Shopping Sakan Di Haqqi Shah Alam - Selain Kelengkapan Ibadah, Ada Baju Raya Jugak Rupanya…




Rasanya dah boleh kita nak update pasal hari raya yang bakal menjelang nanti kan? Semetinya, kalau korang nak tempeh baju, dah tentu takkan diterima lagi, jadi… apa solusi korang?

Kalau aku, aku suka pegi beli yang ready made. Senang, masuk butik, cuba, bayar, balik, senyum tunggu nak pakai pada pagi raya. Hehehe…

Kalau korang masih tercari-cari baju raya, apa kata korang ke Seksyen 7, sederet dengan Jakel tu ada satu kedai nama dia HAQQI.


HAQQI ni, dia merangkumi semua aspek kelengkapan yang kita nak. Daripada kelengkapan Ibadah, produk penjagaan, kosmetik dan dah tentu untuk musim perayaan ni, ada BAJU RAYA!




Butik Haqqi ni ada di 3 lokasi iaitu TTDI, BANGI dan SHAH ALAM. So, kalau korang yang jauh nak ke Shah Alam tu, boleh la ke TTDI, ataupun butik diorang di Bangi.


KURTA –

Sebut pasal raya, semenjak dua ni memang trend lah anak-anak muda pilih nak pakai kurta kan. Sebabnya ia mudah. Dan boleh dipadankan dengan apa-apa seluar. Jeans pun sesuai, slack pun sesuai, skinny pun boleh masuk.




Di Haqqi, ada beberapa jenis kurta yang diorang sediakan. Ada yang sepasang, ada yang baju sahaja.
Yang terbaru di Haqqi ada beberapa jenis kurta, antaranya Kurta Set Furkan, Ayaz, Eymen, dan macam-macam lagi lah.




Macam yang aku cuba ni, nama dia kurta Zayyan kalau tak silap dan ia salah satu kurta yang under IzzuExclusive. Ye, Izzue Islam tu.

Lagi satu kenapa aku cuba yang ni sebab dia sekali dengan seluar. Kalau agak-agak aku malas nak cari seluar nanti, at least dah ada seluar untuk pakai one set.


SELAIN DARI KURTA –




Okay, kalau korang bukan ‘kurta person’ pulak, jangan risau. Di Haqqi ni ada banyak lagi pilihan pakaian, contohnya baju Melayu, ataupun Jubah.




Korang kalau dah pening dan nak cari baju raya tu, korang pegi je ke mana-mana butik Haqqi ni. Dan agak-agak malas nak bersesak-sesak, korang beli je online dekat www.haqqi.com.my

Alamat :






Atau korang boleh tengok page Facebook Haqqi okay : 




Selamat bershopping raya  =D

LIVE STREAMING : Thomas Cup Quater Final - Malaysia vs Indonesia


Live Streaming Suku Akhir Piala Thomas Antara Malaysia vs Indonesia 24/5/2018. 

Siaran langsung Suku Akhir Piala Thomas antara Malaysia dan Indonesia akan bermula jam 8 malam dan perlawanan akan diadakan di Impact Arena, Bangkok. 




Pasukan Malaysia bakal bertemu pasukan Indonesia dalam pertemuan peringkat suku akhir ini. Sekiranya bejaya memenangi perlawanan ini, Malaysia bakal bertemu pemenang perlawanan antara China dan Taiwan. 




JADUAL PERLAWANAN PIALA THOMAS DAN UBER (24 Mei, Khamis)
Piala Thomas
3pm: China vs Taiwan
8pm: South Korea vs Denmark
8pm: France vs Japan
8pm: Indonesia vs Malaysia

Piala Uber
10am: Denmark vs China
10am: South Korea vs Canada
3pm: Indonesia vs Thailand
3pm: Japan vs Taiwan

Bagi anda yang ingin menonton secara live streaming Suku Akhir Piala Thomas antara Malaysia vs Indonesia ini, anda boleh menonton menerusi pautan yang tersedia dibawah.

Live streaming Thomas Cup Malaysia vs Indonesia 24.5.2018

Tarikh:  24 Mei 2018 Khamis

Masa: 8.00 malam waktu Malaysia

Lokasi: Impact Arena, Bangkok, Thailand. 



Idea Dan Resipi Untuk Masakan Berbuka Puasa Dan Sahur Sepanjang 30 Hari Bulan Ramadhan



Nak sembang pasal masak memasak ni, Aryl bukanlah terer sangat. Tapi, disebabkan selalu ada masalah nak makan apa, rasa nak share resipi-resipi yang ada ni.

Kebanyakkan menu adalah yang sesuai dimasak untuk berbuka puasa, dan ada jugak boleh je untuk dimasak masa sahur.

