Advertisement

The Settlement Hotel Melaka Review




Teruja! Itu je yang aku boleh cakap masa aku dapat invitation untuk review The Settlement Hotel Melaka ni. Dengan jadual yang agak padat, aku berjaya jugak dapat penuhi jemputan The Settlement Hotel untuk review hotel yang terletak dekat Jalan Ujong Pasir, Melaka ni.



Walaupun tak lama, 2 hari 1 malam di Hotel Settlement ni; pada aku, itu dah cukup sebagai retreat atau weekend getaway aku.

Meh aku kongsikan sedikit sebanyak pasal The Settlement Hotel Melaka ni…



Terletak di tengah Bandar Melaka, The Settlement Hotel ni kalau nak diikutkan berada di kawasan yang dikenali sebgai Portugese Settlement dan kalau dikaitkan dengan sejarah, memang kita tahu Melaka pernah dijajah oleh Portugis dan peninggalan diorang kat sana adalah banyak.
Bertemakan Culture & Hospitality, The Settlement Hotel ni sangat menitikberatkan soal service. 

Dapat anak patung, beserta ucapan Selamat Datang. =) Salah spelling je. Cis! Hehehe


Selain daripada mengekalkan sejarah yang ada di bangunan asal iaitu sebuah sekolah. Selain pada tu, dekat sini apa yang nak diketengahkan ialah hasil seni, perabot-perabot lama yang sangat terjaga, dekorasi dan lain-lain diorang memang nak setiap pengunjung mendapat memori yang best bila stay dekat sini.

Padanlah baru-baru ni, The Settlement Hotel Melaka ni memenangi anugerah Servis Hotel Empat Bintang Terbaik (Bandar) untuk tahun 2016/2017.

Info Berkenaan Hotel :
  •  Check in dari 3.00 petang
  •  Check out sebelum ja 12.00 tengah hari
  •  Kemudahan parking disediakan
  •  Wifi dalam bilik
  •  Semua major credit card diterima


Kawasan menarik sekitar The Settlement Hotel Melaka
  •          Kota A’Famosa – 3km
  •         Bangunan Stadhius – 3km
  •          Jonker Walk – 3km
  •          Gereja St. Paul – 1km
  •          Zoo Melaka, Taman Mini Malaysia, Ayer Keroh – 15km


Untuk bilik pulak, hotel ni sediakan 49 buah bilik jenis luxury, 45 daripada tu disebut sebagai The Residences dan yang baki 4 lagi adalah Private Malay-Style Villas. Pada aku, memang reka bentuk dan dekorasi hotel ni sangat selesa dan mewah. Saat kau melangkah masuk lobby pun, kau dah nampak setting café dia yang lain daripada yang lain.



Ada 3 jenis bilik yang korang boleh pilih iaitu, Deluxe, Junior Suites dan Settlement Suites. Harga bermula daripada RM580 – RM880 untuk satu malam. Selain tu, kalau untuk honeymoon kan, aku cadangkan kroang stay dekat villa dia. Ada dua iaitu Junior Villa ataupun Luxury Villa. Harga bermula RM780 –RM880.

Ni Bilik Aku. Hehehe... Yes, anak patung tu diorang memang bagi...

Bath tub dia best weh...



Untuk stay aku yang 2 hari tu, aku diberikan bilik Junior Suites. Apa yang aku suka adalah, bilik ni sangat luas. Tak ada masalah kalau korang nak kongsi 3 orang. Kalau korang nak cakap rate dia mahal, pada aku, ianya berbaloi dengan setting hotel ni, dengan layanan yang korang akan dapat.





Setakat ni, aku travel walaupun baru beberapa kali ke hotel sebab kebiasaannya aku lebih suka pilih airbnb. Satu, sebab murah. Lagi satu, aku suka pengalaman yang aku dapat bila stay dekat airbnb.

Apa yang best, dekat hotel ni ada rooftop yang korang boleh buat photoshoot atau event. Lagi-lagi kalau waktu malam. Sememangnya best dengan berlatarbelakangkan Bandar Melaka lagi tu…

Meh, nak belanja sikit gambar hotel…

Ini villa yang aku cerita tadi... Bawah ni gambar interior dia...




Yes, toilet villa ni ada kolah. And korang boleh request nak mandi bunga...






Swimming pool pun ada. Cumanya tak de lah besar mana. Hehehe...


