Advertisement

'Chicken Wings' Berharga RM3926 ?? Sanggup Ke Korang Cuba?




Salah satu bahagian kegemaran semua pada seekor ayam aku yakin terlatak pada  kepaknya. Dalam erti kata lain 'Chicken Wings'. Kalau goreng, part kepak ni lah yang akan lesap dulu. Hehehe. 

So, sejauh mana korang sanggup berhabis duit untuk makanan ye? Lebih spesifik, chicken wings ni.

Hari ini, kita boleh jumpa macam-macam variasi chicken wing di jual. Sama ada digorang rangup, disalut tepung macam dekat KFC, dibakar, BBQ dan macam-macam lagi. 

Kalau korang sanggup bayar leboh daripada RM100, hanya untuk chicken wings, korang mungkin berminat nak cuba kepak ayam yang bakal aku cerita ni. 

Kenapa harganya macam tu, sebab ia disalut dengan EMAS 24 KARAT. Ye, aku pertama kali dengar pun macam pelik, tapi satu restoran yang namanya The Ainsworth yang based dekat Chelsea ni tawarkan kepak ayam yang disalut dengan emas! 




Bebepara hari lepas, katanya menu ni dah viral dekat sosial media. Lagi-lagi bila ada satu personaliti instagram yang dikenali sebagai @Foodgod pergi untuk buat review pasal menu tersebut. 

Warnanya salutan cecair emas yang lain daripada lain ni menjadikan menu ini nampak unik, dan rare. Sekali gus jadi tumpuan netizen sosial media. Korang boleh lihat sendiri rupa ayam goreng ini menerusi video ni ...




Difahamkan untuk menghasilkan ayam ni, diorang gunakan beberapa bahan seperti mentega, kelapa dan jugak madu. Lepas tu ayam ni akan diperap selama 24 jam sebelum digoreng dan disiram bersama kepingan 24 karat emas. Ya 24 karat emas!

Ada tiga pilihan yang disediakan yang dijual iaitu 10 ketul bersamaan AS$30 (RM117), 20 ketul AS$60 (RM234) dan 50 ketul termasuk Champagne AS$1000 (RM3926).





Sehingga kini hanya terdapat di cawangan mereka di Chelsea, East Village dan Manhattan.

So, kalau korang nak try jugak ayam goreng serba mewah yang disaluti emas ni, korang kena 'terbang' ke Chelsea lah ye... 

Post a Comment

0 Comments