Resipi ni dapat daripada whatsapp, gigih orang tu share. Memandangkan kita dah berpuasa hampir seminggu, korang pandai-pandai lah rotate menu ni bila rasa nak masak nanti...
Selamat mencuba. 
1. Resipi Ketam Masak Cili Api
Bahan-bahan
- 250g ketam (dibersihkan)
- 7 biji cili hijau
- 1½ cawan santan kelapa yang di parut
- 1 keping asam gelugur
- ½ sudu kecil serbuk kunyit
- ½ sudu besar garam secukup rasa
- ½ sudu kecil perasa
Cara-cara memasak
1. Masukkan ketam ke dalam periuk, masukkan serai, cili hijau, santan, asam keping, garam secukup rasa, perasa dan kunyit .
2. Masak selama 5-7 minit.
3. Siap, angkat dan hidangkan.
2. Resipi Ayam Sos Lemon Madu
Bahan-bahan
- dada ayam 500g (potong ikut suka)
- tepung serbaguna (secukupnya)
- telur sebiji (kacau)
- madu 4 sudu besar
- lemon 2 biji (ambil jus)
Cara-cara memasak
1. Celupkan ayam dengan telur kemudian golek-golek atas tepung sehingga rata.
2. Panaskan minyak, goreng hingga garing, angkat dan ketepikan.
3. Untuk sos, campurkan madu dan jus lemon,kacau sebati dan masukkan ayam, gaul rata.
4. Hias dengan hirisan lemon dan daun sup. Siap!
3. Resipi Pari Asam Pedas
Bahan-bahan
- 6 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- ½ inci kunyit
(Semua bahan hendaklah ditumbuk)
- 4 sudu besar cili boh (rendam cili kering, tos dan kisar)
- ½ cawan air asam jawa
- 3 cawan air
- 250g ikan pari (dipotong kecil)
- 2 tangkai daun kesum
- sayur masin (jika suka)
- bendir
- 3 sudu minyak masak
- garam, gula dan sedikit lada hitam
Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak di dalam periuk yang sederhana besar. Tumiskan bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan cili boh, kacau dan biarkan hingga terbit minyak.
3. Masukkan daun kesum. Masukkan pula air asam jawa dan kacau sebati.
4. Masukkan ikan pari, sayur masin dan air. Biarkan mendidih dab kecilkan api. 
5. Masukkan garam, gula dan lada hitam.
6. Masukkan bendir dan biarkan seketika sehingga bendir masak.
4. Resipi Sotong Sambal Tumis Halia
Bahan-bahan
- sotong (direbus)
- cili kering (direndam dan dimesin)
- bawang merah, bawang putih dan halia (dimesin)
- sedikit air asam jawa
- garam dan sedikit gula
Cara-cara memasak
1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dimesin tadi sehingga wangi.
2. Masukkan cili dan tumiskan sehingga agak garing. Kemudian masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula.
3. Biarkan seketika dan masukkan sotong. Kacau sehingga sebati dan biarkan untuk beberapa minit lagi.
5. Resipi Sambal CIli Ikan Bilis Petai 
Bahan-bahan
- ikan bilis 300g
- petai 2 papan
- bawang besar sebiji (dihiris)
- bawang putih 3 ulas (ditumbuk)
- cili merah sebiji (ditumbuk)
- cili padi 20 biji (ditumbuk)
- garam secukup rasa
Cara-cara memasak
1. Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
2. Tumiskan bawang, dan bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
3. Masukkan garam, gaul sebati.
4. Masukkan ikan bilis dan petai, gaul rata. Siap!
6. Resipi AYAM PAPRIK
Bahan-bahan
- 4 ketul ayam - dihiris kecil
- 2 ulas bawang putih - dicincang halus
- 1 biji bawang besar - dibelah dua dan dihiris bulat kasar
- 1 biji cili merah - dihiris serong
- 11 biji cili api - dipecah-pecahkan
- 2 helai daun limau purut - disiat-siat
- bunga kobis - dihiris kecil
- 2 biji putik jagung - dihiris serong
- 1/2 biji karot - dihiris serong
- 2 biji kacang panjang - dipotong 1 inci
- 2 sudu makan cili kering kisar
- 2 sudu makan cili sos
- 2 sudu makan tomato sos
-1 sudu makan sos tiram
- garam
- 1 cawan air
Cara-cara memasak
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan semua sos. Tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan isi ayam. Kacau rata hingga isi ayam layu.
5. Masukkan air. Masak hingga mendidih.
6. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.
7. Masukkan semua bahan hiris. Kacau rata. Masak hingga sayur empuk. (Kalau kuahnya pekat sangat, boleh tambah sedikit lagi air).
8.Tutup api dan hidangkan.
7) Resipi TOM YAM THAI
Bahan-bahan
- 1 paket perencah tomyam
- 4 biji tomato
- 5-6 biji cili padi – ikut selera masing2
- 3 batang serai – diketuk
- 4 helai daun limau purut
- 1 batang lobak merah, sedikit cendawan
- 2 ulas bawang merah
- 2 biji bawang besar
- 1 cm lengkuas
- lauk – ayam/sotong/daging/ketam/udang
- 2 sudu besar sos tiram – optional
- 2 sudu besar sos cili dan sos tomato
Cara-cara memasak :

