Tarikh 4 Mei kalau nak ikutkan adalah hari biasa sahaja,
sama seperti hari-hari lain. Cuma sedikit special kalau 4 Mei ialah birthday
korang lah.
Tapi, untuk peminat Star Wars, 4th May atau
disebut May the Fourt (May The Force) adalah hari Star Wars sedunia dan
disambut oleh peminat tegar mereka.
Mengambil kesempatan sempena hari Star Wars, Bata telah
melancarkan satu koleksi khas bertemakan Star Wars dan ia boleh didapati dalam
dua model iaitu Bata Tennis dan Bata Bullets.
Selain mempunyai dua pilihan, dikatakan koleksi ini mempunyai
beberapa pilihan warna dan juga rekaan. Menurut gambar di FB Bata, ada design mewakili
R2-D2, Darth Vader, dan Storm Trooper.
Semua Foto : FB | BATA |
Kepada peminat Star Wars, korang sebenarnya boleh dapatkan
kasut ni di butik Bata KLCC bermula hari
ini! (mungkin jugak dah habis semasa artikel ni keluar). Korang jugak
boleh dapatkan totebag edisi terhad daripada Bata dengan setiap pembelian.
Dari segi harga pulak, Bata Heritage meletakkan harga untuk
Bata Bullets (RM 299) dan Bata Tennis (RM 249).
Anda juga akan dapat beg edisi
khas untuk setiap pembelian kasut ini. Harap-harap masih ada lagi model ini di
butik Bata KLCC. Hehe.
Cepat-cepat, mana tahu ada lagi...
0 Comments