Dan, kalau kroang nak kesini… ini infonya…


Alamat: THE SETTLEMENT HOTEL MELAKA
No. 63, Jalan Ujong Pasir, World UNESCO Heritage City Melaka, 75050 Melaka, Malaysia.
Koordinat GPS: Latitude: 2.187534 / Longitude: 102.268407
No Telefon: 06 – 2921133 
atau korang boleh book melalui hotelscombined dekat sini : 

Bukan semua gambar sempurna. Hehehe

Media Sosial:
·         Facebook: @TheSettlementHotel
·         Instagram: @the_settlement_hotel
·         Twitter: @tshmelaka

Email:
·         enquiry@thesettlement.com
·         salesmanager@thesettlement.com

 Ok lah tu, nak gerak dulu. =D 



Post a Comment

20 Comments

  1. Cantik hotel ni.. looks very relaxing. I will check this place out for sure the next time I go down to Melaka!

    ReplyDelete
  2. cantiknya hotel ni, nampak dari luar macam biasa-biasa je tapi dalam kemain cantik lagi, tak kisahlah swimming pool kecik janji boleh berenang ek

    ReplyDelete
  3. Cantik tempatnya, dia terletak dekat tengah-tengah bandar ke?? Comel sangat bathub tu..yang kolam tu menarik..hehee..macam dekat kampung..boleh masuk list dalam pilihan hotel di Melaka

    ReplyDelete
  4. gambar baring atas katil tu yang win! hahaah tak tau lak ada hotel cantik macam ni,. nampak pun selesa kan? nanti ada rezeki nak ke sini lah nanti

    ReplyDelete
  5. Seriously hotel dia sangat cantik, harga tu worth it dengan konsep hotel tu..environment menenangkan dengan interior yang minimalis..SA memang suka sangat hotel yang mcm ni..ntah bila la bleh stay sini...

    ReplyDelete
  6. Menarik juga hotel ni. Kombinasi moden dan tradisional. Ada juga elemen bali macam kat tempat duduk tu. Boleh la kalau ke Melaka boleh check it out di sini.

    ReplyDelete
  7. so great to stay in this melaka hotel.. looks great, comfy and clean..... great choice for holiday!

    ReplyDelete
  8. wow. the hotel looks great. and is a great choice of holiday. Nice.

    ReplyDelete
  9. Rawlins tak pernah lagi jejak kaki ke hotel ini. Dah banyak kali dengar good review so berharap next time, ada rezeki boleh la nak bawa family bergumbira di situ kan.

    ReplyDelete
  10. Menarik hotel ni tapi i rasa bahagian yang banyak lampu lampu tu nampak cantik kat hotel ni.. rasa macan kalau pergi Melaka next time teringin nak stay sini pula.. nak rasa best ke tak hahaha. Thanks for sharing

    ReplyDelete
  11. The settlement hotel tempat yang menarik dia tempat yang ada lampu lampu tu.. apapun bilik dia pun nampak selesa untuk baring baring do.. bestnya dekat dengan kota a famosa ni rasa macam nak ke Melaka lagi sekali bestnya..

    ReplyDelete
  12. Cantiknya tempat ni hehehe pergi seorang jer ker mana best kena ada teman istimewa sekali kan hehehe. Nanti kita nak pergi juga lah sana kalau ada masa lokasi cantik dan selesa...

    ReplyDelete
  13. Cantik hotel..harga pun boleh tahan. Nak pergi tempat menarik kat Melaka pun tak adalah jauh sangat. Bilik pun selesa dan cantik juga. Bolehlah nanti kalau nak dating Melaka tempah hotel ni.

    ReplyDelete
  14. Cantik hotel ni. harg apun boleh tahan. Nak pergi tempat menarik sekitar Melaka pun tak ada lah jauh sangat. Bilik pun selesa dan cantik. Bolehlah kalau nak dating kat Melaka tempah hotel ni nanti. Hehehe.

    ReplyDelete
  15. This is a lovely hotel, I love the designs just that it's not spacious huh a bit difficult for family with kids but it's okay can always go for a couple retreat.

    ReplyDelete
  16. Aku suka stay sini especially kalau nak relax. Hotel dia lawa, villa dia pula penuh dengan nilai seni. Part marmar lantai tu memang classy gila. Pendek kata, memang puas hati stay sini. Highly recommended

    ReplyDelete
  17. Kalau singgah Melaka nnti akan singgah hotel ini. Stay sini je dah oky sebab dekat je dengan destinasi menarik. Hotel ini nampak selesa dengan kemudahn yng disediakan.

    ReplyDelete
  18. Well this hotel design looks so homey and relaxing plus the location is also good. I will check it out on my next trip.

    ReplyDelete
  19. Suka dengan hotel design macam ni. Mentang-mentang dok kat Melaka, design macam ni memang sesuai sangat. Kalau saya pergi, memang tak kuar bilik dah.

    ReplyDelete
  20. I still have got the chance to go there... Sigh.. so nice this place and I like it so much. Gonna check calendar soon.....

    ReplyDelete

Leave a comment...