1. Kisar (2 ulas bawang merah + 1 batang serai + 1 1/2 biji tomato + 3 biji cili padi).
2. Massukkan bahan kisar tadi dalam kuali dan 1 paket perencah tomyam. Tumiskan dan masukkan air secukupnya.
3. Masukkan pula lobak merah.
4. Setelah lobak merah empuk masukkan lebihan cili padi, serai yang telah diketuk, lengkuas yang dihiris, bawang besar, gula, garam. Kalau nak lagi sedap boleh tambah 2 sudu sos tiram, 2 sudu sos cili dan 2 sudu besar sos tomato.
5. Bila dah mendidih boleh masukkan isi ayam, udang, sotong dan sebagainya.
6. Kemudian masukkan tomato,cendawan dan daun limau purut.
7. Siap untuk dihidang
8) SAMBAL TUMIS DAGING
Bahan-bahan
- daging
- bawang putih, bawang kecil dan bawang besar (dihiris)
- cili kering (direndam dan dimesin)
- air asam jawa
- sedikit gula dan garam
Cara-cara memasak
1. Tumis bawang putih, bawang kecil dan bawang besar hingga wangi. 
2. Masukkan cili mesin dan kacau biar sebati. 
3. Masukkan gula, kacau. 
4. Masukkan daging dan air asam jawa. Kacau dan biarkan hingga agak garing.
5. Masukkan garam dan kacau. Dengan api yang kecil biarkan hingga sambal garing dan terbit minyak.
9) AYAM MASAK HALIA
Bahan-bahan
- 500 gram ayam, potong kecil
- 4 ulas bawang putih, hiris nipis
- 2 cm halia, dihiris halus memanjang
- 1 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
- 1 biji cili merah, hiris nipis
- 1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
- 1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
- minyak masak, untuk goreng ayam
- sedikit lada sulah atau lada hitam
- sedikit garam dan kunyit
- garam dan gula, secukup rasa
Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. 
3. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi.
4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
5. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
6. Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Angkat dan tabur dengan daun bawangdan. Hidangkan bersama nasi panas.
10 ) SUP IKAN MERAH
Bahan-bahan
- ikan merah
- 4 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- sedikit halia
- kayu manis, bunga lawang dan pelaga
- lada hitam biji - tumbuk
- sup bunjut ikan Adabi
Cara-cara memasak
1. Didihkan air secukupnya bersama sup bunjut ikan, bawang merah, bawang putih, halia yang dihiris, kayu manis, bunga lawang dan pelaga.
2. Biarkan air menggelegak sebelum dimasukkan ikan. 
3. Akhirnya masukkan lada hitam dan garam secukupnya. 
4. Taburkan daun sup san bawang goreng. Tutup api dan sedia dihidangkan.
11) SOTONG MASAK LEMAK PADANG
Bahan-bahan
- 1 kg sotong - cuci bersih dan potong
- 3 biji bawang besar - belah 4
- 2 biji tomato - belah 4
- 2 batang serai - di titik
- 3 biji ubi kentang - belah 4
- 3 camca minyak untuk menumis
- 500 ml santan
- air secukupnya
- garam secukup rasa
Bahan kisar
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 inc kunyit hidup
- 2 inc halia
- 5 tangkai cili merah
Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak
2. Tumiskan bahan kisar hingga harum dan terbit minyak
3. Kemudian masukkan bawang besar, serai, ubi kentang, tomato, sotong santan dan air
4. Kacau biar sebati
5. Kemudian renihkan dan sesekali di kacau supaya santan tidak pecah minyak.
12)  AYAM GORENG MADU
*Tips: kalau nak gantikan madu dengan gula pun boleh, sekiranya tak ada stok madu kat rumah.
Bahan-bahan
- ayam 8 ketul (direbus)
- bawang merah 5 biji (dikisar)
- bawang putih 6 ulas (dikisar)
- halia 1 inch (dikisar)
- kicap cair 1 sudu besar
- kicap pekat 1 sudu besar
- sos tiram 1 sudu besar
- madu 1 sudu besar
- minyak untuk menggoreng.
Cara-cara memasak
1. Rebuskan ayam sehingga separuh masak.
2. Campurkan bahan kisar, kicap cair, kicap pekat, sos tiram dan madu, bersama ayam,
3. Gaul rata, perap ayam dalam peti ais selama 2 jam.
4. Panaskan minyak, goreng ayam sehingga garing, tapi jangan terlalu lama sebab ayam
sudah separuh masak. 
5. Siap! Sedia untuk dihidangkan.
13)  TELUR MATA GORENG BAWANG DAN CILI
Tips: Nak dapat telur mata yang gebu macam kat kedai tu, minyak kena banyak. Masa goreng telur, biarkan kuning telur sedikit cair.
Bahan-bahan
- telur 3 biji
- bawang besar sebiji (dihiris)
- cili padi 8 biji (belah 2)
- kicap secukupnya
- garam secukupnya
- minyak untuk menggoreng
Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak, goreng telur, angkat dan ketepikan.
2. Tumis bawang besar dan cili padi sehinggasedikit layu, masukkan garam, gaul sebati.
3. Tuangkan atas telur tadi dan tuangkan sedikit kicap. Siap!
14) MASAK LEMAK CILI API SIPUT SEDUT
Bahan-bahan
- 1kg siput sedut
- 5 ulas bawang merah - kisar halus
- 3 ulas bawang putih - kisar halus
- 2 inci kunyit hidup - kisar halus
- 2 inci halia - kisar halus
- 15 tangkai cipi padi - kisar halus
- 2 batang serai - di titik
- 500ml santan
Cara-cara memasak
1. Siput sedut diberus hingga bersih.
2. Rendam sebentar dalam air garam untuk membuang kotoran seperti pasir dan lumpur.
3. Potong bahagian ekornya, cuci bersih dan toskan.
4. Panaskan minyak, tumis bahan yang di kisar hingga harum.
5. Masukkan santan, serai dan siput.
6. Kacau perlahan atas api sederhana hingga masak
7. Perasakan dengan garam, masak hingga kuah sedikit pekat. Sedia di hidangkan.
15) SIAKAP STIM LIMAU NIPIS
Bahan-bahan
- 1 ekor ikan siakap siap siang cuci bersih
- 1 labu bawang merah/besar
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 2 batang serai
- 5 biji cili padi
- 1 biji limau nipis ambil jusnye
- 1sdm sos tiram
- sepokok daun ketumbar
- setengah batang carrot
- semangkuk bunga kobis
- setengah biji Lada bengala
- garam dan gula secukup rasa
Cara-cara memasak
1. Guna kuali yang muat seekor ikan siakap diatas dapur. Masukkan ikan yang dah dicuci bersih.
2. Potong dadu bawang merah, Bawang putih dan halia taburkan atas ikan.
3. Hiris nipis serai dan tabur juga ke atas ikan dalam kuali.
4. Hiris cili ketepikan.
5. Potong carrot, bunga kubis dan lada bengala ikut bentuk disukai dan ketepikan.
6. Curah air kedalam kuali sehingga hampir tengelam ikan. Hidupkan api dapur tahap sederhana. Tutup kuali. Biar air mendidih dan biar ikan hampir masak.
7. Agak ikan hampir masak, kecilkan api. Masukan garam gula sos tiram, jus limau, sayuran dan daun ketumbar. Gaul kuahnya perlahan-lahan. Rasakan ikut hati dan siap
16) UDANG KICAP PEDAS
Bahan-bahan
- 400 gram udang
- 1 biji (kisar) bawang besar
- 2 biji (kisar) bawang putih
- 1/2 inci (kisar) halia
- 3 sudu (saya dah blend siap2) cili kering
- 1 biji cili merah
- 4 sudu kicap pekat
- 2 sudu sos tiram
- 1 sudu gula
- secukup rasa (jika perlu) garam
- 1/4 cawan air
Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak kemudian masukkan bahan yang dikisar untuk ditumis - bawang besar, bawang putih dan halia.
2. Masak hingga kekuningan kemudian masukkan cili kering yang telah di kisar. Tumis hingga naik minyak.
3. Masukkan kicap pekat dan sos tiram. Tumis seketika kemudian masukkan udang.
4. Masukkan air supaya ada kuah sedikit. Dan akhir skali masukkan cili merah. Jika perlu masukkan garam secukup rasa.
5. Siap untuk dihidang.
17) AYAM PERCIK BAKAR
Bahan-bahan
- ayam
- cili kering (suka pedas lebihkan)
- bawang kecik
- bawang putih
- halia
- lengkuas
(semua bahan-bahan diatas dikisar)
- serai (titik)
- 3 serangkai
- santan
- gula
- garam kasar
- asam keping
Cara-cara memasak
1. Masukkan semua bahan dalam periuk/kuali kecuali gula.
2. Bila ayam separuh masak,keluarkan ayam dan bakar..
3. Kuah lebihan r
ebus ayam tadi campurkan lagi sedikit santan dan gula dalam 4 ke 5 sudu.
4. Masak sampai pekat likat, sebatikan rasa masam masin sedikit, manis kena lebih.
5. Siap untuk dihidang.
18) IKAN SELAR GORENG SAMBAL CILI API PETAI
*Tips : Petai dimasukkan akhir sekali, supaya petai nampak segar dan tak layu.
Bahan-bahan
- ikan selar 8 ekor
- serbuk kunyit+sedikit garam
- petai 2 papan
- bawang besar sebiji (dihiris)
- bawang putih 2 ulas (ditumbuk)
- cili padi 15 biji (ditumbuk)
- garam secukup rasa
- minyak (untuk menggoreng+menumis)
Cara-cara memasak
1. Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam, gaul sekata.
2. Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing kemudian angkat dan ketepikan.
3. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar hingga layu dan tumis bahan yang ditumbuk
sehingga naik bau.
4. Masukkan garam, kacau sebati, akhir sekali masukkan petai, gaul rata.
5. Tuangkan bahan tumis bersama petai tadi atas ikan goreng, siap!
19) DAGING MASAK BLACK PEPPER
*Tips : Untuk mendapatkan daging yang lembut pastikan ianya tidak di masak terlalu lama di atas api yang besar.
Bahan-bahan
- 500g daging (bahagian batang pinang)
- 4 ulas bawang putih
- 2 sudu besar sos tiram
- kicap manis
- 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk kasar)
- 2 tangkai cili merah (potong kasar)
- bawang besar holland
- 2 sudu kecil tepung jagung
Cara-cara memasak
1. Panaskan 2 senduk minyak, goreng daging selama 3-4 minit. Angkat dan asingkan.
2. Kurangkan sedikit minyak tadi kepada angggaran 1/2 senduk minyak, tumis bawang putih dan masukkan lada hitam.
3. Masukkan kicap dan serbuk lada hitam, kacau sebentar dam masukkan daging. 
4. Masak menggunakan api besar dan kerapkan mengacau bahan dalam kuali.
5. Kemuduan tambah bancuhan tepung jagung dan bawang besar. Apabila kuah menjadi pekat padam api dan hidangkan. Hiaskan dengan taburan daun bawang.

