Advertisement

bisikkan hati

Salam,
post kalini.. datang dari hati yang ikhlas.. dan tak dicedok dari mana-mana sumber...
hehe...

"beranikan dirimu untuk mengekspresikan apa sahaja yang bermain dibenak fikiranmu"



Apa yang kau mahu?

aku seekor pepatung
yang bebas terbang mengikut angin
namun aku bukan seekor helang yang mampu terbang gah seiiring awan

aku bukan mengharapkan
puteri lindungan bulan
aku juga tak mengharapkan pari-pari yang datang..

aku bukan putera raja
tapi aku juga bukan mengemis cinta
aku kecewa..
dengan mereka yang tak hargai apa yang mereka ada..

aku bukan seekor lebah
diperguna manusia untuk dapatkan madu
tapi aku ingin jadi sebuah buku
yang bisa menemani dikala sunyi

aku juga mengharapkan
kita ibarat pena dan kertas
ibarat lagu dan irama..
saling melengkapi sesama kita

Namun..
sekiranya cinta sebegitu rupa
aku rela menjadi
seperti burung yang tersangkar
walau badan terkurung
namun mata dan minta bebas meneroka dunia
tanpa sebarang bahaya menimpa

tapi aku jugalah peneman setia dikala waktu duka
dan penghibur setiap jiwa yang dalam sepi

aku ingin menjadi seperti
PELITA, dikala gelap gelita
menjadi penyuluh dan teman
bagi sesiapa yang memerlukan

aku bukan boneka cinta
yang pantas untuk dipermainkan

-aryl-




Post a Comment

0 Comments