20)  SAMBAL TUMIS KERANG
Bahan-bahan
- 3-4 kg kerang - direbus dan ambil isinya
- 3 ulas bawang putih - ditumbuk/kisar
- 2 biji bawang besar - ditumbuk/kisar
- 3 sudu(kurang atau lebih) cili yang telah dikisar
- 2 biji bawang besar - dihiris
- 1 cm (sedikit saja) belacan(jika suka) - kisar/tumbuk bersama bawang
- 1 sudu besar air asam jawa
- garam dan gula secukup rasa
- minyak untuk menumis
- sedikit air jika perlu.
Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga masak dan pecah/terbit minyak.
2. Masukkan kerang, hirisan bawang besar dan air asam jawa. Gaul rata.
3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jika inginkan kuah, tambahkan air.
4. Apabila kerang sudah sebati dengan sambal, bawang sudah masak bolehlah diangkat.

21)  UDANG GORENG BUTTER TELUR MASIN
Bahan-bahan
- 500 gm udang
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
- minyak
- 3-5 sudu besar butter
- 6 ulas bawang putih - dicincang
- 15 biji cili padi - dihiris serong
- 4 tangkai daun kari
- 2 biji telur masin - direbus & hancur
- 2 sudu kecil gula
- 10 sudu besar susu cair/susu segar
- 1 sudu kecil tepung jagung
Cara-cara memasak
1. Telur masin rebus dibuang kulit dan dihancurkan. Ketepikan.
2. Udang dibersihkan dan digaul dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng sekejap sehingga udang berubah warna. Angkat dan ketepikan (buangkan semua lebihan minyak).
3. Panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih, daun kari dan cili padi hingga wangi dan masukkan telur masin yang dihancurkan tadi.
4. Kemudian masukkan susu segar dan gula. (tak perlu letak garam sebab dah ada rasa masin dari telur masin)
5. Kacau rata dan masukkan udang. Kacau lagi. Masukkan bancuhan tepung jagung dengan air untuk memekatkan kuahnya. Masak seketika, kemudian bolehlah dihidangkan.

22)  KARI AYAM NYONYA
Bahan-bahan
- ayam 1/2 ekor
- santan 1 bungkus kecil
- bawang merah 6 ulas
- bawang putih 4 ulas
- serai 3 batang hiris
- lengkuas 1 inci
- halia 1 inci
- kunyit hidup 1 inci
- buah keras 4 biji
- cili kering ikut pedas
- cili masak 2
- serbuk rempah daging 1 sudu besar
Cara-cara memasak
1. Blend semua bahan kecuali ayam dan rempah.
2. Seterusnya tumis dan masukkan rempah kari, daun kari.
3. Kacau sehingga wangi dan masukkan ayam, santan, kentang dan daun limau purut.
4. Siap untuk dihidangkan.

23)  SINGGANG SOTONG
Bahan-bahan
- 10-13 ekor sotong
- 3 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 batang serai
- 2-3 biji cili hijau
- garam,gula dan pasti sedap knor secukup rasa
Cara-cara memasak
1. Bersihkan sotong. Buang dakwat hitam dan isi perutnya. Masukkan dalam periuk.
2. Hiris bawang merah + putih dan ketuk serai. Masukkan semuanya dalam periuk sotong. Masukkan juga cili hijau.
3. Masukkan air. Jangan banyak sangat, agak-agak tenggelam sotong. Masak hingga menggelegak. Tambah garam, gula dan pasti sedap knorr secukup rasa.

24)  SIAKAP 3 RASA
Bahan-bahannya
Untuk Ikan:
- 2 ekor ikan siakap
- tepung jagung untuk dilumur pada ikan
- serbuk Pasti Sedap Knoor
- minyak untuk menggoreng ikan
Untuk Kuah:
- 2 biji bawang besar - dipotong dadu
- 6 biji bawang putih - dititik
- 10 biji cili padi - dipotong kecil
- 1 inci halia - dihiris halus
- 1 biji tomato - dipotong dadu
- 1/2 biji cili benggala - dipotong dadu
- kiub nanas - boleh beli yang siap ditinkan
- 4 sudu besar sos tomato
- 4 sudu besar sos cili thai
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos ikan
- 2 batang serai - dititik
- beberapa helai daun limau purut
- daun sup/daun bawang untuk hiasan
- garam secukup rasa
- ajinomoto secukup rasa
- gula secukup rasa
- minyak untuk menumis
Cara-cara memasak
1. Ikan dibersihkan dan ditoskan
2. Lumurkan ikan dengan serbuk pasti sedap knoor. Pastikan semua bahagian dilumur rata. Kemudian, lumurkan pula dengan tepung jagung. Lumur kedua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalam.
3. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas barulah dimasukkan ikan tadi. Goreng terendam ikan tersebut. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan
4. Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan cili padi, halia, serai, dan bawang putih.
5. Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan, dan 3 sudu jus nanas di dalam tin. Kacau sebentar.
6. Masukkan bawang besar, tomato, nenas, dan cili benggala.
7. Masukkan air sedikit. Tambahkan garam, gula dan ajinomoto.
8. Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi. Taburkan daun sup/daun bawang.

25)  SUP TELUR
Bahan-bahan 
- 4 biji telur
- 2 biji kentang (potong kecil)
- 1 batang carrot (potong kecil)
- 1 pokok sawi minyak ata kailan (potong pendek)
- air secukupnya
- minyak
- garam
Bahan tumis (tumbuk kasar)
- 3 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 1 s/k lada hitam
Cara-cara memasak 
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan air secukupnya dan masukkan kentang dan carrot. Biarkan mendidih dan lembut.
3. Masukkan telur masa air menggelegak.
4. Bila dah nampak telur masak baru masukkan sawi dan tutup api.
5. Hidangkan.

26)  DAGING GORENG BEREMPAH
Bahan-bahan
- 250 g daging lembu (dipotong)
- 1 labu bawang besar (saiz kecil)
- 1/2 inci halia (dihiris)
- 1 biji cili merah (dihiris)
- 2 ulas bawang putih (dihiris)
- 1 sudu makan penuh serbuk kari
- 1 biji tomato (potong 6)
- daun bawang (dipotong)
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu kecil kicap manis
- sedikit garam dan serbuk kunyit
- sedikit minyak
Cara-cara memasak
1. Daging yang telah digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Masak dalam kuali untuk dikeringkan airnya.
2. Jika daging belum empuk masukkan sedikit air lagi dan masak sehingga daging empuk.
3. Jika daging telah lembut masukan sedikit minyak dan bahan-bahan yang telah dihiris tadi, goreng seketika.
4. Masukkan serbuk kari, sos, kicap manis dan sedikit air. Kacau hingga kering sedikit.
5. Sesuaikan rasa masukkan buah tomato dan daun bawang. Angkat dan hidangkan.

27) TELUR BUNGKUS
Bahan-bahan
- 2 keping isi ayam dipotong kecil-kecil
- 1/2 biji bawang holland dicincang halus
- 1 biji tomato dubuang biji dan didadu
kecil
- 1/2 batang daun saderi didadu kecil
- 1/2 peket sayur campur (carrot, jagung, kacang peas)
- 1 biji cili merah
- 2 sudu sos tomato
- 2 sudu sos cili
- 1 sudu sos tiram
- sedikit hirisan daun sup atau daun ketumbar
- secubit garam jika perlu
- minyak untuk menumis
- 2 biji telur ayam
Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak dan tumis bawang holland sehingga sedikit layu
2. Masukkan hirisan dada ayam dan kacau seketika biarkan sehingga isi ayam masak
3. Masukkan hirisan tomato, batang saderi ,cili merah serta sayur campur dan dikacau rata
4. Perasakan dengan sos cili,sos tomato dan sos tiram dan kacau lagi.
5. Taburkan secubit garam jika perlu
6. Sebelum diangkat boleh la ditaburkan daun sup atau daun ketumbar.
7. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan seratakan keliling kuali
8. Pukul telur ayam tadi dan goreng dalam kuali dengan kaedah melenggangkan kuali sehingga telur sekata
9. Letak kan inti ditengah-tengah dan bungkuskan telur tersebut
10. Biarkan telur garing seketika dan boleh lah diterbalik kan ke dalam pinggan.
28)  IKAN PERCIK
Bahan-bahan
- ikan kembung/bawal
- santan pekat
- 5 biji bawang merah
- 1 biji bawang putih
- 1 inci halia
- 2 batang serai
- 1 keping asam keping
- kunyit
- garam
- gula
Cara-cara memasak
1. Lumurkan ikan dengan kunyit dan garam kemudian bakar dan asingkan
2. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia dengan santan.
3. Masakkan di dalam kuali/periuk
4. Masukkan serai yang diketuk dan asm keping
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Biarkan kuah percik yang dimasak benar-benar pekat.
7. Setelah masak curahkan ke atas ikan yang dibakar tadi.

29)  GULAI DAGING KERISIK
Bahan-bahan
- 450gm daging | hiris nipis
- 3 biji kentang kecil | kupas kulitnya
- 1 labu bawang besar | hiris
- 3 ulas bawang merah | tumbuk
- 2 ulas bawang putih | tumbuk
- 1/4cm halia | dipotong panjang
- air secukupnya
- 1/2 cawan santan pekat
- 2 sudu kerisik
- 2 sudu besar minyak 
- 1 sudu besar minyak sapi
- 3 sudu besar rempah kari daging
- 3 kuntum bunga cengkih
- 3 biji buah pelaga
- 2 kelopak bunga lawang
- 1 cm kulit kayu manis
Cara-cara memasak
1. Sediakan periuk, satukan daging yang telah dibersihkan dengan rempah, bunga cengkih, bunga lawang, pelaga, kulit kayu manis, halia, bawang tumbuk dan air didihkan di atas dapur hingga empuk.
2. Tuangkan santan serta sedikit lagi air, biarkan mendidih sekali lagi sebelum dimasukkan kentang.
3. Apabila empuk masukkan kerisik, garam dan sedikit sahaja gula sekadar pelengkap rasa.
4. Biarkan gulai masak sempurna, angkat periuk dan letakkan ke tepi.
5. Panaskan minyak masak yang dicampur dengan minyak sapi dalam sebuah kuali kecil, goreng bawang besar hiris hingga kuning.
6.Tuangkan minyak bersama bawang ke dalam gulai dan tutup periuk cepat-cepat agar aromanya tidak keluar.

30) AYAM GORENG LEMON
Bahan-bahan
- 3 sudu minyak zaitun
- 6 ketul peha ayam
- garam & lada hitam
- 1 biji bawang holand (dihiris kasar)
- 2 ulas bawang putih (dicincang)
- 6 biji kentang (dihiris halus)
- 1 cawan air rebusan ayam
- ½ epal cider
- 2 sudu perahan lemon
- beberapa batang rosemery
- herba thyme
Bahan perhiasan
- ½ hirisan keju parmesan
- 6 – 10 hirisan lemon
Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak zaitun di dalam periuk (pan) dengan api yang sederhana.
2. Perapkan ayam dengan garam dan lada hitam selama beberapa minit.
3. Bakar ayam dalam periuk sehingga keperangan.
4. Kemudian, asingkan ayam dan tambahkan sedikit minyak ke dalam periuk.
5. Mula mengoreng bawang dan biarkan ia selama 1 minit.
6. Campakkan bawang putih ke dalam periuk dan gaulkan selama 30 saat.
7. Masukan kentang dan taburkan garam dan lada hitam kedalamnya.
8. Selepas itu, masukan air rebusan ayam dan masukan sedikit epal cider di dalam periuk.
9. Gaul sehingga rata dan campakkan beberapa batang daun rosemary.
10. Biarkan sehingga mendidih dan masukan semula ayam yang telah di asingkan sebentar tadi.
11. Tutup periuk dan biarkan ia dengan api sederhana sehingga ayam benar-benar masak dan kentang menjadi empuk.
12. Alihkan penutup dan masukan air perahan lemon.
13. Kacau sehingga rata dan taburkan keju parut dan hirisan lemon sebagai pelengkap hiasan sebelum dihidangkan.

Senarai Bazar Ramadhan Di Selangor Dan Kuala Lumpur 2018



Alhamdulillah kita bakal bertemu dengan bulan Ramadhan yang penuh berkat dan esok (Khamis, 17/5) seluruh umat Islam di seluruh dunia akan memulakan ibadah puasa.

Pengertian puasa dari segi bahasa ialah menahan diri (Daripada lapar dan dahaga) dan dari segi istilah pulak ianya adalah menahan diri daripada melakukan perbuatan yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehinggalah terbenamnya matahari.

Selalunya, apa yang menjadi permasalahan ketika bulan puasa ialah mencari makanan untuk berbuka. Tidak dapat dinafikan, ada yang lebih gemar masak sendiri di rumah dan ada juga mengambil langkah untuk ke bazaar.

Untuk korang yang selalu tercari-cari lokasi bazaar yang best. Ini kitorang ada senarainya. Tapi, seperti tahun-tahun sebelumnya, untuk hari pertama puasa, belum ramai peniaga yang mula menjual.



SENARAI BAZAAR RAMADHAN DI SELANGOR

Shah Alam
·         Seksyen 6 Tempat Letak Kereta, Jalan 6/1f (Hadapan Restoran Ali Bistro)
·         Seksyen 7 Tempat Letak Kereta, Jalan Kristal As 7/As
·         Seksyen 8 Jalan Muara 8/9, (Hadapan Alhisha Mini Market)
·         Seksyen 16 Tempat Letak Kereta, Jalan 16/3 (Hadapan Dewan Mbsa)
·         Seksyen 18 Jalan 18/34, (Hadapan Klinik Ahmad Shah)
·         Seksyen 25 Tempat Letak Kereta, Jalan Teraju 25/67 (Bersebelahan Mydin)
·         Seksyen 27 Tapak Pasar Malam, Jalan Bukit Raja 27/8
·         Seksyen 31 Jalan Anggerik Aranda B 31/B (Depan Pondok Polis Kota Kemuning)
·         Seksyen 28 Tempat Letak Kereta, Jalan 28/5 (Berhampiran Restoran Kfc)
·         Seksyen 32 Tapak Pasar Malam Bukit Kemuning
·         Seksyen 33 Tempat Letak Kereta, Jalan Kemuning Utama Prima 9.00 Pagi – 12.30 T/Hari E33/E (Hadapan Giant)
·         Seksyen 35 Tempat Letak Kereta, Jalan Tun Teja B 35/B
·         Seksyen U2 Tapak Pasar Malam, Jalan Saujana Indah (Restoran 2.30 Ptg – 5.00 Ptg Sidah)
·         Seksyen U5 Tapak Pasar Malam Mah Sing, Jalan Utarid U5/18a
·         Seksyen U5 Tapak Pasar Malam, Subang 2, Jalan Bv U5/Bv
·         Seksyen U5 Jalan Nova Nu5/N
·         Seksyen U5 Jalan Matahari U5/117
·         Seksyen U3 Subang Perdana (Bersebelahan Gerai Majlis)
·         Seksyen U8 Tempat Letak Kereta, Jalan N U8/N(Bersebelahan Restoran Al-Ali)
·         Seksyen U8 Tempat Letak Kereta, Jalan C U8/C, Bukit Jelutong, (Hadapan My Mydin)
·         Seksyen U10 Tempat Letak Kereta, Jalan Pulau Lumut U10q/Q
·         Seksyen U10 Tapak Penjaja Sementara, Jalan Pulau Indah Au/10a
·         Seksyen U13 Tempat Letak Kereta, Jalan Setia Prima C U13/C, (Hadapan Cimb Setia Alam)
·         Seksyen U13 Tempat Letak Kereta, Jalan Setia Perdana Bc U13/Bc
·         Seksyen U19 Jalan Liter D, Bandar Baru Sungai Buluh Fasa 3, (Hadapan Econsave)
·         Seksyen U20 Tempat Letak Kereta, Bukit Rahman Putra, Bandar Baru Sungai Buluh , Fasa 1
·         Seksyen U20, Tempat Letak Kereta, Jalan 1 B/2, Bandar Baru Sungai Buluh, Fasa 2, (Hadapan Pejabat Luncai Emas)
·         Seksyen 24 Tapak Usahawan Mikro, Jalan Timun 24/C
·         Seksyen 18 Tapak Pasar Malam, Jalan 18/A & 18/2
·         Seksyen 13 Tapak Bazarena, Stadium Shah Alam
·         Seksyen 17 Tapak Pasar Malam, Jalan 17/20 (Hadapan Dewan Mbsa)
·         Seksyen 19 Tapak Pasar Malam, Jalan 19/D
·         Seksyen 20 Tempat Letak Kereta, Jalan 20/2
·         Seksyen U3 Tempat Letak Kereta, Jln Sp2/4, Subang Perdana
·         Seksyen 7 Tapak Pasar Malam, Jalan Plumbum 7/98  

2 Selayang

  •          Pasar Ramadan Kampung Batu Muda, Jalan Ipoh
  •          Bazaar Ramadhan Selangor Ppr Batu Muda
  •          Kompleks Mutiara, Batu 31/2 Jalan Ipoh
  •          Hadapan Flat Taman Aman Putra Jinjang Utara
  •          Taman Wilayah Selayang Fasa 3
  •          Tapak Parking Pasar Selayang
  •          Rumah Pangsa Pkns, Jalan Kuching
  •          Sentul Pasar


  Bangi/Semenyih

  •         Tapak Pasar Malam Seksyen 16, Bandar Baru Bangi
  •          Hadapan Asrama Kolej Polytech Mara Bangi
  •          Jalan Seri Putra ½, Bandar Seri Putra
  •          Tempat Letak Kereta Jalan 3/69, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi
  •          Dihujung Jalan 2/3a, Kawasan Dua, Bandar Baru Bangi
  •          Jalan 7/7b, Sek 7, Bandar Baru Bangi
  •          Parking kereta berdekatan wong solo Bangi
  •          Bazar Ramadan Jalan Semenyih Sentral 1
  •          Seksyen 1, Berhampiran Dengan Pasaraya Billion Bandar Teknologi Kajang


  Beranang

  •          Tapak Pasar Ramadan, Bandar Tasik Kesuma
  •          Tapak Pasar Malam Pekan Sehari Beranang Bazaar Ramadhan Selangor : Hulu Langat
  •          Tapak Pasar Malam Taman Seri Nanding
  •          Bersebelahan Padang Futsal, Taman Desa Sentosa


5Ampang

  •          Pandan Indah (tlk Padang Perbandaran Mpaj)
  •          Pandan Jaya (tlk Jalan Pandan 3)
  •          Cheras Indah (hadapan Dewan Komuniti)
  •          Pandan Mewah (tlk Sebelah Padang)
  •          Pandan Cahaya (tlk Jalan Pandan Cahaya 1/1)
  •          Taman Melawati ( Hadapan Pejabat Pos Lama )
  •          Kampung Pandan (tlk Pandan Utama)
  •          Medan Selera Angsana Hilir (tlk)
  •          Lembah Maju (berhampiran Simpang Empat)
  •          Kampung Tasek Permai ( Hadapan Masjid )
  •          Kampung Melayu (jalan Jati)
  •          Au 2 ( Jalan Au2a/16 ) , Au 4/1 (hadapan Seven-eleven) , Au 5 (tlk Medan Selera)
  •          Taman Permata (hadapan Pasaraya Hari-hari)
  •          Melawati Jalan E1
  •          Bukit Antarabangsa (jalan Wangsa Ukay 2)
  •          Ukay Perdana (hadapan Restoran Ali Maju)
  •          Bandar Baru Ampang (pasar Bandar Baru Ampang)
  •          Ampang Water Front (tlk Fasa 2)
  •          Bukit Indah (sebelah Restoran Dalila, Tlk)
  •          Ampang Jaya (tlk Jalan 1)
  •          Kompleks Muhibbah ( Taman Nirwana )
  •          Keramat Permai ( Jalan Au1d )
  •          Au3 (tlk Flat Pkns 13 & 14)
  •          Pandan Indah Jalan 3/2b
  •          Taman Kosas (tlk Jalan Kosas 1/1)
  •          Pandan Perdana (hadapan Guardian)
  •          Cheras Hartamas (blok A1, Flat Bukit Segar)


 Kajang
  •   Tapak Pakir Desa Serdang ( Hadapan Bangunan Minlon )
  •    Jalan Temenggung 21/9, Sek. 9, Bdr Mahkota Cheras ( Tapak Pasar Malam )
  •     Lebuh Taming, Taman Taming Jaya
  •      Berhampiran Loji Kumbahan Taman Harmoni, Seri Kembangan
  •      Bazaar Ramadhan Selangor Taman Suntex, Batu 9, Cheras
  •     Jalan Chengal 4, Taman Impian Ehsan
  •      Kawasan Lake Valley Jalan Suarasa 8/4, Bandar Tun Hussein Onn
  •   Di Jalan Cp 4/38, Taman Cheras Perdana
  •   Jalan Cj 8, Taman Cheras Jaya
  •  Padang Awam, Taman Cheras Utama ( Tapak Pasar Malam Lama )


Puchong

  •          Taman Puchong Perdana (jalan Perdana 2)
  •          Taman Puchong Permai (jalan Permai 2/10)
  •          Taman Puchong Permai (jalan Permai 1/10 – Sebelah Surau Ra’ayah)
  •          Taman Puchong Prima (jalan Prima 5/3)
  •          Taman Puchong Utama (jalan Utama 2/1)
  •          Taman Wawasan, Pusat Bandar Puchong (jalan Wawasan 2/22)
  •          Pusat Bandar Puchong (jalan Bandar 3 – Tapak Bersebelahan Tesco Puchong)
  •          Puchong Utama (tapak Pasar Malam Puchong Utama – Kecuali Hari Selasa)
  •          Puchong Indah (tapak Pasar Malam – Kecuali Hari Isnin)


 Kinrara

  •          Bandar Kinrara Seksyen 5 (jalan Bk 5a/1)
  •          Taman Kinrara Seksyen 1 (jalan Taman Kinrara 1/1)
  •          Taman Perindustrian Kinrara (jalan Tpk 2/1 & 2/2)
  •          Taman Kinrara Seksyen 4
  •          Hadapan Gerai Upen Puchong Jaya (petak Letak Kereta)


Serdang / Seri Kembangan

  •          Bazar Ramadhan Selangor Taman Seri Serdang (jalan 18/35)
  •          Bazaar Ramadhan Selangor Taman Universiti Indah (jalan 2/10)
  •          Taman Pinggiran Putra (jalan Pp 1/2)
  •          Taman Equine (jalan Pp 1b)
  •          Pasar Ramadhan Puncak Jalil (jalan Puj 3/2)


Kajang

  •          Sepanjang Jalan Masuk Ke Smap, Kajang
  •          Tapak Bazaar Malam Reko Sentral
  •          Jalan Utama, Sek 2, Taman Kajang Utama
  •          Tapak Pasar Malam Kompleks Hentian Kajang
  •          Tempat Letak Kereta, Hadapan Deretan Kedai Taman Zamrud
  •          Hadapan Deretan Kedai & Kilang Iks Sungai Jelok (Tempat Letak Kereta )
  •          Bazaar Ramadhan Selangor Dataran Prima Saujana, Taman Prima Saujana, Kajang
  •          Kawasan Tanah Lapang ( Tapak Funfair ), Taman Kajang Prima
  •          Tapak Pasar Tani ( Tmn Ramal Indah )
  •          Jalan Kajang Mewah 10
  •          Di Belakang Tesco Batu 14, Kajang


Subang Jaya

  •         Ss18, Subang Jaya (jalan Ss18/6)
  •          Usj 7, Subang Jaya (jalan Usj 7/3c – Hadapan Gerai Majlis Usj 7)
  •          Usj 4, Subang Jaya (jalan Usj 4/5)
  •          Usj 1 Pangsapuri Angsana (tapak Pasar Malam Selangor)
  •          Pinggiran Usj (jalan Pinggiran Usj 1/1)
  •          Taman Batu Tiga (hadapan Gerai Majlis Taman Batu 3)
  •          Putra Heights (berhadapan Flat Sri Mutiara)



KUALA LUMPUR


Wangsa Maju

  • ·         Jalan 1a/6, Setapak Indah, Danau Kota
  • ·         Siar Kaki Depan Ong Tai Kim, Gombak
  • ·         Jalan Langkawi, Teratai Mewah
  • ·         Kaki lima Plaza Idaman
  • ·         Jalan 4/27A Seksyen 2 berhadapan Bangi Kopitiam Wangsa Maju
  • ·         Jalan 3/27A berhadapan Alpha Seksyen 1, Wangsa Maju
  • ·         Di atas siar kaki Jalan Gombak / Plaza Idaman
  • ·         Siar kaki Jalan Danau Saujana Jalan Langkawi, Jalan Genting Klang
  • ·         Di atas siar kaki Jalan jernai, Medan Idaman
  •       Tapak Pasar Malam Taman Melati
Titiwangsa

  • Pasar Datuk Keramat
  • Jln Hj Hussein, Lorong Haji Hussein 3, Jalan Raja Bot Dan Lorong Raja Bot (Chow Kit)
  •  Persimpangan Jln Tar/ Jln Raja Alang
  • Taman Keramat (AEON AU2)
  • BUKIT BINTANG
  • Siarkaki Leboh Pudu
  •  Jalan Masjid India
  • Jln Chow Kit (Sepanjang Siarkaki Chow Kit)
  • Lorong Berangan
  • Pasarama Kota (Depan Kelang Bus Stand)
  • No. 239, Jalan Tuanku Abdul Rahman -Kawasan tempat letak kereta persendirian
  • Jalan Haji Taib
  • Siar Kaki Persimpangan Jln Chow Kit Hingga Ke Supermarket Bintang (Jln Hj Taib/ Tuanku Abdul Rahman- Chow Kit)

  BANDAR TUN RAZAK / CHERAS


·         Jalan 21/146, Bandar Tasik Selatan Tempat Letak Kereta Taman Tasik Permaisuri
·         Pusat Penjaja Bazar Ramadhan Pekan Sg Besi
·         Kawasan Tempat letak Kereta Velodrom Cheras
·         Bazaria Larut Malam, Velodrom Cheras
·         Taman Len Sen
·         Jalan Benteng (Sebelah Restoran Burger King & Bangunan Hong Kong & Shanghai Bank)
·         Parking Bersebelahan LRT Cheras
·         Jalan Budiman 25, Taman Mulia
·         Jalan 14/155C Apartment Sri Rakyat Bukit Jalil
·         Parking Motosikal Blok D, Seri Penara Fasa II
·         Dataran Padang Permainan Bandar Tun Razak
·         Taman Segar
·         Jln Susur Off Jln Pasar/Pudu

KEPONG / SEPUTEH

·         Jalan Metro Prima 5 depan Maybank, Kepong
·         Blok D dan Blok E, PPR Kampung Muhibbah
·         Jalan Radin Bandar Baru Sri Petaling
·         Jalan 3/109c off Jalan Klang Lama

LEMBAH PANTAI / SEGAMBUT

·         Jalan Sri Jati 3
·         Sebelah Pure Life off Jalan Puchong
·         Tapak Kosong Setinggan Kg Pasir Kiri Jalan Pantai Dalam
·         Kawasan Flat Kg Kerinchi 17 Tingkat
·         Jalan 1/38j (Susur Wisma Suhati)
·         Jln Cochrane

SETIAWANGSA / SETAPAK

·         Jalan Rejang 11, Setapak Jaya
·         Jalan Wangsa Melawati 3
·         Jalan Wangsa Delima
·         Rampai Business Park, Jalan Rampai Niaga 6
·         Di kawasan tanah kosong di hadapan Surau Al-Ikhlasiah, Kg
Semarak off Jalan Semarak
·         Taman Keramat Permai (Setiawangsa)
·         Danau Kota (Uptown Danau Kota)
·         Setapak Jaya